Pages

Sunday, July 2, 2017

MEMANG NAK TENGOK JHO LOW DITANGKAP DAN DIDAKWA KERANA JENAYAH, TAPI BILA DIA SENDIRI CABAR DOJ UNTUK BERBUAT BEGITU, DOJ PULA BUAT TAK TAHU, APA MAKSUDNYA?!!!



Jho Low....

Satu nama yang sebenarnya bersifat PUAKA atau dalam bahasa yang lebih mudah faham oleh orang Malaysia, PHANTOM.

Pelbagai cerita boleh didengar dan diperdengarkan tentang Jho Low atau nama sebenarnya, Low Thaek Jo walaupun latar belakangnya masih kekal misteri. Pelbagai juga cerita sensasi termasuklah liburannya bersama beberapa orang selebriti wanita Hollywood menjadi tajuk berita dan bahan bercerita.

Jho Low merupakan antara 'watak-watak penting' yang seringkali dikaitkan dengan instrumen pelaburan negara milik penuh Kementerian Kewangan, 1MDB yang dikatakan banyak menimbulkan masalah terutama sekali apabila ianya dijadikan sebagai senjata untuk menggulingkan Najib Abdul Razak dan Kerajaan Barisan Nasional.

Berdasarkan maklumat-maklumat yang boleh dilayari di Internet, Jho Low sebenarnya tidak bekerja sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan 1MDB, sebaliknya dia merupakan konsultan untuk IPIC, sebuah syarikat Abu Dhabi yang menjalin usahasama dan merupakan salah satu daripada syarikat pelabur di dalam 1MDB. Jho Low turut mempunyai hubungan rapat dengan pemilik IPIC iaitu Putera Turki serta keluarga diraja UAE.

Seperti perbicaraan-perbicaraan dan tindakan undang-undang yang melibatkan beberapa buah bank serta institusi kewangan yang berkaitan dengan 1MDB di beberapa buah negara, termasuklah di Singapura, 1MDB dan Jho Low tetap tidak dapat dikaitkan. Manakala institusi-institusi kewangan yagn dikenakan tindakan itu pula, lebih menjurus kepada urusniaga mereka dengan syarikat-syarikat yang melabur dengan 1MDB, bukan dengan 1MDB secara langsung.

Kompang tentang Jho Low sudah lama kedengaran. Namun ketiadaan undang-undang, termasuklah di Amerika Syarikat sendiri yang mampu mengheret Jho Low atas kanun cara jenayah, menimbulkan seribu satu persoalan, terutama bagi mereka yang berkeinginan benar mahu melihat Jho Low disabitkan dengan kesalahan kerana mencuri wang 1MDB dan kemudian menggunakan wang curi tersebut untuk diberikan kepada Najib Abdul Razak mahupun Rosmah Mansor sepertimana yang kerap diceramahkan oleh para pemimpin dan penyokong parti-parti pembangkang Malaysia.

Sebenarnya, ramai orang, termasuklah yang menjadi penyokong Kerajaan turut mahu melihat Jho Low dikenakan tindakan undang-undang dan dibicarakan kerana 'mencuri' wang 1MDB. Keinginan tersebut hampir menjadi kenyataan apabila pada tahun lepas, DOJ Amerika Syarikat diberitakan mahu mengambil tindakan terhadap Jho Low kerana terlibat dalam penggubahan wang haram menggunakan sistem kewangan Amerika Syarikat sendiri. DOJ menfailkan saman untuk menyita aset-aset Jho Low menerusi undang-undang yang ditentang oleh penggubal mahupun pengamal perundangan di negara itu sendiri.

Pelbagai pendedahan terutama yang dibuat oleh Sarawak Report dan Wall Street Journal (WSJ) ke atas Jho Low tidak lebih daripada sekadar bersifat hear-say walaupun mendakwa terdapat money trail kerana ia tidak pernah digunakan sebagai bahan bukti untuk mendakwa Jho Low atas nama jenayah.

Terbaharu, semenjak Mac lalu, Jho Low mencabar kesahihan undang-undang itu bagi mendapatkan semula aset-asetnya yang telah 'dirampas', sekaligus membuatkan DOJ tidak ubah seperti pencuri besar menerusi 'Civil Forfeiture Law' yang sangat kontroversi itu. Hakim dalam kesnya itu turut membidas tindakan 'rough justice' DOJ yang cuba merampas aset

Menerusi undang-undang tersebut, polis, FBI dan mana-mana penguatkuasa dibenarkan merampas semua aset daripada sesiapa pun walaupun orang itu tidak melakukan jenayah dan tanpa perlu dibuktikan orang itu melakukan jenayah. Cukup hanya 'disyaki' segala harta benda, termasuklah duit ringgit boleh dirampas sesuka hati. Undang-undang ini diamalkan secara meluas di Israel terutama ke atas rakyat Palestin bagi merampas harta benda dan tanah rakyat Palestin.


Ironinya, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sendiri mengecam DOJ kerana menggunakan isu dan berita-berita palsu untuk membina kes!

Kalau benar Jho Low berkomplot dengan Khadem Al Qubaisy dan Mohamad Al-Husainy menipu IPIC dan 1MDB, Jho Low memang sewajarnya ditangkap dan dibicarakan mengikut kanun cara jenayah. Rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik, wajib mengalu-alukan penangkapan tersebut.

Malangnya, sehingga kini, ketiga-tiga nama tersebut tidak pernah ditangkap di mana-mana negara termasuklah di UAE, negara IPIC yang telah memecat Kadeem dan Mohamad.

DOJ Amerika Syarikat yang dihebohkan itu pun, tidak menangkap Jho Low sekalipun telah dicabar dan Jho Low sendiri berada di Amerika Syarikat. Sedangkan sebelum ini, DOJ telah terbukti sangat berkuasa mengambil tindakan jenayah ke atas Osama bin Laden, Noriega, Al Capone dan seribu satu macam nama yang lain. Malah yang terbaharu, menyenaraikan Evgeniy Boghacev yang dikatakan sebagai penjenayah siber dari Russia yang kononnya telah melepaskan malware bernama Zeus Banking Trojan yang menyebabkan kecurian wang berjumlah USD100 juta.

2 comments:

  1. Cer cek..jho lo ni kawan sapa masa tingkat 4..

    ReplyDelete
  2. Si Jho Lo ini manusia yg amat berkuasa sekali sehingga kan tiada penguasa yg sanggup menyiasat dan menangkapnya kecuali siasatan yg dibuat oleh DoJ- US.

    Walaupun diketahui Jho Lo manusia dalang 1MDB, SRC dan sebagainya pihak berkuasa Negara berdiam diri saja.

    Patut si Jho Lo ini di jadikan PM baru sbb dia ada kepakaran dalam berbisnes yg terlajak menakjubkan.

    ReplyDelete