Ini adalah kerana dalam apa-apa pun Mahathir seringkali digambarkan sebagai DOKTOR YANG TAHU SERBA SERBI.
Dialah yang dipuji dan dipuja kerana menyelamatkan ekonomi negara. Dia jugalah yang diangkat dan dilambung kononnya kerana berani memperjuangkan Dunia dan umat Islam. Bahkan dia jugalah yang dikatakan berani menyanggah Yahudi dan proksi mereka di seluruh dunia.
Hakikatnya lama kelamaan akhirnya cerita sebenar terbongkar. Internet dan buku adalah puncanya. Mahathir yang dikatakan kuat membaca tiba-tiba sahaja tidak tahu tentang pendedahan yang dibuat oleh pelbagai pihak menerusi media dan Internet.
Jangan kata isu-isu lain yang membabitkan skandal kewangan yang cuba diselindungi dan disorok seperti Skandal BMF, PERWAJA, PROTON, MAMINCO dan pembelian besi buruk A4 Skyhawk serta sistem komputer untuk Kementerian Pertahanan (sekadar menyebut beberapa nama memandangkan senarainya terlalu panjang), isu perjudian FOREX yang sekarang ini sudah menjalani prosiding RCI pun Mahathir ttiba-tiba diserang penyakit lupa dengan ayat lazim, "SAYA TIDAK TAHU."
Mahathir boleh kata dia lagi hebat dari Najib dan telah menemui cara serta kaedah untuk menyelamatkan Malaysia. Mahathir boleh beritahu secara detail tentang 'kerugian' 1MDB bahkan mempersoalkan tentang derma politik RM2.6 bilion. Namun Mahathir tiba-tiba sahaja TIDAK TAHU MENAHU TENTANG KERUGIAN LEBIH RM30 BILION yang hampir memufliskan Bank Negara Malaysia.
Dan sudah pastilah dia juga tidak tahu tentang penukaran saham-saham syarikat kerajaan dalam usaha menyelamatkan Bank Negara daripada dimufliskan!
Sungguh aneh...
Tapi Tuhan tahu..
ReplyDeleteTak ada yang tidak aneh pekerti Mantan PM 22 tahun. DULU: Anti itu/ini (sekarang pro apa yang diantinya dulu). Buat pusingan 360 x2 darjah. Silap silap "orang mati boleh hidup kembali".
ReplyDeletebkn tak tahu...tapi dah nyanyuk tahap kronik....
ReplyDeleteSekarang kita tahu 1 rahsia mengenai che det yg ketara..
ReplyDeleteApa yg dia kata org lain..Sebenarnya dia rujuk diri dia
Melayu cepat lupa.. sebenarnya che det yg cepat lupa
Rasuah sini sana rupanya dia mungkin buat
Bisnes kroni rupanya dia mungkin buat
Semua x tahu... X buat keje lah tu!!!
ReplyDeleteOk
ReplyDelete