Pages

Monday, September 18, 2017

RCI FOREX: SEMAKIN JELAS CUBAAN UNTUK MENYALAHKAN SI MATI!!!



Hari ini, Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan yang dilihat ramai sebagai orang yang paling berkuasa selepas Mahathir memberikan keterangan kepada panel RCI Forex.

Daim Zainuddin adalah Menteri Kewangan Malaysia dari tahun 1984 sehingga 1991 dan sekali lagi pada tahun 1999 sehingga 2001.


Skandal Forex melibatkan Bank Negara Malaysia yang menyebabkan Bank Pusat itu hampir diisytiharkan muflis bermula dari tahun 1985 sehingga 1991 melibatkan kerugian lebih USD10 bilion, malahan menurut Barry Wain penulis Malaysian Maverick, kerugian daripada urusniaga Forex melibatkan Bank Negara Malaysia jauh lebih besar daripada yang tercatat.

Seramai 23 orang saksi dipanggil untuk memberikan keterangan dalam prosiding RCI itu termasuklah Anwar Ibrahim dan Dr. Mahathir. RCI telah ditugaskan untuk mengenalpasti kerugian daripada perjudian Forex oleh Bank Negara bernilai USD10 biliion (lebih kurang RM25 bilion pada waktu itu) antara tahun 1991 sehingga 1993.

Dalam keterangannya, Daim Zainuddin memberitahu dia tidak tahu menahu tentang urusniaga tersebut sekalipun dia adalah Menteri Kewangan. Katanya lagi, wujud lebih 1000 agensi di bawahnya dan amat mustahil untuk dia tahu kesemua aktiviti agensi-agensi di bawah kuasanya. 

Ketika panel 5 orang RCI yang dipengerusikan oleh Mohd Sidek Hassan menolak kenyataan Daim bahawa dia tidak pernah dimaklumkan tentang urusniaga Forex memandangkan maklumat tentangnya telah diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi, Daim terpaksa bersetuju bahawa walaupun maklumat tentangnya adalah di bawah OSA yang tidak boleh diakses oleh orang awam, tetapi Daim selaku Menteri Kewangan pada waktu itu tetap boleh mengaksesnya.

Daim bagaimanapun bertegas menyatakan dalam kes urusniaga Forex yang hampir membangkrapkan BNM, dia tidak tahu menahu. Daim turut menyalahkan BNM kerana 'tidak berterus-terang' tentang kerugian tersebut.

Pada masa yang sama, Daim juga cuba menyatakan bahawa segala keputusan BNM adalah keputusan yang tersendiri dan tidak tertakluk dengan keputusan serta polisi kerajaan terutama Kementerian Kewangan.

"Itulah sebabnya saya tidak pernah membincangkan isu urusniaga Forex BNM dengan Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri waktu itu," katanya Daim. (RUJUK SINI)

Kata Daim lagi, dia juga tidak pernah diberikan penerangan oleh Gabenor Bank Negara waktu itu, Allahyarham Jaafar Hussein berhubung urusniaga Forex.


Jaafar Hussein ditamatkan perkhidmatannya sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia pada zaman Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan selepas kerugian besar yang hampir mengakibatkan BNM diisytiharkan muflis pada tahun 1991. Nor Mohamed Yakcop yang sebelum ini memberikan keterangan kepada RCI dan menyatakan perbincangan tentang urusniaga Forex melibatkan BNM dibuat di Argentina dan London, turut ditamatkan perkhidmatannya tetapi kemudian dilantik kembali menjadi Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri (Dr. Mahathir) pada tahun 1998 dan pada tahun 2008 dilantik kembali menjadi Menteri Kewangan Kedua walaupun pada 1998, Kementerian Kewangan telah mengeluarkan syarat, dia tidak boleh lagi terlibat dengan mana-mana institusi kewangan negara. (RUJUK SINI)

Sementara itu, Dr Mahathir pula berkata, BNM terlibat dalam urusniaga Forex pada penghujung 1980-an tanpa pengetahuannya. (RUJUK SINI)


Sama seperti Daim, seperti Anwar Ibrahim, sama seperti Nor Mohamed Yakcop kecuali dalam kes ini, Nor Mohamed Yakcop mengambil sikap lebih bertanggungjawab dengan mengakui dia terlibat sama, Mahathir turut menyalahkan Allahyarham Jaafar Hussein secara tidak langsung demi menyelamatkan diri sendiri.

Dr. Mahathir adalah saksi ke-24 yang dipanggil memberi keterangan kepada panel RCI.

Menurutnya, Jaafar Hussein yang membuat semua keputusan dalam usaha menstabilkan kadar tukaran matawang asing yang tidak menentu, menguruskan rezab luar BNM dan mengekalkan daya saing ekonomi negara.


Mahathir yang sebelum ini merupakan orang yang paling banyak tahu tentang skandal 1MDB dan skandal wang derma politik RM2.6 bilion, memilih jawapan, TIDAK TAHU tentang kerugian besar BNM berjumlah lebih RM30 bilion yang berada di bawah kuasanya.

Cuma sesuatu yang amat menarik ialah pengakuan Dr. Mahathir tentang pinjaman-pinjaman dari Jepun yang mengakibatkan negara terpaksa membayar dalam jumlah yang besar kesan kejatuhan nilai Ringgit di pasaran Forex. Pengakuan yang sekaligus menyanggah dakwaannya bahawa selama 22 tahun dia memerintah Malaysia, negara ini tidak pernah mendapat pinjaman dari mana-mana negara asing!




2 comments:

  1. Contoh melayu mudah lupa..hehe

    ReplyDelete
  2. Skrg bukan pm.. tapi lebih tahu mengenai 1mdb..
    Dulu pm.. langsung tak tahu negara nak bankrup?
    Perdana menteri apa ni?
    Benda besar mcm ni buat2 tak tahu?
    Org macam mahathir nk jadi ketua pembangkang?

    ReplyDelete