Memang upacara perasmiannya kenalah gah kerana setelah hampir sepuluh tahun, itulah satu-satunya projek untuk rakyat yang mampu direalisasikan walaupun pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh PKR kerap mendabik dada kononnya mereka berjaya memajukan negeri itu sepanjang pentadbiran mereka.
Semuanya gara-gara kejayaan beberapa projek Kerajaan Pusat melibatkan Kuala Lumpur Greater yang banyak memberi manfaat kepada penduduk serta rakyat Selangor. Daripada jajaran ketiga LRT sehinggalah yang terbaharu, MRT, Pakatan Harapan Selangor kelihatan terlalu terdesak untuk membuktikan mereka juga boleh berbuat perkara yang sama.
Bagaimanapun, satu perkara yang tidak dapat disembunyikan oleh Pakatan Harapan Selangor ialah, semua projek yang dijayakan oleh Pakatan Harapan, terutama yang membabitkan DAP, pasti akan berharga lebih mahal!
Kalau di Pulau Pinang, laporan kebolehlaksanaan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang mencecah harga yang tidak munasabah, parkir bertingkat MPSJ di SS15 itu juga turut berhadapan dengan isu yang sama.
Bayangkanlah, projek pembinaan parkir MPSJ itu menelan kos 32% lebih tinggi daripada projek-projek DBKL berdasarkan ukuran sekaki persegi.
Di Taman Segar, Cheras, DBKL turut membina parkir 6 tingkat yang berkeluasan 245,888 kaki persegi dan menelan kos sebanyak RM34.89 juta. Selain parkir turut terdapat dalam bangunan tersebut adalah pejabat, dewan serbaguna, gelanggang badminton, gerai, surau dan kawasan permainan kanak-kanak serta lif.
Dengan kata lain, kos bagi setiap kaki persegi untuk projek MPSJ adalah RM188 manakala projek DBKL pula hanyalah RM142 bagi sekaki persegi.
Nama sama, tetapi kos yang berbeza. Dari pandangan, projek MPSJ memang kelihatan murah tetapi tawaran yang lain, hampir tidak ada dengan keluasan yang lebih kecil berbanding projek DBKL.
Hahaha... DAP dah boleh tukar nama parti reben... dan pakatan harapan tukar jadi pakatan reben.. mestilah harga tinggi.. nanti duit utk parti reben tak masyuk.. nanti tak boleh buat potong reben ramai2 lagi... saya suka nama tu.. Parti Reben Kebangsaan... i like.....
ReplyDelete