Dua hari lepas, Malaysiakini yang jelas mempunyai niat tertentu, telah menyiarkan berita dengan tajuk, "Saya Disaran Peluk Islam, Dakwa Pengendali Kantin Politeknik." (RUJUK SINI)
Beberapa pihak tampil untuk menafikan perkara itu termasuklah Ketua Pemuda MIC Pulau Pinang, M.Pirakash. Bahkan Politeknik Seberang Perai sebagai entiti yang dituduh serta Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan membuat penafian atas tuduhan yang dibuat oleh Malaysiakini. Sebaliknya penamatan kontrak tersebut adalah atas alasan pentadbiran dan bukannya diskriminasi kaum seperti didakwa.
Malaysiakini kemudiannya menyiarkan permohonan maaf dan mengakui mereka telah 'tersalah siar'. Jelas, pengarang Malaysiakini tidak bertanggungjawab apabial sekadar 'mengaku kesilapan dan segala kesilapan dan kekeliruan amat dikesali' di hujung kecil di bawah laporan berita yang telah disunting bertajuk ‘Saya disaran peluk Islam, dakwa pengendali kantin politeknik’.
Gobi Krishnan Gopal, seorang pengendali premis makanan di Politeknik Seberang Perai (PSP), Pulau Pinang, dilaporkan oleh Malaysiakini mendakwa dia telah diarahkan memeluk agama Islam jikalau mahu meneruskan perniagaannya.
Bekas jurutera berusia 45 tahun itu mendakwa, Ketua Pentadbiran PSP, yang kini telah bersara, 'mengarahkannya' dan isteri, Khor Hong Geik untuk memeluk agama Islam, lapor Malaysiakini.
Penyiaran artikel tersebut menjadi viral dan menimbulkan fitnah dan buruk sangka Pelbagai komentar buruk yang berbau perkauman serta kebencian dan enghinaan ke atas Islam dibuat oleh agen propaganda pembangkang yang bersarang dalam Malaysiakini. Dan keadaan itu bertambah buruk apabila Malaysiakini mengakui, mereka 'tidak sengaja' melakukan kesilapan laporan.
Lebih memburukkan lagi keadaan ialah apabila Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy yang diketahui merupakan penyokong kuat kumpulan pengganas LTTE turut menyibuk dan membuat sidang media mengecam pemaksaan Islam ke atas Gobi Krishnan selain mengecam pentadbiran Politeknik Seberang Perai. Dia cuba menimbulkan isu perkauman dan permusuhan agama.
Beberapa laporan polis telah dibuat ke atas Malaysiakini dan P. Ramasamy yang membuat sidang media di Tingkat 52 KOMTAR, Pulau Pinang itu. Raai yang melihat tujuan sidang media yang dibuat membabitkan P. Ramasamy itu sebenarnya sengaja bagi tujuan mengeluarkan kenyataan yang berunsur fitnah untuk memburukkan dan mencemarkan institusi pengajian Politeknik dan Kementerian terbabit selain menimbulkan unsur-unsur kebencian kaum dan memperlekehkan agama Islam secara sengaja.
Hasil siasatan yang dibuat mendapati:
2. Jawatankuasa Sebutharaga PSP yang membuat penilaian ke atas sebutharga telah menolak sebutharga oleh 4 penender (termasuk 3 penender Melayu) kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Borang Sebutharga.
3. Sebutharga Gopi Krishnan Gopal ditolak kerana syarikat beliau tidak mempunyai Kod Bidang 040103 Makanan Bermasak Islam yang dinyatakan sebagai syarat utama kelayakan untuk sebutharga pengendali makanan di PSP.
4. Kod Bidang Kementerian Kewangan ini bukan dikhususkan atau dikhaskan untuk orang Islam sahaja sebagaimana Pensijilan HALAL oleh JAKIM. Semua bangsa dan agama boleh memohon untuk mendapatkannya dan akan diberikan kepada semua pemohon yang memenuhi syarat-syaratnya.
Ternyata tidak berlaku diskriminasi perkauman dalam kes ini. Malah, 2 pengusaha kantin Melayu yang beroperasi hampir 10 tahun di PSP juga telah ditamatkan kontrak kerana tidak memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan.
Mungkin sedar tentang kesilapan dan natijah undang-undang yang bakal dihadapinya, Gopi Krishnan kemudiannya membuat laporan polis dan mengakui, dia tidak pernah dipaksa oleh mana-mana pihak untuk memeluk agama Islam pada hari yang sama.
Politeknik Seberang Perai dan Kementerian seharusnya mengambil tindakan tegas ke atas Malaysiakini, beberapa buah akhbar Tamil dan P. Ramasamy yang jelas telah melakukan fitnah dan hasutan.
Permohonan maaf dan alasan yang diberikan oleh Malaysiakini sebenarnya tidak ikhlas, malah sebenarnya sekadar memperlekeh-lekehkan undang-undang negara ini. Manakala P. Ramasamy sudah beberapa kali melakukan perkara yang sama tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang sebelum ini.
Kakitangan berbangsa melayu ada apa kisah....kata la apapun...cukup bulan aku ambik duit sudah...
ReplyDeleteSi pengganas Ramasamy tu patut dibicarakan dan dipenjarakan di bawah SOSMA.. DAP adalah satu pertubuhan haram ... kenapa dibiarkan sahaja oleh kerajaan.. ROS penakut ke nak ambil tindakan ... hilangkan komunis ni dari Malaysia
ReplyDeleteKomunis kena belajar dari UMNO cam mana nak curi kerana dlm ideologi mrk sepatutnya semua Rakyat adalah sama.
DeleteActually no matter if someone doesn't understand then its up to other users that
ReplyDeletethey will assist, so here it takes place.