Pages

Friday, September 1, 2017

KERANA KIASU, RAKYAT DAN MEDIA SINGAPURA CUBA MEMBURUK-BURUKKAN PERKHIDMATAN HOSPITAL MALAYSIA!!!



Seronok betul FREE MALAYSIA TODAY, portal pro-Pakatan kerana dapat skop berita yang boleh memperlekehkan Malaysia. Portal pro-Pakatan yang sentiasa mencari jalan untuk mencaci dan mencerca negara ini, kelihatan sangat terhibur apabila berita sensasi kononnya perkhidmatan hospital kerajaan Malaysia menjadikan wang sebagai motif utama sebelum memulakan sebarang prosedur rawatan.

FMT memetik cerita dongeng karangan dan terbitan sebuah portal kiasu Singapura, The Independent. Ceritanya ialah tentang seorang pemuda berbangsa Cina Singapura berusia 25 tahun terlibat dalam satu kemalangan langgar lari. Konon ceritanya, pemuda tersebut, Justinian Tan bersama-sama 5 orang kawannya baru sahaja selesai minum malam dan kemudian berjalan ke kereta mereka jam 3:00 pagi. Pada ketika itulah, sebuah kereta PROTON SAGA memecut laju dan melanggar mereka, sebelum melarikan diri.

Akibat rempuhan tersebut, Justinian menggigil, sukar bernafas dan batuk berdarah. Kawan-kawannya mendakwa, pihak berkuasa Malaysia lambat bertindakbalas. Kononnya ambulan hanya sampai 30 minit kemudian walaupun jarak hospital dengan tempat kejadian hanya 5 minit.

Lebih menarik lagi ialah bilamana kiasu-kiasu Singapura itu mendakwa Hospital Sultanah Aminah enggan membuat imbasan awal selagi wang deposit tidak dilunaskan terlebih dahulu. Hanya selepas kakitangan hospital mendapat bayaran RM2,700 daripada mereka, barulah imbasan dibuat. Prognosis mangsa hanya diketahui 4 jam kemudian.

Jam 8:30 pagi, pihak hospital sekali lagi didakwa meminta bayaran untuk pembedahan. Dan pembedahan tersebut dilakukan oleh Pegawai Perubatan, bukannya Pakar Bedah!!!

Betul-betul perangai kiasu!


Kementerian Kesihatan Malaysia segera memberi maklumbalas dan menafikan tuduhan tersebut. Secara terperinci, KKM mengesahkan bahawa pemuda berusia 25 tahun itu yang cedera parah, telah diberikan rawatan kecemasan pada kadar segera tanpa sebarang desakan untuk pembayaran deposit. Malah hospital juga tidak bertanya tentang nombor polisi insuran atau caruman EPF sebelum menerima rawatan sepertimana yang berlaku di Singapura.

Sebaliknya warga Singapura itu yang dalam keadaan kritikal, terus dimasukkan ke Zon Merah di Jabatan Kecemasan HSA dan diberikan rawatan kecemasan sejajar dengan protokol Sokongan Nyawa Trauma Lanjutan (ATLS) yang sudah pun dimulakan di dalam ambulans. 

Pasukan Jabatan Kecemasan juga telah memulakan pengimejan yang perlu (x-ray, imbasan otak CT, serviks dan toraks), rawatan (termasuk intubasi) dan rujukan kepada pasukan berkaitan secara profesional dan dalam masa singkat tanpa sebarang depisit memandangkan ia adalah kes kecemasan. 

Disebabkan kecederaan otaknya, pesakit kemudian dirujuk kepada pasukan pendedahan saraf dengan perancangan untuk nyahmampatan kraniektomi segera, pengeluaran darah beku dan pemantauan tekanan intrakranial, juga tanpa meminta deposit.

Rekod perkhidmatan ambulans pula menunjukkan sebuah ambulans telah dikerahkan ke tempat kejadian 2 minit selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 2:57 pagi, 25 Ogos. Ambulans tiba di tempat kejadian 13 minit kemudian iaitu pada jam 3:10 pagi dan bergegas ke HSA dengan pesakit 5 minit kemudian.

