Pages

Tuesday, May 2, 2017

BIMBANG EXCO SELANGOR LOMPAT PARTI, AZMIN BAWA LARI KE LUAR NEGARA



Sepatutnya hari ini, empat orang ADUN Selangor telah pun 'menukar' situasi politik di Selangor. Sepatutnya hari ini jugalah, Azmin Ali sudah boleh berkira-kira mengemas meja dan pejabat Menteri Besarnya, di samping berkira-kira bagaimana hendak melepasi kawalan pada setiap pintu dan tingkat bangunan SUK bagi membolehkan fail-fail diangkut untuk disimpan di tempat rahsia.

Bagaimanapun, perkembangan di dalam Muktamar PAS Ke-63 di Kota Sarang Semut, Alor Star telah memberi ilham kepada Azmin Ali untuk membawa lari sebahagian daripada ADUN bersama-samanya ke luar negara bagi tujuan memujuk dan bagi tujuan untuk memastikan, mereka tidak melompat parti.

Selepas menang pada PRU-13 lalu, kebanyakan ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan (DAP dan PKR) langsung tidak peduli tentang rakyat. Walaupun DAP cuba membuat projeksi di Sarawak dengan memasuki kawasan-kawasan pedalaman Sarawak dengan pengumuman projek-projek untuk rakyat yang kemudian, sekadar sebatang tiang dan gambar tiang yang berjaya dipacakkan itu diambil sebelum dijadikan bahan propaganda, kesemua projeksi tersebut adalah untuk Pilihanraya Negeri Sarawak yang menyaksikan DAP Sarawak dan Chong Chien Jen, gagal dalam misi menawan Petrajaya. Sekarang ini, DAP mengalihkan ke Sabah pula. Namun beberapa orang pemimpin kanan DAP seperti Teresa Kok dan Tony Pua yang tidak dibenarkan memasuki Sabah, menyebabkan projeksi menghampiri rakyat ketika hampirnya PRU, sukar dilaksanakan.


Begitu jugalah dengan Azmin Ali. Sebelum ini, kebanyakan masanya hanyalah melibatkan pemaju-pemaju hartanah sehinggakan kawasan simpanan seperti Wetland pun dijualkannya. Tiba-tiba apabila sayap-sayap PAS mahu memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR Selangor, Azmin Ali terus meninggalkan taukeh-taukeh pemaju hartanah dan merapati rakyat.

Berita tentang gerak kerja yang diatur oleh Faekah Hussin dan Khalid Ibrahim, begitu membimbangkan Azmin Ali sehinggakan tanpa berfikir panjang dia mengangkut EXCO-EXCO Selangor ke negara-negara Afrika Utara untuk bercuti, dengan pertemuan-pertemuan dan pemberian bantuan diumumkan sebagai kaedah propaganda.

Secara tiba-tiba Azmin Ali bermurah hati dengan menganugerahkan RM50,000 kepada pelajar-pelajar Malaysia di Rabat, sedangkan di Selangor, kawasan banjir seperti Kajang, penyelenggaraan perparitan dan salur air, berhadapan dengan masalah kewangan sekalipun peruntukan daripada Kerajaan Pusat telah diberikan kepada Kerajaan Negeri Selangor. Manakala penyelenggaraan rumah-rumah pangsa PPRT pula, diakui sendiri oleh Exco Perumahan Selangor, Iskandar Samad, menggunakan peruntukan MARRIS yang merupakan PERUNTUKAN DARIPADA KERAJAAN PUSAT untuk penyelenggaraan dan pembaikian jalan-jalanraya di Selangor.

Azmin tidak mungkin dapat membawa lari kesemua EXCO dan ADUN-ADUN Pakatan ke luar negara selama-lamanya. Yang pasti, mereka terpaksa pulang semula ke Selangor dan pada ketika itulah, sama ada pujukan dan 'DEDAK' Azmin Ali di luar negara berfungsi atau tidak, boleh dilihat kepada keputusan yang bakal dibuat oleh beberapa orang EXCO dan ADUN itu.

Yang pasti, Azmin memang tidak senang duduk... ke mana lagi selepas Afrika Utara untuk dia bawa EXCO dan ADUN melancong sambil belajar?


2 comments:

  1. Kau ni..kelakar la..hari selasa fah ni...kerajaan masih pakatan..bukan BN..biarlah..kau nak sibuk apahal...lagi org benci beb dgn umno..

    Agak2 lah nak buat cerita oun..kalau aku for sure nak lompat..aku lompat lama dah..

    ReplyDelete
  2. UMNO selangor dah lama tak makan sehingga tidak rela tunggu PRU. Bukan itu sahaja UMNO nak lulus persempadanan yg dibuat oleh SPR utk membolehkan Parti syaitan ini menang. Negara hampir bankrup jadi kenalah songlap secepat mungkin dan berhijrah ke Badawi City di Australia. Inilah perjuangan UMNO meninggalkan sampan yg sedang karam.

    ReplyDelete