Pages

Wednesday, June 7, 2017

BERAPA AGAKNYA SARAWAK REPORT DAN WALL STREET JOURNAL DIBAYAR UNTUK TUDUHAN-TUDUHANNYA DIGUNAKAN OLEH PEMIMPIN PAKATAN?



Di dalam group-group WhatsApp, para penyokong Pakatan begitu seronok 'membuktikan' betapa bersalahnya Najib Abdul Razak dan Shafee Abdullah. Kata mereka, sikap berdiam diri dan enggan memberikan sebarang ulasan atau pun menjawab tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Sarawak Report adalah bukti, segala tuduhan tersebut adalah benar.

Sarawak Report memulakan tuduhan yang kemudian disambut oleh Wall Street Journal dan dipanjangkan serta dipopularkan oleh Malaysiakini kononnya, Shafee Abdullah telah dibayar RM9.5 juta menggunakan wang 1MDB atau SRC bagi tujuan mengenakan dan mensabitkan Anwar Ibrahim dengan tuduhan liwat.

Bagaimanapun, tarikh transaksi yang diberikan dalam tuduhan tersebut, sebulan lebih lewat daripada tarikh yang didedahkan oleh Sarawak Report dan Wall Street Journal sendiri tentang penutupan akaun peribadi Najib Abdul Razak yang sama.

Rafizi Ramli dalam kenyataan medianya berkata, Najib dan Shafee bersalah kerana tidak menjawab atau memberikan sebarang respons berhubung tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Sarawak Report dan dikembangkan oleh Malaysiakini.

Di sana sini, sensasi laporan polis telah dibuat oleh para pemimpin PKR dan Cap Bunga bagi menunjukkan betapa prihatinnya mereka dan betapa betulnya tuduhan tersebut.

Menurut Malaysiakini, Shafee Abdullah sekarang ini sedang mengalami masalah kesihatan. Jadi peguam terkemuka itu tidak dapat memberikan respons.

Ironinya, ini bukan kali pertama, tuduhan-tuduhan dibuat dan kemudian disuruh membuktikan yang kesemua tuduhan tersebut tidak benar. Amalan ini dapat dilihat secara meluas dalam isu yang membabitkan kes liwat Anwar Ibrahim. Sehingga akhirnya terbukti, Anwar Ibrahim tidak mampu mendatangkan walau seorang saksi pun yang dapat membersihkan tuduhan tersebut dari dirinya, selain pengakuan daripada dua orang ketua peguambelanya, bahawa jenayah liwat tersebut adalah 'suka sama suka'.

Pada ketika itu, mangsa Anwar Ibrahim dituduh melakukan konspirasi untuk mensabitkan Anwar. Dia disuruh membuktikan yang dia tidak berkonspirasi dengan pelbagai nama termasuklah Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor. Walaupun dibangkitkan isu bagaimana air mani Anwar Ibrahim boleh berada di dalam rektum mangsa, tuduhan masih tetap dibuat dan desakan untuk menjawab tuduhan-tuduhan berkenaan berlangsung tanpa sedikit pun rasa malu dan bersalah.

Perkara yang sama, nampaknya berlaku dalam isu RM9.5 juta yang juga melibatkan Anwar Ibrahim. Seolah-olah dunia ini sekadar berkisar tentang Anwar Ibrahim dan keluarganya semata-mata!

Selepas ini, apa pula agaknya tuduhan yang perlu dibuktikan tidak bersalah oleh Najib Abdul Razak? Asalkan tuduhan tersebut datangnya dari Sarawak Report dan Wall Street Journal, para pemimpin Pakatan seperti kena nombor ekor!!!

Berapa agaknya bayaran yang dibuat kepada Sarawak Report dan Wall Street Journal untuk dijadikan modal pusingan tuduhan oleh Pakatan?


No comments:

Post a Comment