2. Rafizi kononnya “serba tahu”, menjadi penasihat dan konsultan tanpa diminta dan menjuarai isu sejak sekian lama. Tidak kurang mereka-reka cerita hingga di saman di Mahkamah, kemudian senang-senang minta maaf. Melihat keadaan Rafizi kini PPUNS mengesyaki Rafizi menghadapi penyakit serius.
3. PPUNS mengesyaki Rafizi menghidap “selective amnesia” apabila berdiam diri dan tidak pula menjadi “serba tahu” dalam kes-kes berikut:
• Isu berkaitan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melibatkan Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH), isu Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan isu kim Mesra Usia Emas (SMUE).
• Isu-isu Darul Ehsan Investment Group DEIG, tanah Wetlands, dan kos pintu gerbang Selangor (Kota Darul Ehsan).Sebagai mantan Ketua pengarah eksekutif di pejabat penasihat ekonomi Selangor, sikap berdiam Rafizi Ramli mengukuhkan lagi kegusaran PPUNS.
• Kes Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng turut gagal mengundang komen bijaksana Rafizi
• Yang terkini, Adam Rosly Ketua AMK Ampang di reman dan disiasat SPRM. Rafizi selaku Naib Presiden/Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, masih berdiam diri berkenaan perilaku ketua AMK partinya
.
4. Berdasarkan bukti-bukti ini, mendesak Rafizi mendapatkan rawatan perubatan segera dan mengundurkan diri dari poltik demi kemaslahatan pengundi Parlimen Pandan khasnya dan rakyat Selangor amnya.
18 APRIL 2017
PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI SELANGOR
Dalam hal UMNO pun Rafizi nak diam tapi isu2 mrk terlalu kritikal sampai ke tahap antarabangsa bagi 1 MDB .
ReplyDelete