Dakwaan kononnya rakan mangsa telah diminta oleh HSA untuk membayar RM1,350 bagi tujuan imbasan dan satu lagi bayaran sebanyak RM1,350 untuk membuang 'pendarahan dalam otak' Tan juga, disangkal. Sebaliknya Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan mempertahankan HSA bertindak sejajar dengan dasar Kementerian Kesihatan mengikut Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan bertarikh 4 Mac 2015 berhubung bayaran deposit untuk warga asing di hospital kerajaan. 

Ahli keluarga Tan hanya diminta membayar kos pengimejan berjumlah RM2,575 setiba mereka di HSA.

Barangkali kiasu-kiasu tersebut tidak senang hati kerana warganegara Malaysia hanya membayar RM1 untuk proses berkenaan, sedangkan mereka dikenakan bayaran penuh!!!

Ahli keluarga Tan kemudian mengeluarkan pesakit atas risiko sendiri (AOR) untuk dihantar ke sebuah hospital di Singapura setelah diberi penjelasan tentang risiko yang perlu mereka tanggung kerana menangguhkan pembedahan ke atas mangsa. 


Terdapat beberapa orang Netizen yang selama ini cukup membenci Malaysia walaupun mendakwa mereka adalah rakyat Malaysia, menggunakan media-media sosial untuk memperlekehkan KKM. Namun, netizen yang tahu bahawa cerita-cerita bohong dari pihak kiasu Singapura lebih mudah diperolehi seandainya mereka rasa terancam dengan kelebihan pada Malaysia terutama sekali dalam hal perkhidmatan hospital, mengecam netizen-netizen yang cuba menyebarkan berita palsu tersebut.

Rata-rata Netizen mempertahankan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Hospital Sultanah Aminah daripada tuduhan bohong dan fitnah kiasu-kiasu Singapura. Bahkan rata-rata bersetuju agar Kementerian Kesihatan menyaman sebuah portal di Singapura yang mula-mula menyebarkan berita fitnah tersebut.

Malahan Exco Kesihatan Negeri Johor, Datuk Ayub Rahmat turut menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil tindakan undang-undang terhadap portal tersebut sebagai membela kakitangan dan petugas-petugas Jabatan Kecemasan HSA, khususnya dan seluruh warga kerja hospital umumnya daripada fitnah jahat kiasu Singapura berkenaan. (RUJUK SINI)


4 comments:

  1. Keluarga Aku semua orang Singapura, memang rakyat mereka cemburu dengan kita selama ni..so, apa yg jadi salah keluarga mangsa sendiri kerana tak percaya dengan kepakaran doktor doktor kita..bawak balik ke Singapura dan boleh tanam terus..

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya panggil ja ambulans dr singapork dan bawa blk pi sana klu dok cakap byk sgt..

    ReplyDelete
  3. Aku tak tau di Singapura mcm mana perkhidmatan hospital mereka,
    Tapi bagi aku perkhidmatan hospital di Malaysia ni telah menjadi sgt tidak memuaskan sejak bercambahnya hospital swasta. Doktor kita byk yg bagus tapi tak tahu dimana,
    Di wad2 kebanyakannya doktor baru tidak pun tahap pelatih.
    Mesi2 yg senior lagak lebih dari doktor tu perkara biasa,
    Aku sendiri pernah dengar kes mcm tu waktu kecemasan di wad bila doktor senior tanya "why that one?" dgn muka berkerut bila doktor junior jwb soalan dia bagi ubat apa pd pesakit tersebut.
    Lagi, aku sendiri pernah jumpa "dr. pakar di hospital kerajaan, dr tu dari myanmar, cakap melayu takboleh, cakap inggris pun tak, jadi apakebenda ni... sijil myanmar m'sia iktiraf ke?
    Kalau yg dari Iran atau Russia tu lain la.
    Byk kalau aku nak sebut pasal hospital ni, tak muat ruang ni,
    dan lagi ubat2 dgr cerita anak madey yg supply, gred generic haprak...

    ReplyDelete
  4. Out syed the box pun seronok maki hamun staf2 melayu ni...

    ReplyDelete