Pages

Wednesday, August 16, 2017

PENDEDAHAN BARU LIM GUAN ENG PENIPU BESAR PASTI BUATKAN KM PULAU PINANG ITU LIGAT CARI ALASAN MENIPU LAGI!!!



DAP dan Lim Guan Eng menarik nafas panjang tanda kelegaan.

Apakan tidak, selepas berjaya menimbulkan persepsi bahawa SPRM telah kalah dalam dua kes rasuah dan salahguna kuasanya kerana kejayaan Seksyen 62 Akta SPRM sebagai melanggar Perlembagaan, walaupun kesnya masih diteruskan, Lim Guan Eng berlagak seolah-olah dia telah menjadi suci dan disucikan.

Sanggahan bahawa cakap besarnya bahawa DAP TELAH MENANG, langsung tidak menjejaskannya. Ini adalah kerana beberapa isu lain yang timbul sekaligus menenggelamkan isu rasuah dan salahguna kuasa Lim Guan Eng.

Exco Alam Sekitarnya, Phee Boon Poh telah ditangkap dan ditahan reman selama 5 hari. Sekali lagi, dengan pasukan peguamnya yang bijak memanipulasi undang-undang, Phee Boon Poh dan pemilik kilang haram di Sungai Lembu, berjaya dibebaskan dari tahanan reman kerana 'kesilapan' teknikal membabitkan peruntukan undang-undang. Kaedah yang sama digunakan oleh Lim Guan Eng untuk menangguh-nangguhkan perbicaraannya untuk kes rasuah dan salahguna kuasa.

Selepas 'kejayaan' mempermainkan undang-undang negara, Lim Guan Eng mengeluarkan satu kenyataan yang menyalahkan pentadbiran lalu berhubung kewujudan kilang haram yang menjadi penyebab Phee Boon Poh yang juga merupakan sepupu rakan setuduhannya di mahkamah, Phang Li Koon. Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata, pentadbiran DAP Pulau Pinang mengamalkan sikap tidak akan merobohkan mana-mana struktur haram yang didirikan sebelum mereka berkuasa bagi mengelakkan masalah yang lebih besar.

Kenyataan Lim Guan Eng itu terselamat daripada sanggahan apabila program anjuran ARMADA Cap Bunga yang bertujuan untuk menyelamatkan air muka Dr. Mahathir, Nothing To Hide 2.0 menjadi kecoh ekoran kerusi dan selipar terbang selain upacara tumbuk-menumbuk. Selama tiga hari, isu berkenaan terus diperkatakan.


Kemudian, muncul pula isu bekas Pengerusi FELDA dan FGV merangkap bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Isa Samad ditahan reman selama 5 hari oleh SPRM. Seperti orang mabuk diberikan arak, para penyokong Pakatan-DAP berusaha bersungguh-sungguh mempergunakan isu berkenaan untuk menutup isu Phee Boon Poh, Lim Guan Eng dan salahguna kuasa serta penyelewengan DAP di Pulau Pinang.

Namun seorang Netizen bernama Tzu P. Wong membuat pendedahan yang memalukan Lim Guan Eng, sekaligus membuktikan betapa kuat dan tak malunya Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang itu menipu.

Menurut Tzu P. Wong, selepas laporan yang dibuat kepada SPRM oleh ADUN PKR Penanti, Dr. Norlela Ariffin berhubung kilang haram yang memproses arang di kawasannya didedahkan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertungkus lumus mencari jalan untuk menipu. Penangkapan Exco Negeri, Phee Boon Poh kerana salahguna kuasa dan rasuah, menyebabkan Lim Guan Eng seperti biasa, mencipta teori-teori penipuan dan pembodohan. Katanya, kilang tersebut telah dibina pada era BN, maknanya kilang tersebut dibina sebelum Mac 2008 iaitu sebelum PRU-12. Oleh kerana itu, Kerajaan Negeri yang dipimpinnya tidak boleh berbuat apa-apa walaupun sebelum itu, banyak premis lain dirobohkan tanpa belas kasihan terutama sekali rumah penduduk.

Pencarian dan pemeriksaan akhirnya mendapati, Lim Guan Eng seratus peratus menipu!






(klik gambar untuk besarkan)

Teknologi yang tersedia pada hari ini, tidak sukar untuk membuktikan penipuan Lim Guan Eng. Salah satunya adalah teknologi satelit dan salah satu fungsi satelit dalah merakamkan gambar dari udara. Dan gambar-gambar aerial satelit yang dicerap menggunakan app bernama Google Earth, menunjukkan Lim Guan Eng memang seorang penipu besar.

Pencarian mudah menggunakan Google Earth di kawasan Bukit Mertajam dengan fungsi garis masa yang ditunjukkan pada 31 Ogos 2008 membuktikan kawasan di mana kilang haram tersebut berada sekarang ini, masih kosong. Apabila DAP menang PRU-13 dan Lim Guan Eng mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang serta mula menikmati kehidupan mewah 'RICH AND GLAMOUR', maka tapak yang kosong itu mulai wujud kilangnya.

Gambar satelit dengan garis masa bertanda 2009 sehingga yang terbaharu 2016 membuktikannya.


Sebelum pendedahan tersebut, Lim Guan Eng menyatakan bahawa pentadbirannya tidak merobohkan premis haram yang dibangunkan pada zaman pentadbiran BN. Bagaimanapun, pendedahan terbaharu ini sudah pasti akan mengundang satu lagi jawapan menipu daripada Ketua Menteri Pulau Pinang itu. Apatah isu-isu yang lain sudah mula senyap dan sejuk.

'Campurtangan' GERAKAN Pulau Pinang selain serangan demi serangan Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia juga pasti akan membuatkan Lim Guan Eng tidak senang. Lebih-lebih lagi serangan yang dibuat menggunakan kenyataan Lim Guan Eng yang dia tidak peduli dengan masalah yang dihadapi oleh penduduk kecuali menyelamatkan kilang haram tersebut, selain Lim Guan Eng mengharapkan permohonan maafnya sudah boleh menyelesaikan segala masalah.




1 comment: