Pages

Friday, September 22, 2017

ADIK SIVARASA RASIAH DITANGKAP SPRM SEBAB PAW SYARIKAT BAWA MASUK BURUH ASING!!!



"Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga". Akhirnya media melaporkan SPRM menahan Naveen Kularasa Rasiah yang juga seorang setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah bagi membantu siasatan kes rasuah dalam isu berkaitan imigresen.

Naveen Kularasa Rasiah bersama pembantu peribadi dan kerani Ahli Parlimen Subang itu ditahan kerana dipercayai terlibat dalam perbuatan rasuah membabitkan wang bernilai RM20,000

Naveen Kularasa Rasiah berusia 45 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Kuala Lumpur kira-kira jam 8 malam tadi. Menerusi maklumat awal yang diperoleh, syarikat milik pengadu dikatakan pernah membawa masuk pekerja asing bertaraf buruh menggunakan kelayakan profesional dan diketahui oleh ketiga-tiga suspek.

Pengadu mendakwa diminta menyediakan wang RM55,000 bagi menyelesaikan urusan berkaitan imigresen.

Lambat laun pasti akan tertangkap juga. Masterdedah sebelum ini pernah melaporkan perbuatan rasuah Naveen Kularasa Rasiah dan abangnya Sivarasa Rasiah Ahli Parlimen Subang ini berkenaan sindiket perumahan. Sila baca;



Dokumen yang terdedah menunjukkan syarikat atau kontraktor diminta membayar komisen 1.5% kepada Sivarasa Rasiah yang juga MP Subang melalui syarikat guamannya Daim & Gamany yang dinamakan atas proksi Sivarasa Rasiah iaitu adiknya Naveen Kularasa Rasiah. 





Itu sindiket perumahan. Syarikat diminta memberi komisen 1.5% kepada Sivarasa Rasiah. Jika Projek Rumah Selangor ku Idaman PKNS dibina dengan kos RM200-300 Juta agaknya berapa? Jutaan ringgit diterima oleh Sivarasa Rasiah. Elok SPRM serbu pejabat guaman Daim & Gamany. Banyak dokumen boleh ditemui berkaitan komisen rasuah. 

Urusan imigresen ini mungkin tertangkap RM20k hingga RM55k. Mungkin banyak lagi.


Apapun syabas SPRM!. Ia kerja yang sangat cemerlang!



3 comments:

  1. Bayangkanlah kalau 1MDB di bawah kekuasaan mereka,sudah pasti RM 42 billion sudah benar-benar lesap.Rakyat kena hati hati sebelum menakan gulungan ini,jangan mudah percaya.Mungkin banyak lagi wang yg sudah di 'paw' oleh mereka terutama dalam hal yg memang MP berkaitan mempunyai pengruh,misalnya lesen pusat hiburan ,lesen perniagai dll lesen yg di keluarkan oleh MBPJ.

    ReplyDelete
  2. padan muka adik sivarasa kepala taik.

    ReplyDelete
  3. Syabas sprm. Tangkap jerung yg lebih besar lgi supaya rasuah dpt dibendung.

    ReplyDelete