Pages

Thursday, September 7, 2017

PAS KATA UNDI PAKATAN BERERTI UNDI DAP, MAHATHIR PULA KATA UNDI PAS BERERTI UNDI NAJIB DAN BARISAN NASIONAL!!!

 
 
Ketua Pemuda PAS, Abdul Khalil Abdul Hadi mengeluarkan satu kenyataan, satu undi kepada Pakatan Harapan bererti satu undi kepada DAP. Menurutnya undi tersebut sebenarnya diberikan kepada golongan Evangelis Kristian yang bercita-cita mahu menawan negra ini.

Kenyataan tersebut muncul seleaps gabungan pembangkang mengisytiharkan PKR tidak lagi boleh berunding dengan PAS berhubung pengagihan kerusi pada PRU akan datang.

Menurut Abdul Khalil, keputusan tersebut jelas menunjukkan cengkaman kuat DAP ke atas Pakatan Harapan sekaligus menentukan arah tuju setiap tindakan pakatan tersebut.

"DAP sebenarnya melindungi wajah hipokrit mereka dengan menyelinap serta mempengaruhi PPBM, PAN dan PKR sebagai proksi mereka dalam melaksanakan pelbagai misinya."

Kenyataan Abdul Khalil itu kemudiannya mendapat reaksi daripada Pengerusi Pakatan Harapan, Dr. Mahathir. Dr. Mahathir sebaliknya menyatakan, setiap satu undi kepada PAS bererti undi kepada Najib dan UMNO-BN. Undi kepada PAS bererti undi untuk mengekalkan kerajaan pimpinan Najib Abdul Razak.

Sementara itu, Ketua ARMADA Syed Saddiq pula berkata, PAS sekarang tidak ubah seperti UMNO yang cuba menggunakan isu kaum untuk menarik undi dengan menakut-nakutkan orang Melayu terhadap DAP agar mereka tidak mengundi pembangkang.

Syed Saddiq berhujah, kononnya kalaupun DAP memenangi semua kerusi yang dipertanding dalam PRU-14 kali ini, mereka tidak akan mampu mebentuk sebuah Kerajaan Persekutuan tanpa parti-parti komponen Pakatan Harapan yang majoritinya adalah Melayu.

Manakala Ketua Pemuda PAN Faiz Fadzil pula dalam kenyataan balasnya berkata, kenyataan Abdul Khalil dalam usahanya membantu Perdana Menteri dan UMNO itu berbaur perkauman.

DAP benar-benar kelam-kabut sekarang apabila PAS langsung tidak terjejas dengan ancaman mahupun gertakan DAP. Bahkan cakap-cakap kasar DAP terutama daripada pemimpin utamanya seperti Lim Guan Eng dan Anthony Loke atau Liew Chin Tong, sekadar diketawakan oleh PAS. Sebaliknya yang ketakutan sekarang adalah PKR.

PKR menerusi Azmin Ali cuba memujuk PAS sekaligus menyebabkan perbalahan dalaman PKR sendiri. Rafizi Ramli mengetuai fraksi yang jelas tidak bersetuju dengan usaha-usaha yang dilakukan oleh Azmin Ali. Manakala DAP yang selalunya banyak cakap dan bijak menunjuk ajar, bersikap mendiamkan diri atas kerja-kerja Azmin Ali sungguhpun pada masa yang sama, mereka menyalak tentang bencinya mereka kepada PAS.

Jadi, apabila Ketua Pemuda PAS mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan peluang undi Melayu-Islam kepada DAP, balaci-balaci DAP seperti Syed Saddiq dan Faiz Fadzil segera membuat kenyataan dengan cuba menggambarkan PAS sedang bekerja untuk UMNO-BN.

Sama jugalah seperti Dr. Mahathir yang permusuhannya dengan PAS tidak pernah padam, turut cuba menimbulkan rasa bersalah di kalangan ahli-ahli PAS agar bangun memberontak ke atas kepimpinan PAS dengan menyatakan, undi kepada PAS bererti mengundi Perdana Menteri dan mengekalkan UMNO-BN sebagai Kerajaan Persekutuan.

6 comments:

  1. Madey merapu sakan. Ppbm gagal tarik sokongan melayu.

    ReplyDelete
  2. Lbih baik undi pas klau la sprti undi umno. Tp klau undi harapn sprti undi dap yg lntng tntng islam, jd kita orng mlayu islam wajib undi islam walaupun dlm msa yg sma bg kpd umno. Orng umno orng mlayu islam boleh uruskn jnazah bila kita kmbali tp orng dap boleh ka ? Halal harm mrk tk pduli. Bila bkuasa nnti dgn majoriti bsr dlm pakatan blh ka depa bg laluan kpd islam. Tngok la dlm pndaan ruu 355 pun brmatian mrk tntng. Tu blm bkuasa lg...fikir2 la sndiri dmi islam. Umno skurangnya bri laluan untk pindan bkn mnentngnya...!

    ReplyDelete
  3. Kadang2 aku fikir diorang ni kira BN tu UMNO je ye... Lupa kot ada 13 parti lain 😂😂😂

    Syed Saadiq tu mentah... Kita kan demokratik biarlah diorang bersuara. Dia pun waktu Madey dlu sekolah lagi.

    ReplyDelete
  4. Aku tetap undi BN .. Bn menang pun umno tetap jadi bos. Umno dan pas parti islam. Klu pembangkang menang dap tetap jadi bos!!

    ReplyDelete
  5. Lambang terbesar UMNO adalah rasuah.Adakah PAS mendukung rasuah UMNO. Lagi satu boleh kah Islam terima kegiatan rasuah.

    ReplyDelete
  6. I am with u sakinah...nak jadi melayu yg berendah hati dan syukur nikmat..

    ReplyDelete