Itu adalah antara iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam bab Tauhidul Af'al.
Isu Memali 1985 sudah lama tidak diperkatakan. Orang PAS sendiri pun, ramai yang tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku di Kampung Memali pada 19 November 1985 kecuali berdasarkan apa yang diberitahu oleh para pemimpin PAS yang sekarang ini ramai daripada mereka telah menyeberang masuk ke parti tajaan DAP iaitu PAN.
Sekitar tahun 2013, isu Memali kembali hangat apabila salah seorang yang terlibat dan tinggal di Kampung Memali, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai Cikgu Non mempersoalkan tentang kehilangan wang Tabung Memali yang telah dikutip oleh PAS yang jumlahnya berpuluh-puluh juta ringgit tetapi mangsa-mangsa Tragedi Memali terbiar dan langsung tidak dipedulikan.
Pada ketika itu, orang seperti Mat Sabu dan Mahfuz Omar menekup telur dan cuba menghilangkan diri, enggan menjawab. Beberapa pihak dari dalam PAS terutama yang terlibat secara langsung dengan pengurusan tabung tersebut segera membuat penafian tetapi masih gagal menjawab ke mana perginya wang kutipan Tabung Memali sehingga ke hari ini.
DAP yang walaupun pada ketika itu merupakan rakan kongsi PAS, dalam Pakatan Harapan, dalam ceramah-ceramah Bahasa Cina mereka, memperlekehkan PAS kerana gagal menguruskan isu Tabung Memali.
Orang sebenar yang bertanggungjawab dalam isu dan Tragedi Memali, terselamat!
Bagaimanapun, soalan anak muda itu tidak dijawab secara tuntas kecuali jawapan yang berbelit-belit dan lebih kepada cubaan menipu. Lebih malang lagi, anak muda itu turut dibaling selipar dan bangku terbang!
Mahathir seperti biasa, berjaya lagi menyelamatkan diri daripada menjawab soalan-soalan seperti itu dengan alasan, keadaan sudah bertukar menjadi kecoh!
Sesuatu yang mungkin ramai tidak perasan, zaman menyembunyikan kes besar di dalam kotak dan peti besi sudah berakhir. SPRM ketika era pentadbiran Najib, jauh lebih bebas untuk mengambil tindakan dan mendakwa nama-nama besar yang dahulunya akan terselamat di bawah perlindungan 'Godfather'. Bukan sahaja pemimpin pembangkang seperti Lim Guan Eng dan Phee Boon Poh yang diheret ke mahkamah, bahkan orang seperti Tan Sri Isa Samad juga tidak terkecuali. Itu belum lagi pegawai-pegawai kanan GLC yang dahulunya cukup bermaharajalela dan berkuasa.
13 Ogos 2016, bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri ketika Tragedi Memali, Tan Sri Musa Hitam dalam satu wawancara menyatakan, dia sudah penat menanggung beban sebagai kambing hitam bagi Tragedi Memali. Menurutnya, dia langsung tidak diberi ruang dan peluang sehingga dipersalahkan dan dikatakan bertanggungjawab bagi pembunuhan berkenaan. Daripada Musa Hitam jugalah, Dr. Mahathir yang dikatakan berada di China semasa tragedi tersebut tercetus, sebenarnya berada di dalam negara.
Sebelum ini isu FOREX yang menyaksikan negara kerugian berpuluh-puluh kalau tidak pun ratusan bilion Ringgit akibat keghairahan berjudi di pasaran hadapan matawang, akhirnya 'diselesaikan' dengan penubuhan sebuah Suruhanjaya. Dan di sebalik cakap besar, Dr. Mahathir segera bertindak dengan meminta mahkamah memecat dua orang anggota Suruhanjaya tersebut dengan alasan mereka akan berat sebelah dan tidak layak menyiasatnya.
Mungkinkah Najib yang banyak melakukan transformasi dan pembaharuan yang mengecutkan perut sepanjang tempoh kuasanya, akan mewujudkan satu lagi RCI bagi menyiasat Tragedi Memali di mana tangan ghaib Dr. Mahathir wujud?
Tidak mustahil... kalau kepala-kepala besar GLC dan dari UMNO sendiri pun diseret ke mahkamah, RCI Forex diwujudkan, satu lagi RCI yang akan menyiasat tentang pembunuhan juga tidak mustahil untuk diwujudkan.
Itu sebablah agaknya mengapa Najib hendak digulingkan sangat-sangat!!!
Setuju klu rci memali ditubuhkan segera.
ReplyDeleteMemali sudah jadi isu politik utk UMNO-PAS yg sudah berkawan semula bukan kerana prihatin kpd keluarga mangsa tapi utk meraih kelebihan politik terhadap Tun. Selama ini Hadi tak pernah suruh Najib bentuk RCI tapi bila Tun mula serang UMNO barulah isu ini dihidupkan semula.
ReplyDeleteKalau tak menentang Najib tak adalah isu Memali. Melayu gila kuasa itu maknanya.
ReplyDeleteMohon diwujudkan RCI .. Kesian Tok Musa jd kambing hitam selama 30 tahun... Lbh sedih lagi adalah ahli keluarga mangsa, baik di pihak penduduk Baling mahupun pihak polis yg hanya menjalankan tugas ..Mereka dikecam angkara manusia berhati iblis yg bernama Mahathir a/l Iskandar Kutty...
ReplyDelete