Pages

Friday, September 22, 2017

KETIKA ANCAMAN DAESH SEMAKIN MENGGILA DI MALAYSIA, PARTI-PARTI PEMBANGKANG PULA MENJEMPUT MEREKA DATANG SEMATA-MATA UNTUK BERKUASA!!!



Malam tadi sebuah drama bersandarkan realiti berjudul The State telah ditayangkan di saluran National Geography. Kisahnya berkisar tentang 6 orang warga asing yang cuba mencari jihad dan syurga mereka dengan menyertai Daulah Islamiyah atau ISIS atau IS di Syria.

Walaupun perjuangan IS tidak menggambarkan langsung tentang ajaran Islam, bahkan terlalu bertentangan sebaliknya memperlihatkan penguasaan kaum lelaki ke atas wanita dan wanita pula tidak ada sebarang nilai kecuali untuk kesedapan kelamin, pastinya golongan yang tidak terdedah atau musuh Islam melihat IS sebagai cerminan sebenar Islam.

Sedangkan IS adalah musuh terbesar umat Islam kerana musuh dan mangsa utama mereka adalah orang Islam sendiri. Sasaran utama mereka adalah negara umat Islam.


Di Asia Tenggara, Malaysia adalah salah satu sasaran utama IS atau DAESH yang merupakan 'anak syarikat' Daulah Islamiyah. Sudah ada beberapa cubaan untuk mewujudkan kekacauan dan serangan tetapi telah berjaya dipatahkan oleh PDRM. Sudah ramai anggota-anggota pengganas itu ditangkap dan sebahagiannya pula telah dihukum.

Ramai yang terpedaya dengan penipuan yang dilakukan oleh IS kerana hampir kesemua elemen yang mereka gunakan adalah agama Islam. Ketua dan pengasasnya sendiri merupakan seorang agen Mossad berbangsa Yahudi Zionis yang menyamar sebagai seorang Arab dan kemudian menggelarkan dirinya sebagai Abu Bakar Al-Baghdadi. (RUJUK SINI)

Peringkat awal dan mula, sasaran-sasaran mereka adalah pusat-pusat hiburan yang menyajikan arak untuk dimusnahkan dan membunuh pengunjung-pengunjungnya bagi mewujudkan impak kononnya mereka berjuang menentang kemungkaran. Kecenderungan masyarakat yang mahu kembali kepada Islam, lebih mudah diperdayakan menerusi Islam yang bersifat kosmetik. Ajaran Islam hanya menjadi sendal bagi meraih kuasa dan mewajarkan tindakan mereka.

Tudung, jubah, serban, atau apa-apa sahaja yang dinamakan Sunnah, menjadi modal utama dan penting dalam modus operandi agen-agen IS. Hadis-hadis dan ayat-ayat al Quran tentang jihad diputarbelit dan diselewengkan bagi mendapatkan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Syurga dan kehidupan sebagai seorang pensyahid seringkali dilagu-lagukan dan didendangkan untuk mengelabui pemikiran para pendengar dan pemercaya mereka. Golongan yang lemah ilmu dan malas menggali punca sebenar ilmu Islam menjadi sasaran mudah mereka. Tidak kurang juga golongan bijak pandai yang melihat kuasa sebagai cara hidup yang disuruh oleh agama.



Kaum pengganas yang bertebaran di kalangan orang awam itu hanya menunggu masa dan alasan yang sesuai untuk melakukan serangan. Menggunakan media sosial dan kemudian komunikasi masakini, mereka mencari sasaran yang akan menghimpunkan ramai orang termasuklah perhimpunan-perhimpunan rasmi seperti Perarakan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka pada hujung bulan lepas bagi memulakan revolusi berdarah mereka. 

Namun mujurlah tindakan pantas dan tuntas pihak berkuasa khususnya PDRM, berjaya menangani serta menangkis cubaan serangan yang mereka lakukan. Dari semasa ke semasa, berita-berita tentang penangkapan suspek-suspek pengganas dihebahkan kepada awam bagi tujuan untuk mewujudkan kewaspadaan masyarakat kepada ancaman ekstremis dan subversif agama itu. 

Bagaimanapun, mungkin disebabkan sudah lama berada dalam keadaan aman, tidak banyak pihak yang mengambil peduli dengan berita-berita penangkapan dan pembanterasan tersebut. Sebaliknya ada yang berpendapat, itu semua hanyalah sandiwara semata-mata. 


Bahkan, mereka seperti mencabar pihak pengganas untuk melakukan serangan dengan penganjuran pesta arak, pesta seks sesama jenis, pesta maksiat, bahkan demonstrasi menuntut penerimaan masyarakat Malaysia kepada LGBT selain kempen-kempen berterusan menyerang Melayu dan agama Islam yang merupakan agama rasmi Persekutuan. 

Julai 2016, PDRM mengesahkan serangan ke atas sebuah pusat hiburan di Puchong yang mencederakan lapan orang, dilakukan oleh dua orang ahli DAESH. Mereka membaling dan meletupkan bom tangan dalam cubaan untuk mendatangkan kemusnahan dan kematian besar-besaran. (RUJUK SINI

Mac 2017, 9 orang anggota DAESH telah berjaya diberkas. Salah seorang daripada mereka cuba meletupkan Balai Polis Tapah menggunakan bom kereta. (RUJUK SINI)

Ogos 2017, Polis Perak mengesahkan kewujudan ancaman DAESH dalam sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri. (RUJUK SINI

Itu hanya merupakan sebahagian daripada ancaman-ancaman DAESH atau IS yang berjaya disekat dan ditangani oleh pihak berkuasa Malaysia. Yang pastinya, ancaman tersebut akan dipertingkatkan daripada semasa ke semasa,  manakala pemimpin-pemimpin DAESH atau IS tempatan pula akan bersilih ganti dalam usaha mereka memburu impian mewujudkan sebuah Daulah Islamiyah.



Ironinya, pada ketika pihak berkuasa dan Kerajaan Malaysia bersungguh-sungguh menangani ancaman DAESH atau IS ini, sebahagian rakyat Malaysia yang disokong oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang, khususnya DAP pula menjemput dan mengalu-alukan kedatangan pengganas-pengganas tersebut ke negara ini. Mereka seolah-olah ingin membuktikan bahawa ajaran Islam itu adalah sebuah ajaran yang dipenuhi dengan pertumpahan darah, manakala penganut-penganut beragama Islam pula, sentiasa haus darah.

Tujuannya tidak lain, hanyalah untuk menjemput kuasa asing datang ke negara ini bagi 'membebaskan' negara ini daripada cengkaman keganasan Islam, sekaligus membolehkan mereka mengambilalih kuasa, sepertimana yang berlaku di Iraq, Libya, Tunisia, Mesir, Afghanistan dan beberapa negara umat Islam yang lain.

Persoalannya ialah, berapa lama lagi agaknya umat Islam di negara ini mahu bersatu padu dan menggembeleng iman serta akidah mereka untuk menolak ancaman-ancaman ini ke atas agama dan tubuh badan mereka sendiri memandangkan sebahagian besar daripada mereka, langsung tidak ambil peduli, bahkan ada pula yang menyokong kuat ajakan serta pelawaan puak-puak berkenaan agar DAESH atau IS bermaharajalela di negara ini?


3 comments:

  1. Daesh dan yg suka arak sama2 tak betul. Jauhi kedua duanya.

    ReplyDelete
  2. Kau ni cerita apa ni?

    ReplyDelete
  3. Cerita octoberfest ler

    ReplyDelete