Pages

Friday, July 28, 2017

TERDESAK UNTUK MENGHENTAM RIZAL MANSOR, NIK NAZMI TERKANTOI MENIPU UNISEL-JNSB TIDAK ADA URUSNIAGA LAGI!!!



Nampaknya isu UNISEL dan skandal kewangan yang melibatkan puluhan juta ringgit dalam urusniaga serta perjanjian yang meragukan, memberi kesan besar kepada PKR di Selangor terutama sekali yang membabitkan pentadbiran Azmin Ali.

Ketua AMK Nik Nazmi melancarkan serangan peribadi ke atas Rizal Mansor yang telah menyentuh isu UNISEL sambil cuba mengalihkan persoalan itu kepada 1MDB pula.

Kata Nik Nazmi, Rizal Mansor sepatutnya berhenti berlagak seperti jaguh, malah dia turut menuduh pendedahan tersebut dibuat dan direka oleh cybertrooper UMNO 'yang didalangi oleh Rizal.

Ironinya, Nik Nazmi tidak menjawab langsung persoalan yang dilontarkan. Malah dia cuba berbohong kononnya kes berkenaan telah selesai dan UNISEL serta syarikat terbabit sudah tidak mempunyai sebarang ikatan perniagaan lagi.

Nik Nazmi selain merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) juga merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi.

Apa sebenarnya yang cuba dibohongkan dan dilindungi oleh Nik Nazmi? Surat MBI, Jana Niaga Sdn. Bhd dan UNISEL secara jelas menyatakan sebaliknya. Atau dia sebenarnya tidak pernah masuk mesyuarat atau dia tidak pernah dibenarkan ambil tahu isu berkenaan sehingga dia terpaksa merapu semata-mata untuk menjaga kedudukan ketua kartelnya, Azmin Ali?

Sepatutnya Nik Nazmi menjawab persoalan yang diberikan apatah lagi isu berkenaan melibatkan wang rakyat Selangor. Surat MBI bertarikh 16 Mei 2016 secara jelas menyatakan bayaran RM10 juta dan RM6 juta merupakan penyelesaian serta penyambungan kontrak JNSB.


Manakala surat daripada Prof. Redzuan yang merupakan Naib Canselor UNISEL bertarikh 26 Mei 2016 turut memaklumkan tender telah dibuat dan kontrak JNSB ditamatkan serta akur kepada kontrak baru serta bayaran dibuat MBI kepada UNISEL selain mempertikaikan klausa 4.2 kontrak JNSB yang dibatalkan pada 2013 serta tindakan MBI yang dilihat menyalahkan UNISEL serta kepimpinan UNISEL yang baru.

Kalau MBI dan UNISEL sendiri memperakui pembayaran serta klausa 4.7 penyambungan kontrak JNSB di UNISEL, mengapa pula Nik Nazmi yang merupakan Exco Pendidikan kata UNISEL dengan JNSB 'Tidak ada hubungan kontrak?'  (RUJUK SINI)

Apa yang Nik Nazmi kalut sangat sehingga perlu cuba melarikan persoalan kepada 1MDB?

Sekurang-kurangnya 1MDB telah mengalami proses perundangan dan bedah siasat melibatkan PAC, SPRM, PDRM, AG dan sebagainya, sedangkan skandal UNISEL-JNSB cuba ditutup seboleh-boleh mungkin.

Itu belum lagi membabitkan DEIG dan PPRT serta wang MARIS!


1 comment:

  1. Hallo Nik... cukup2lah menipu.. memang korang ni jenis manusia duka menipu aje.. cakap berdegar2... habuk pun tarak.... sudahlah.. salah orang bukan main lagi kecoh satu dunia... salah sendiri.. diam menyepi... cakap nak bagi pendidikan percuma.. pi mampuslah sampai mati pun blm dpt.. menyesal aku sokong korang.. menipu rakyat aje.. aku takkan undi lagi dah PKR ke.. PH ke .. nanti cina jugak yg untung.. melayu melopong...

    ReplyDelete