Pages

Tuesday, July 25, 2017

RAFIZI RAMLI JUTAWAN TAPI MASIH MENIPU UNTUK KUTIP DUIT DARI ORANG RAMAI BAYAR SAMAN RM300 RIBU!!!



Rafizi Ramli menerusi syarikatnya, INVOKE mengemis daripada orang ramai untuk membayarkan saman fitnahnya yang berjumlah RM300,000. Panjang lebar Rafizi bercerita di dalam laman Facebook INVOKE tentang 'nasib malang' yang menimpanya.

Mahkamah telah mendapati Rafizi Ramli adalah seorang penfitnah. Dia telah didapati bersalah menfitnah NFCorps dan pengerusi syarikat tersebut. Rafizi gagal membuktikan kebenaran dirinya di mahkamah berdasarkan fakta dan angka. Disebabkan kekalahannya itu, dia kemudiannya perlu membayar saman fitnah kepada syarikat terbabit.

Namun menerusi media sosial, Rafizi Ramli terus dan tetap mahu mengatakan dia tidak bersalah, dia tidak menfitnah, sebaliknya dianiayai sehingga didapati bersalah oleh mahkamah dan terpaksa pula membayar saman fitnah itu.



Selain kes NFC dan NFCorp, Rafizi Ramli juga terlibat dalam beberapa saman fitnah lain. Kebergantungan Rafizi kepada fitnah sememangnya amat diketahui. Apa-apa sahaja yang keluar dari mulutnya adalah fitnah semata-mata dan dia tidak dapat membuktikan kebenaran hujahnya semasa di mahkamah walaupun di atas pentas ceramah dan media sosial, pelbagai fakta dan hujah diberikannya.

Berdepan hukuman penjara, tetapi Rafizi Ramli berjaya mengelak perlaksanaan hukuman tersebut menerusi pemanipulasian undang-undang, kes-kes saman yang lain tetap menghantuinya.

Menggunakan kaedah menagih simpati daripada orang ramai adalah satu kaedah yang terkenal di seluruh dunia. Hampir kesemua ahli-ahli politik yang kononnya berjuang untuk rakyat, menggunakan pendekatan pembabitan orang ramai walaupun sebenarnya, mereka sebenarnya jauh lebih daripada mampu untuk menyelesaikan masalah tersebut.



NFC dan NFCorp perlu dijatuhkan bagi membolehkan keuntungan setiap tahun sebanyak lebih RM3 bilion setahun, kekal milik kartel-kartel daging yang menguasai pasaran. Tidak banyak kartel-kartel daging yang mendapat AP untuk mengimport daging ke negara ini. Kewujudan NFC dan syarikat NFCorp bukan sahaja akan mengganggu urusniaga dan pemonopolian kartel-kartel daging berkenaan yang dimonopoli oleh taukeh-taukeh bukan beragama Islam, bahkan akan menyebabkan kebergantungan pengguna daging di Malaysia kepada daging-daging import, berkurangan secara drastik. Untuk itu, usaha kerajaan untuk memastikan bekalan daging di Malaysia menjadi lebih murah, menepati piawai Halal dan bekalan yang terjamin, perlu ditamatkan dengan apa cara sekalipun.

Rafizi Ramli muncul sebagai penyelamat kartel-kartel berkenaan. Dia begitu berbangga kerana berjaya meruntuhkan tunas-tunas usaha kerajaan untuk pembekalan daging mentah di negara ini. NFCorp akhirnya terpaksa dihentikan operasi apabila pusat penyembelihan tidak dapat dibina, pinjaman mudah mereka ditarik balik dan aset-aset mereka dibekukan.

Dua minggu lepas, apa yang ditakuti oleh pengguna-pengguna daging halal, akhirnya berlaku, kesan daripada perbuatan khianat Rafizi Ramli. Berita tentang 78 kontena daging kambing bercampur daging babi dan hanya 4 kontena sahaja yang berjaya disita, manakala bakinya 'hilang', menimbulkan keresahan yang bukan sedikit.


Ramai yang menyalahkan kerajaan kerana tidak mewujudkan sistem penternakan untuk pembekalan daging. Ironinya, kerajaan telah pun memulakan sistem tersebut tetapi Rafizi Ramli dengan bantuan daripada DAP yang memusnahkan industri yang baru hendak bertunas.

Sekarang, Rafizi Ramli tanpa rasa bersalah kerana mungkin telah menyebabkan sebahagian besar umat Islam di Malaysia memakan daging babi, meminta agar orang ramai menderma kepadanya supaya dia dapat membayar saman fitnahnya walaupun pada masa yang sama, Rafizi Ramli adalah seorang jutawan yang boleh menyelesaikan pembayaran itu dengan mudah.

Ironinya, ramai yang terlupa kisah 6 tahun, bersungguh-sungguh menyokong dan mahu membantu Rafizi Ramli!


2 comments:

  1. Si pemfitnah cukup duit utk bayar saman dia.. masih nak mintak orang ramai duit.. sapa2 yg bagi duit utk bantu dia .. pun dikira sebagai membantu si Rafizi membuat fitnah.. jadi jgn tolong dia... biar dia tanggung segala masalah yang dia sendiri buat.. padan muka.. pemfitnah tegar mcm Rafizi ni patut dipenjarakan aje

    ReplyDelete
  2. Perjuangan sebegini perlu dapat sokongan orang ramai dalam negara yg dipimpin oleh mafia.

    ReplyDelete