Pages

Monday, September 11, 2017

TANPA PAS BATU PAHAT, CERAMAH INVOKE RAFIZI RAMLI SEKADAR MENJADIKAN MUHYIDDIN YASSIN SEBAGAI BADUT TUA!!!



Walaupun INVOKE mendapat kecaman daripada pemimpin-pemimpin PKR sendiri, namun Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli meneruskan usahanya mempopularkan INVOKE dan dirinya sendiri menerusi ceramah jalanan. Rafizi Ramli tidak peduli walau apa yang dikatakan kepadanya kerana matlamatnya ialah untuk memastikan dia kekal relevan dan popularitinya jauh mengatasi pemimpin-pemimpin PKR yang lain termasuklah PKR sendiri.

Malam tadi, bertempat di kawasan parkir hadapan deretan kedai Jalan 1, Taman Bestari, Parit Botak, Senggarang, Batu Pahat, Rafizi Ramli berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya 280 orang yang terdiri daripada pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Harapan Batu Pahat.

Turut hadir malam tadi adalah Muhyiddin Yassin yang merupakan Presiden PPBM, Salahuddin Ayub yang merupakan Timbalan Presiden PAN Pusat, Idris Jusi yang merupakan Ahli Parlimen Batu Pahat, Gan Peck Cheng yang merupakan ADUN Penggaram merangkap Setiausaha DAP Negeri Johor dan Ketua Pembangkang DUN Johor, Malik Faishal Ahmad yang merupakan Ketua PKR Cabang Batu Pahat, Hamid bin Jamah yang merupakan Pengerusi PAN Parlimen Batu Pahat dan Drs. Mohd Zaid bin Mohd Yusof yang merupakan Pengerusi PPBM Parlimen Batu Pahat.


Antara ucapan menarik membabitkan Gan Peck Cheng, ADUN Penggaram yang langsung tidak nampak muka di DUN yang diwakilinya sebelum ini ialah, memberitahu bahawa matlamat DAP adalah untuk mengekalkan kerursi DUN Penggaram yang telah dimenangi pada PRU lalu. Menurutnya, keadaan negara amat teruk dan perubahan perlu dilakukan demi generasi akan datang sekalipun pada masa yang sama, sebagai ADUN DAP, Gan Peck Cheng bukan sahaja gagal menunjukkan muka, malahan langsung tidak mengambil tahu masalah rakyat di DUN Penggaram. Sebaliknya dia hanyalah menjadi ADUN MAKAN GAJI BUTA yang bercakap tentang perubahan tanpa dia sendiri menunjukkan contoh yang baik.


Manakala Salahuddin Ayub pula berkata, orang Cina,  Melayu dan India hanya mahu hak yang telah dihalang oleh Kerajaan BN. Menurutnya PH akan merealisasikan apa yang diinginkan oleh rakyat Malaysia. Bagaimanapun, Salahuddin Ayub tidak memberikan contoh apa yang hak yang dimaksudkannya ttapi sekadar bercakap tentang mengalahkan BN untuk masa hadapan yang lebih baik, walaupun pada masa yang sama, dia gagal menunjukkan masa hadapan yang lebih baik setelah Pakatan mengambilalih pentadbiran di Pulau Pinang dan Selangor. Dia turut memuji Muhyiddin Yassin yang menurutnya sanggup tinggalkan segala jawatan dan kemewahan semata-mata untuk menentang kezaliman walaupun ramai yang mempersoalkan tentang projek Tanah Rezab Melayu di Johor yang hilang ketika zaman pentadbirannya selaku Menteri Besar Johor serta projek Bestari.Net yang memberikan kekayaan melimpah ruah kepada anaknya sendiri ketika dia memegang jawatan Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri.

Ucapan yang ditunggu-tunggu sudah tentulah ucapan Rafizi Ramli. Rafizi Ramli yang terkenal dengan pembohongan dan fitnahnya, bahkan menjadikan fitnah dan pembohongan sebagai modus operandi untuk memasyhurkan diri berkata, Perdana Menteri dan isterinya ke Amerika Syarikat bukanlah atas nama lawatan rasmi. Segala perbelanjaan Perdana Menteri dan isterinya itu telah ditanggung oleh rakyat Malaysia. Datuk Seri Najib berjumpa dengan Donald Trump bukannya utnuk membawa isu Rohingya tetapi untuk menyelesaikan masalah peribadinya dengan badan perundangan Amerika Syarikat. Isu Rohingya hanyalah lakonan Najib semata-mata, kata Rafizi Ramli.


Rafizi turut melabelkan bekas Ketua Polis Negara sebagai 'Duta Keganasan' dan Pengerusi Dana Sdn. Bhd.' dengan gaji yang melebih RM100 ribu sebulan, sedangkan rakyat bawahan hidup dalam kesusahan. Selain itu, Rafizi turut mengatakan Felda sedang mengalami kerugian yang semakin besar setiap tahun yang kini telah mencecah angka lebih RM9 bilion. Felda katanya lagi, akan diisytiharkan muflis tidak lama kecuali Pakatan dipilih dalam PRU akan datang dan Pakatan akan menyelamatkan Felda dan para peneroka.

