Pages

Friday, August 11, 2017

MENITIK-NITIK AIR MATA DAN HINGUS MENDENGAR KELUHAN SI APEK PUAKA, LIM KIT SIANG!!!



Lim Kit Siang, individu yang paling banyak mengatakan Malaysia akan bankrap, dari semenjak dia mengisi kekosongan dan ketiadaan Lee Kuan Yew sehinggalah sekarang, terkilan kerana dituduh sebagai pengkhianat dan pembohong.

Pertumpahan darah antara kaum yang tercetus selama tiga hari bermula 10 sehingga 13 Mei 1969 pula terus menghantuinya dan sama seperti orang yang dihantui rasa bersalah lain, Lim Kit Siang menafikan pembabitannya dalam tragedi tersebut meskipun dia tidak dapat menafikan hasutan-hasutan subversif Malaysian Malaysia yang melibatkannya dalam kempen dan rapat umum selama 21 hari sehinggalah hari pembuangan undi pada PRU 1969.

Dalam Sidang Dewan Rakyat pada November 2011, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru pada ketika itu, Zulkifli Nordin telah menyebut satu persatu pembabitan langsung Lim Kit Siang dan DAP dalam tragedi berdarah itu. (RUJUK SINI). Baik DAP mahupun Lim Kit Siang, tiada sesiapa pun yang berani menyanggah hujah Zulkifli Nordin di dalam Dewan itu.

Bagaimanapun, seperti berasakan orang ramai sudah lupa dan terlupa, Lim Kit Siang kembali mengulangi penafiannya. Hujahnya tetap sama. Kegagalannya menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh Zulkifli Nordin semasa sesi hujah di Dewan Rakyat, langsung tidak disentuh.

Dalam usahanya meraih sokongan dan simpati daripada orang Melayu khususnya, Lim Kit Siang kini 'berjinak-jinak' dengan apa-apa sahaja yang berkaitan Islam. Taktik sebegitu telah digunakan oleh beberapa orang pemimpin DAP yang juga merupakan penyokong kuat gerakan evangelist dan dilihat berjaya.


Lim Kit Siang menyelar mereka yang sering bercakap buruk tentangnya sebagai tidak takut dosa kerana 'memfitnahnya'. 

“Sejak akhir-akhir ini, saya terus menjadi ‘subjek kegemaran’ pemimpin Umno-BN. Saya dituduh propagandist, komunis, chauvinist, ejen kuasa asing, cuba kristiankan Malaysia, terkini boneka Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mohamad Sabu.

“Awal bulan lalu, sebuah akhbar ungkit keturunan Mahathir.


"Terbaru, saya pula dikatakan berasal dari China dan tiba di Tanah Melayu pada 1957. Atas alasan ini, saya dikatakan mahu menukar alamat mengundi ke Pulau Pinang untuk bertanding di negeri itu pada PRU14,” katanya dalam satu sidang media, dua hari lepas.

Misteri tempat kelahiran Lim Kit Siang mula diperkatakan ramai. Lim Kit Siang sendiri tidak mampu menjawab dan menerangkan di mana sebenarnya dia dilahirkan walaupun secara popular, dia dikatakan lahir di Batu Pahat.

Kit Siang sebelum ini dikatakan berasal dari Zhangzhou, Fujian, dan datang ke Malaysia pada 1957 pada usia 16 tahun.

Cerita tempat kelahiran Lim Kit Siang menjadi subjek perbualan di media-media sosial apabila maklumat pertukaran alamat dan tempat mengundinya dipaparkan. Dari Gelang Patah ke Pulau Pinang, Lim Kit Siang dilihat cuba melarikan diri selepas dia langsung tidak peduli dengan nasib rakyat yang diwakilinya di Gelang Patah.



Baru-baru ini, ada pihak tertentu menaikkan kain rentang di kawasan Parlimen Gelang Patah bertulis 'Sorry, Uncle Kit Siang, we are not Rihanna, we don’t love the way you lied.'

“Saya tidak kenal pun siapa Rihanna, bila melihat kain rentang itu. Siapa Rihanna?

“Tetapi mereka yang berada di sebalik perlakuan ini, saya yakin tidak berminat hendak tahu siapa pembohong sebenar, siapa di belakang skandal 1MDB, dan isu-isu besar lain yang berlaku dalam negara ketika ini,” katanya.

Sebaliknya katanya, mereka ini terus menyembunyikan perkara sebenar dan identiti mereka.

“Saya tiada masa untuk ini, sama ada perkara yang sudah lepas atau akan datang. Misi utama selamatkan Malaysia,” katanya.

Lim Kit Siang bagaimanapun, tidak dapat menjawab, bagaimana dia hendak selamatkan Malaysia sekiranya, sebagai Ahli Parlimen Gelang Patah, dia tidak pernah peduli pun dengan rakyat yang diwakilinya di kawasan tersebut.


6 comments:

  1. LKSni rupanya xde sense of humor... 😂

    ReplyDelete
  2. UMNO mana ada maruah. Yang mereka tahu ialah songlap dan hidup atas usaha org lain. Sekarang ni Cina yg betul2 dah tiba, nak tengok dimana UMNO akan letak pantat mrk.

    ReplyDelete
  3. Tapi orang percaya lebih kpd LKS dari Haji Najib yg juga seorg pencuri dan pembunuh, haram utk org2 Islam undi penjenayah cam ni.

    ReplyDelete
  4. Dia bodoh caya lanun2 Bugis. Kenalah belajar dari LKY. Tapi Tuhan memang adil. Haji Najib sendiri dah menjemput tentera Tanah Besar Cina. Inilah balasan Tuhan ke atas penjenayah dan pembunuh.

    ReplyDelete
  5. Cibai punya apek... memang lu pencetus 13 Mei 1969.. lu lupa .. saya tatak lupa ma...

    ReplyDelete
  6. Apek gila.. nak selamatkan Malaysia konon.. saya nak selamatkan Malaysia dari lu la apek dgn lu punya geng DAP..

    ReplyDelete