Pages

Thursday, August 10, 2017

TERKINI!!! SIAPA SEBENARNYA YANG CUBA 'BUNUH' AZMIN ALI DI DALAM PKR SELANGOR?!!!



Perkembangan terbaharu di Selangor tidak kurang menariknya.

Di sebalik serangan bertubi-tubi ke atas Najib Abdul Razak dan UMNO-BN yang setakat ini tidak mendatangkan apa-apa hasil, sebaliknya ia tidak lebih daripada sekadar perangkap Najib yang telah mengena sasaran, pergolakan dalaman PKR terutama di Selangor mula terserlah sedikit demi sedikit.

Bertahun-tahun semenjak menjadi Menteri Besar, Azmin Ali digambarkan sebagai MB yang paling hebat dan seorang genius politik yang akan menjahanamkan UMNO. Berbagai-bagai mitos dan legenda diberikan kepada Azmin Ali. Mitos dan legenda itulah yang menyebabkan timbulnya tanggapan, selagi Azmin Ali memimpin Selangor, selagi itulah UMNO-BN atau mana-mana pihak lain akan berjaya merampas Selangor.

Namun ternyata, Azmin Ali hanyalah seorang lagi pelakon politik yang bertali leher dan mengenakan kot. Dia tidak lebih daripada lelucon yang menggunakan politik demi kepentingan temboloknya sendiri.

Serangan demi serangan ke atas UMNO-BN dan Najib Abdul Razak, berjaya mengalihkan perhatian rakyat Selangor khususnya daripada kelemahan pentadbiran Azmin Ali termasuklah dari kalangan ahli-ahli UMNO dan penyokong-penyokong Barisan Nasional sendiri.

Kebelakangan ini, sudah timbul pelbagai cerita-cerita yang selama ini tersembunyi daripada pengetahuan orang ramai. Isu-isu membabitkan UNISEL, DEIG, wetland, SPLASH dan pembekalan air dan sebagainya mulai timbul satu persatu.

Mungkin kerana semakin hampirnya pilihanraya umum, maka cerita-cerita itu muncul dan dipersembahkan kepada orang ramai.

Tidak menghairankan seandainya kerja-kerja tersebut dilakukan oleh pembangkang Selangor. Namun baik UMNO apatah lagi Barisan Nasional Selangor, semua orang boleh nampak cara kerja mereka yang tersangat perlahan dan lebih banyak berkisar tentang Pemilihan Agung UMNO berbanding Pilihanraya Umum.

Malangnya, maklumat-maklumat seperti yang dipaparkan oleh beberapa portal dan blog terutama sekali Selangor-Leaks.com bukannya maklumat-maklumat yang boleh diperolehi di tepi jalan. Maklumat-maklumat tersebut terlalu rahsia dan hanya orang dalam sahaja yang boleh menyalurkan maklumat serta dokumen-dokumen penting seperti itu.

Persoalannya ialah, siapa sebenarnya di dalam Kerajaan Negeri dan pentadbiran Selangor yang menikam belakang Azmin Ali? Fraksi manakah yang sebenarnya ingin menggulingkan Azmin Ali dan pentadbirannya yang digelarkan sebagai 'kartel'?

Maklumat-maklumat terbaharu yang diperolehi daripada orang-orang PKR sendiri terutama menerusi group WhatsApp mereka, banyak membincangkan tentang penggulingkan Azmin Ali yang bagi mereka adalah parasit kepada Pakatan Harapan.

Seperti yang diketahui, Pakatan Harapan adalah medium terbesar DAP walaupun DAP tidak meletakkan pemimpin-pemimpin utama mereka di hierarki tertinggi. Ketiadaan PAS di dalam Pakatan Harapan menyebabkan PAS dicaci dan dihina oleh PAN, DAP, PKR dan Cap Bunga walaupun pada dua PRU lalu, PAS adalah pihak yang paling banyak menyumbang kepada DAP dan PKR. Bagaimanapun, di Selangor, Azmin Ali enggan mengikut titah perintah DAP, menyebabkan dia dikecam dan kerajaan negeri pimpinannya dilabelkan sebagai 'KARTEL MIN'.

Isu UNISEL sebenarnya hanyalah salah satu daripada sekian banyak isu yang dibangkitkan. Dan kini isu terbaharu adalah SPLASH dan pembekalan air yang semuanya bermula dari dalam PKR sendiri.

Siapa di dalam PKR yang benar-benar sakit hati dengan Azmin Ali?


No comments:

Post a Comment