Utusan Malaysia merupakan akhbar milik UMNO. Lim Guan Eng sememangnya mensasarkan Utusan Malaysia untuk menyerang UMNO dan cuba membuktikan serta menimbulkan persepsi bahawa Utusan adalah penyebar fitnah terutama ke atas dirinya dan DAP.
Artikel Ajaibnya DAP tidak boleh disiasat?" yang disiarkan pada 15 Ogos dan "Mengapa pilih bulu bertindak ke atas kilang haram" pada 14 Ogos amat menakutkan Lim Guan Eng. Berita tersebut memberikan gambaran bahawa Lim Guan Eng dan DAP yang selama ini memberikan gambaran bahawa mereka adalah kuat terutama kepada pengundi-pengundi Cina, adalah pembohongan semata-mata. Sebaliknya, artikel tersebut dan ayat 'DAP tidak ada kuasa' membuktikan DAP sebenarnya dikuasai oleh amalan rasuah yang sangat berleluasa.
Kilang haram di Sungai Lembu yang dibangkitkan oleh ADUN PKR Penanti, Dr. Norlela Ariffin benar-benar membuatkan Lim Guan Eng terpukul. Memberi alasan kononnya kilang berkenaan telah wujud sebelum DAP mengambilalih pentadbiran Pulau Pinang, dan dasar DAP yang tidak akan merobohkan premis haram sebelum pentadbirannya, kemudiannya telah dibuktikan berbohong menerusi pendedahan yang dibuat oleh netizen.
Artikel Utusan Malaysia itu sebenarnya bersumberkan daripada kenyataan Lim Guan Eng sendiri. Dia sendiri yang mengatakan, DAP memang tidak mahu mengambil tindakan roboh atau sita kilang haram tersebut dengan alasan kebudak-budakan walaupun telah berkuasa di Pulau Pinang. Lim Guan Eng sendiri yang memberitahu dan mengesahkan bahawa Phee Boon Poh telah menulis surat menahan tindakan MPSP ke atas kilang terbabit.
Namun atas sifatnya yang kuat berbohong, maka pendedahan berkenaan menakutkannya. Mujur Utusan Malaysia ditulis dalam Bahasa Melayu dan bertulisan rumi. Kalau dalam tulisan Cina dan berbahasa Cina, harus Lim Guan Eng sedang berdiri di tubir tembok Jambatan Pulau Pinang sekarang ini.
Untuk itulah, dia perlu menutup mulut dan perlu mengekang berita tersebut daripada dialihbahasakan. Caranya ialah ugut saman!
Maksudnya, DAP MEMANG ADA KUASA UNTUK TUTUP KILANG ITU TAPI MEREKA TIDAK MAHU?
Maknanya, walaupun tahu ada impak negatif terhadap masyarakat dan penduduk sekitar, terutama membabitkan penyakit barah, dan walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah DAP ada kuasa untuk menghentikan operasi kilang terbait, tetapi mereka lebih memilih untuk melindungi kilang tersebut?
Bab minta maaf kepada penduduk itu, satu hal yang lain. Tetapi kemudian menyalahkan pentadbiran terdahulu yang kemudian dibuktikan, tidak betul, selepas itu bercakap bolak balik dan apabila didedahkan, mengugut untuk menggunakan undang-undang untuk tutup mulut, satu perkara yang lain.
LGE dan menipu berpisah tiada...
ReplyDeleteAku kekadang muak dgn kerajaan sbb tak gunakan proses undang2 penjarakan apek ni, semacam takut je dgn apek2.
ReplyDeleteLoyar buruknya tak pernah berubah.
ReplyDelete