Dengan kata lain, serangan ke atas UMNO dan Barisan Nasional sudah pun tertangguh.
Terbaharu ialah, serangan dan perlecehan yang dibuat oleh SUSPEK RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA yang sedang berusaha menangguhkan kes perbicaraannya menerusi pelbagai manipulasi undang-undang termasuklah mencabar Perlembagaan dan Akta SPRM, Lim Guan Eng.
Kata Lim Guan Eng, PAS sudah sesat!
PAS juga katanya sudah lari daripada matlamat asal perjuangan parti tersebut. Ini adalah kerana menurut fahaman SUSPEK RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA itu, matlamat utama PAS adalah untuk menumbangkan Barisan Nasional dan UMNO. Apabila PAS menyerang DAP dan PKR, Cap Bunga serta PAN serta enggan bekerjasama dengan DAP, maka PAS telah sesat sepenuhnya. (RUJUK SINI)
Kalau kita perhatikan pun di media-media sosial, para penyokong DAP dan Pakatan sangat galak menyerang serta memberikan pelbagai label kepada PAS semata-mata kerana PAS enggan bekerjasama dan meneruskan tahaluf siyasi dengan komponen-komponen Pakatan Harapan bagi menumbangkan UMNO-BN.
Sedangkan pada masa yang sama, PAS tidak pernah pula berundur daripada matlamatnya untuk mengalahkan UMNO. Bahkan PAS tidak pernah pula dalam mana-mana Muktamar, membuat keputusan untuk membenarkan kemenangan 'percuma' wakil-wakil UMNO dan BN dalam pilihanraya.
Ini adalah kerana kebanyakan calon PAS akan mencabar atau mempertahankan kerusi-kerusi yang turut ditandingi oleh UMNO. Hampir kesemua kerusi yang ditandingi oleh PAS, ditandingi oleh calon-calon UMNO.
Hakikatnya, pelbagai label tersebut diberikan kepada PAS hanyalah kerana PAS enggan tunduk sujud menjilat punggung dan telapak kaki Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Hanya kerana PAS enggan memberikan kuasa kepada DAP, maka PAS dilabelkan sesat dan lari daripada matlamat perjuangan.
Selagi PAS tidak menyatakan persetujuan untuk bersama-sama DAP, maka selagi itulah, kita akan terus menyaksikan bagaimana PAS sekarang ini menjadi mangsa serangan bertali arus hasil gabungan pemimpin dan jentera propaganda DAP, PKR, PAN dan Cap Bunga.
Dap tak senang duduk. Pru akan datang tak menjanjikan kemenangan utk ke putrajaya akibat drpd perangai buruk sndiri.
ReplyDeleteTektik paling bijak melayu umno pas, berlawan mcm biasa tapi cuma guns teknik Gayung Pulut, time bagi pukul maut bagi Kat pukatan, hahaha, Ni yg buat geng2 pukatan lahabau jadi gila sakan, lagi kalau guna jurus dalam, sakit perit terasa tapi tak nampak pukulan, hahaha
ReplyDeleteTapi kan bila agaknya ds hadi nak pergi mengadap sultan selangor? Bukan apa2 cuma sembah maklum tahluf siasi dah tak Ada dgn pkr, tak sabar Ni nak tgk pukatan meroyan tahap mana aje...