Penyerahan wang tersebut juga adalah untuk persiapan PAN menghadapi PRU-14 yang akan datang.
Dalam propaganda tersebut, wakil kumpulan berkenaan yang dinamakan AYUB berkata, mereka sepakat untuk menyerahkan kesemua wang berkenaan kepada PAN atau Pakatan Harapan Kelantan kerana tidak yakin wang tersebut halal digunakan.
Seorang wakil rakyat daripada PAN akan dijemput untuk menerima wang itu bagi pihak Pakatan Harapan.
Sebelum ini, Felda Gugusan Kemahang Tanah Merah adalah seramai 1208 orang. Yang tanam semula dan menjual hasil semula dengan FELDA adalah seramai 909 orang. Felda Kemahang 1 pula merupakan kubu kuat PAS yang terdiri daripada 400 orang lebih peneroka. Sebahagian besar daripada mereka masih bersama-sama FELDA dan sebahagian pula bersendirian semasa proses tanam semula kali kedua.
Difahamkan kesemua peneroka di sini telah habis hutang mereka dengan FELDA.
Bukan kesemua peneroka FELDA yang akan menerima insentif tersebut. Sebaliknya pihak FELDA hanya akan membayar RM5000 kepada para peneroka yang masih bersama-sama FELDA. Manakala peneroka-peneroka yang bersendirian dan merupakan penyokong kuat PAS serta PAN, tidak akan memperolehi insentif tersebut.
Sedar tentang hal tersebut, menyebabkan mereka tidak berpuas hati. Habuan besar yang menanti untuk para peneroka yang masih setia bersama-sama FELDA, turut mahu dinikmati oleh mereka yang tidak lagi bersama-sama FELDA, walaupun masih berada di tanah rancangan tersebut.
PAN sebenarnya sedang bergelut dengan masalah kewangan yang sangat teruk. Kalau sebelum ini, kewangan mereka banyak bersumber dari DAP, DAP sendiri nampaknya terpaksa berbelanja besar selepas Lim Guan Eng dan DAP berhadapan dengan pelbagai natijah undang-undang, membuatkan peruntukan untuk PAN dari DAP tersekat atau dihentikan.
Itulah antara sebab Mazlan Aliman, Presiden ANAK, dilihat bergelut teruk untuk membayar saman fitnah sebanyak RM500,000 kepada FELDA seperti yang diarahkan oleh mahkamah. Manakala beberapa orang pemimpin PAN lain, terpaksa mengemis simpati dan dana dari orang ramai untuk membina bilik-bilik gerakan di tempat masing-masing. Malahan ada yang terpaksa meminta dan mengemis daripada orang ramai semata-mata untuk menyara hidup dengan alasan 'PERJUANGAN'.
Sedangkan pada masa yang sama, PAN sendiri sedang bergelut untuk mengumpulkan para penyokong dan pendengar ceramah serta kempen mereka walaupun bergabung dengan PKR, Parti Cap Bunga dan DAP.
PAN sedang berusaha untuk menempatkan diri di kalangan ahli-ahli PAS, bahkan sedang berusaha untuk menyerang dan menawan kubu-kubu kuat PAS.
Cerita kononnya para peneroka FELDA yang tidak akan dapat insentif RM5000 itu akan memberikan wang insentif berkenaan kepada PAN, adalah cerita yang bersifat angan-angan semata. Ianya bertujuan untuk menunjukkan kononnya PAN telah berjaya menembusi kubu kuat PAS di Kemahang 1 biarpun pada masa yang sama, jumlah para peneroka yang menyokong PAN berbanding PAS, terlalu kecil. Apatah lagi sebilangan besar mereka, masih lagi bersama-sama FELDA dan tidak terpengaruh langsung dengan cakap-cakap subversif Mazlan Aliman!
Sebagai peringatan, pada 16 Oktober 2015, Mahkamah Tinggi Temerloh menolak tuntutan tiga orang peneroka FELDA ke atas FELDA dengan kos. Ketiga-tiga peneroka tersebut menfailkan permohonan untuk mendapatkan satu deklarasi dan perintah mandamus bahawa keputusan FELDA untuk tidak memberikan wang sebanyak RM300 kepada para peneroka sebagai pemberian wang insentif yang masih menyaman FELDA pada tahun 2014 adalah tidak sah kerana mereka masih mempunyai hak yang sama seperti peneroka-peneroka lain.
Hakin setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak pada 2 Jun 2015 menolak permohonan peneroka-peneroka tersebut pada 2 Oktober 2015. Antara alasannya ialah mahkamah mendapati para pemohon tersebut gagal menunjukkan mana-mana peruntukan dalam Akta yang boleh mewujudkan satu tugas atau tanggungjawab FELDA untuk membayar wang insentif kepada para peneroka. Wang insentif tersebut adalah daripada sumber kewangan FELDA sendiri dan keputusan pembayarannya dibuat atas kapasiti FELDA sebagai badan korporat, maka para peneroka tidak boleh mencabar keputusan tersebut melalui proses Semakan Kehakiman. (RUJUK SINI)
Wang rasuah sekiranya diberi dekat pilihanraya. Tetap haram. Yang menerimanya akan dibuang cam sampah utk dibakar dengan Najib.
ReplyDeletePAN gila ke??? Atau dah habis modal ... DAP tak bagi duit ke? Padan muka ... dasar pengkhianat negara... Mat Sabu goyang telur ke? PAN takde duit.. apa lagi.. gunalah tin MILO
ReplyDeletePan tukang angguk Dap je..
ReplyDelete