Pages

Tuesday, July 25, 2017

SEMAKIN JELAS, PAKATAN HARAPAN ADALAH MILIK MUTLAK DAP-KIT SIANG DENGAN PERLANTIKAN TONY PUA DAN GOBIND SINGH DEO!!!



Semakin jelas, siapa dan parti mana yang sebenarnya menerajui Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Dr. Mahathir.

Tepat sebagaimana yang dikatakan, DAP tidak akan membiarkan kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan di mana hanya Lim Guan Eng, Chong Chien Jen dan M.Kulasegaran sahaja yang menjadi pengawal kepada Mahathir, Wan Azizah (Anwar Ibrahim), Muhyiddin, Mukhriz dan Azmin Ali. Biarpun di belakang Pakatan Harapan itu ada tangan ghaib Lim Kit Siang, tetapi yang pasti, DAP akan berusaha untuk memastikan Pakatan Harapan benar-benar mengikut seperti apa yang digariskan oleh DAP. 

Dengan kata lain, DAP mahu memastikan Pakatan Harapan kekal di bawah perintah dan arahannya!

Semalam, 24 Julai 2017, Pengerusi Pakatan Harapan, Dr. Mahathir mengumumkan perlantikan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua Kiam Wee sebagah Pengerusi Biro Penerangan Pakatan Harapan, manakala Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Gobind Singh Deo pula sebagai Pengerusi Biro Guaman Pakatan Harapan. 

Sikap DAP terhadap Islam dan institusi Islam di negara ini, diketahui secara meluas dan tidak berselindung-selindung. DAP secara terang-terang menyokong pergerakan LGBT dan pemurtadan umat Islam. Amat kuat menentang RUU355 serta apa-apa sahaja usaha untuk memperkasakan undang-undang syariah di negara ini. Bahkan memusuhi PAS yang telah banyak membantu mereka dalam dua PRU lepas, hanya semata-mata untuk membuktikan mereka memang anti-Islam dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Islam. 

Dengan kehadiran Tony Pua yang sudah pasti akan memastikan kelebihan penerangan berpihak kepada DAP, Gobind Singh Deo yang mengawal dan menguasai Biro Guaman pula, sudah pasti akan memastikan matlamat DAP untuk menjahanamkan Islam mengikut lompang undang-undang di negara ini dan memanipulasikannya sepertimana yang kerap dilakukan oleh DAP dalam usaha untuk menang dan dilihat sebagai juara bukan Islam. 

Kebanjiran isu-isu yang melibatkan pertentangan antara kepentingan Islam dan kepentingan bukan Islam seperti isu-isu perundangan membabitkan 'unilateral conversion' atau pertukaran agama secara sepihak anak-anak (RUU164) dan pemerkasaan mahkamah syariah (RUU355), sukar untuk digambarkan bagaimana Pakatan Harapan yang Biro Penerangan dan Biro Guamannya diketuai oleh pemimpin-pemimpin DAP akan mampu mempertahankan kepentingan Islam dan umatnya di negara ini. 

Cuma kita tertanya-tanya, di mana nilai Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh, Ketua Penerangan Parti Cap Bunga Datuk Kamaruddin Mohd Noor dan Pengarah Komunikasi PAN Khalid Abdul Samad. Adakah mereka ini kesemuanya LEBIH PARIAH berbanding Tony Pua? Adakah mereka ini hanyalah KUDA KAYU yang bebal dan tidak tahu apa-apa, berbanding Tony Pua?

Bagaimana pula dengan Pengerusi Biro Undang-Undang (KANUN) PAN, Mohamed Hanipa Maidin dan para peguam Melayu di dalam PKR, PAN dan Cap Bunga sehingga mereka perlu diketepikan hanya untuk memberi laluan kepada Gobind Singh Deo?

Atau jawapan bagi kesemua ini boleh disimpulkan secara ringkas, PAKATAN HARAPAN adalah HAK MUTLAK DAP, maka suka hatilah DAP nak letakkan sesiapa pun. 

Dr. Mahathir, Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan mana-mana Melayu di dalam hierarki tertinggi Pakatan Harapan itu, tidaklah lebih tinggi daripada Lim Kit Siang dan DAP bahkan perlu sentiasa SUJUD SYUKUR kepada Lim Kit Siang dan DAP kerana mengangkat serta meletakkan mereka dalam jawatan di Pakatan Harapan!


No comments:

Post a Comment