Pages

Thursday, August 10, 2017

KETIKA MAHATHIR GUNAKAN TAKTIK LGE DAN RAFIZI UNTUK TANGGUHKAN RCI FOREX, OTAKNYA MAKIN SAKIT BILA 3 ORANG ANAK LELAKINYA PULA 'DIKUNJUNGI' LHDN!!!



Ketika si bapa kelihatan amat kelam-kabut tetapi masih lagi berlagak seolah-olah hero filem dari negara asal keturunannya, anak-anak pula bercempera dalam 'serangan' yang tidak diduga.

Dr. Mahathir sebelum ini merungut, rakan-rakan rapatnya termasuklah rakan kongsinya telah didatangi oleh LHDN menuntut bayaran cukai yang tidak dijelaskan atau dilarikan selama ini. Bagi Mahathir, LHDN dan Kerajaan telah bertindak kejam kerana menuntut ratusan juta ringgit bahkan berbilion-bilion ringgit daripada rakan-rakannya itu.

RCI Forex baru hendak bermula. Dr. Mahathir bercakap megah, kononnya kalau Kerajaan berani, tangkaplah dia. Tetapi RCI FOREX katanya perlu ditangguhkan dahulu sehinggalah keputusan mahkamah berhubung kedudukan dua orang ahli panel RCI yang dilantik oleh DYMM Yang Di-Pertuan Agong, diputuskan oleh mahkamah terlebih dahulu. Dengan kata lain, taktik yang dahulunya digunakan oleh Anwar Ibrahim dalam usaha menangguhkan perbicaraan, kemudian digunakan pula oleh Rafizi Ramli dan sekarang ini menjadi amalan rutin Lim Guan Eng, telah diadaptasi oleh Dr. Mahathir.


Adakah selepas ini, Dr. Mahathir juga akan mempertikaikan mana-mana akta atau sebahagian seksyen dalam akta-akta tersebut sebagai tidak berperlembagaan sepertimana helah yang digunakan oleh Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan Lim Guan Eng?

Besar kemungkinan itulah yang akan berlaku sekiranya Dr. Mahathir memilih mana-mana peguam dari kalangan DAP!

Mahathir mungkin tidak begitu risaukan tentang dirinya. Kalau dia ditangkap, bermakna dia akan menyelamatkan ramai orang terutama sekali tiga orang anak lelakinya. Malah kalau dia berjaya 'pujuk' Najib Abdul Razak untuk duduk sekali dengannya, berdebat dengan Najib dalam program Nothing To Hide 2.0, dia boleh menyelamatkan air mukanya. Apatah lagi kalau bab berbohong, menipu dan TERLUPA, Mahathir sudah boleh diangkat sebagai MAHARAJA.

Nothing to Hide 2.0 adalah program yang terpaksa dicipta oleh ARMADA Cap Bunga bagi menyelamatkan air muka Mahathir yang gagal menjawab banyak persoalan berhubung kekayaan anak-anak dan kroni-kroninya.


Kekayaan luar biasa dan pantas yang dimiliki oleh anak-anaknya sudah lama diperkatakan. Bukan semenjak dari tahun 2014 ketika Mahathir mula-mula tidak berpuas hati kerana Najib enggan mengikut kehendaknya, bahkan lebih awal lagi pada tahun 2008. Manakala pembahagian wang negara di kalangan kroni-kroninya pula telah mula diperkatakan dari tahun 1984, ketika Dasar Penswastaan Negara yang diperkenalkan oleh Mahathir memperlihatkan kerakusan kroni-kroni Mahathir membalun harta negara semahu-mahunya atas nama pembangunan.

Rompakan-rompakan menggunakan lunas undang-undang itu akhirnya hanya mampu menjadi cerita-cerita mulut dan undang-undang tidak boleh dikuatkuasakan, terutama sekali apabila Mahathir menjadi God-Father selama 22 tahun yang semua keputusan adalah milik mutlaknya.

Kini keadaan sudah mulai berubah. Tatkala Mahathir menyalak tentang bakhilnya Najib untuk meneruskan dasar-dasarnya menyalurkan kemewahan dan wang negara kepada kroni-kroninya, LHDN pula bertindak dengan menguatkuasakan undang-undang berkaitan cukai. Mahathir tidak disentuh tetapi tiga orang anak lelakinya dan syarikat mereka telah diserbu oleh LHDN.

Free Malaysia Today melaporkan pegawai-pegawai LHDN telah menyerbu pejabat Kencana Capital Sdn. Bhd milik Mokhzani Mahathir pada 8 Ogos. Pada hari yang sama, OPCOM Holdings Berhad milik Mukhriz Mahathir dan Crescent Capital Sdn. Bhd. milik Mirzan Mahathir turut diserbu.

Yang masih terselamat hanyalah Marina Mahathir.

Sebelum ini, salah seorang rakan kongsi utama Mahathir, Lee Kim Yew telah menulis surat memohon bantuan Mahathir pada Mei lalu mendakwa dia telah disiasat di bawah undang-undang jenayah menyebabkan dia terpaksa mencairkan aset-asetnya bagi menyelesaikan pembayaran cukai pendapatannya.


Mahathir naik angin dan menyelar LHDN kerana mengambil tindakan terhadap Lee dan berkata, tindakan LHDN itu menunjukkan bagaimana kerajaan Malaysia, Perdana Menteri dan kakitangan awam sudah keterlaluan

RCI yang dibentuk untuk menyiasat kehilangan berpuluh-puluh bilion wang negara yang melibatkannya pula, Mahathir kata, ia adalah tindakan terdesak Najib untuk menutup mulut para pengkritiknya.

Tuntutan agar Kerajaan mewujudkan RCI bagi menyiasat kehilangan wang negara akibat urusniaga Forex di bawah pentadbiran Mahathir, telah dibuat secara agresif oleh parti-parti pembangkang, khususnya DAP dan Lim Kit Siang. Lim Kit Siang telah menulis beberapa buah buku dan berhujah tentang pentingnya RCI diwujudkan bagi menyiasat kehilangan dan kerugian berpuluh-puluh, bahkan beratus bilion wang negara hanya untuk memuaskan nafsu seorang Perdana Menteri bernama Mahathir Mohamad.

Kini Dr. Mahathir merupakan rakan kongsi Lim Kit Siang dan telah dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan, sebuah pakatan yang didalangi dan diterajui secara tangan ghaib oleh Lim Kit Siang bagi memastikan kelestarian kuasa dan supremacy DAP tidak tercabar.


3 comments:

  1. Mahadir dan kroni2 perlu bayar cukai sebagaimana orang lain.

    ReplyDelete
  2. Mabuk kuasa. Matlamat menghalalkan cara.

    ReplyDelete
  3. RCI kenalah tunggu kes jenayah keatas 1MDB kerana 1MDB itu diperingkat antarabangsa dikendaikan oleh FBI manakala kes BNM disiasat RCI diketuai oleh jaguh kampung pak turut Haji Najib, lupa nama KSN yg dilantik tu.

    ReplyDelete