Turut menjadi hujahnya ialah kononnya GST telah menyebabkan ekonomi negara runtuh biarpun pada masa yang sama, indeks, statistik dan angka-angka rasmi daripada badan-badan berintegriti dan diiktiraf profesionalisme mereka pada peringkat antarabangsa menyanggah hujah Rafizi. Kata Rafizi lagi, seandainya BN menang pada PRU nanti, rakyat akan dikenakan lebih banyak cukai-cukai baru. Malaysia menurutnya akan mengalami nasib yang sama seperti Greece.

Ucapan Muhyiddin Yassin selepas itu tidak banyak pembaharuan. Muhyiddin masih lagi bergantung kepada laporan Sarawak Report yang telah terbukti palsu dan fitnah sebagaimana yang terjadi di mahkamah di London dalam kes saman Presiden PAS ke atas Claire Rewcastle-Brown dan Sarawak Report. Muhyiddin Yassin juga masih lagi terperangkap dengan kebebalannya sendiri apabila masih lagi bercakap tentang maklumat DOJ membabitkan 1MDB. DOJ sendiri telah membekukan kes yang difailkan oleh bekas Peguam Negara Amerika Syarikat yang telah dipecat oleh Donald Trump, Loretta Lynch kerana rasuah dan salahguna kuasa. Pihak yang dituduh melakukan penipuan dan penyelewengan wang 1MDB pula, mendesak DOJ mempercepatkan kes tersebut. Mungkin Muhyiddin tidak tahu bahawa DOJ yang terkenal kerana bijak mewujudkan kes-kes jenayah dan mengada-adakan bukti seperti yang berlaku dalam Peristiwa 9/11, seperti kebuntuan dan cuba mengelak daripada meneruskan kes membabitkan 1MDB.


Kehadiran amat sederhana walaupun diuwar-uwarkan kononnya kehadiran Muhyiddin Yassin yang masih mempunyai pengaruh kuat di Johor akan menarik lebih ramai penonton dan orang ramai. Majoriti hadirin berusia dalam lingkungan 25 sehingga 55 tahun. Berdasarkan pecahan kaum, 70% yang hadir adalah Melayu manakala bakinya adalah Cina.

Menggunakan sebuah lori yang bernombor pendaftaran BNN 1438 sebagai pentas ceramah, penganjur turut mendirikan dua buah kanopi serta telah menyusun kerusi plastik sebanyak 110 buah dan kerusi kayu sebanyak 8 buah untuk hadiri dan pemimpin parti.

Untuk menarik orang ramai, penganjur turut mengadakan majlis BBQ di mana PKR Cabang Batu Pahat telah menyediakan seekor kambing dan ayam untuk tujuan tersebut. Kutipan derma untuk pendapatan INVOKE Sdn Bhd, syarikat milik Rafizi Ramli tuut dilakukan selepas Rafizi Ramli berucap.

Namun difahamkan jumlah kutipan untuk pendapatan syarikatnya itu di Batu Pahat, amat tidak memuaskan!


4 comments:

  1. Poad Zakarsick kan kalah di Batu Pahat, jadi samada 280 orang yang hadir atau 28 orang sahaja, tak penting. Yang penting, penduduk Batu Pahat lebih matang daripada penduduk Johor Baharu. Mereka kenal, yang mana intan dan yang mana kaca. Jadi, toksah mimpilah umno boleh rampas Batu Pahat dalam PRU14 nanti.
    Kamu bersoraklah menghina Mahyiddin, tiada siapa kisah.
    Realitynya, Poad Zakarsick tidak diterima di Batu Pahat.

    Aku tahu, posting ini takkand iterbitkan, yang penting kau baca.
    HAHAHAHA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are still n forever wrong..tuan blog posted your pathetic comments...

      Delete
  2. Tak boleh dipercayai

    ReplyDelete
  3. Muhyidin tak meninggalkan umno tapi dia dipecat.
    Kira ranai la tu sbb tu kan kubu si budin, tambah poad kalah disitu,
    tapi kalau tolak campur undi menang haritu mesti ada juga undi Pas kan?
    Jadi kalau pengundi Pas ditolak dari pemenang tu cerita jadi lain la....

    Lagi cuba cerita sikit apa lagi hak cina dan india yg dia orang nak tuntut yg dikatakan di halang umno?
    Hak Melayu aku tahu la byk yg terhalang semenjak madey jadi pee em.
    Zaman madey and nuar la zaman kronism berleluasa, kelantan negeri melayu disakatnya, terengganu royalti minyak ditarik,
    Marinara milik marina yusuf tak dapat cf, dan bertimbun2 onar madey nuar kalau nak cerita, dari yg kecit sampai yg besar,
    malah dizaman madey lah raja2 melayu dihina, biasiswa pelajar melayu di mansuhkan dan ditukar dgn pinjaman kecuali anak2 sukusakat dia.

    ReplyDelete