Pages

Tuesday, January 2, 2018

AKHIRNYA MAHATHIR BERPERANG DENGAN WANITA DUA BERADIK DARI PERAK DAN PARA PENYOKONG MAHATHIR DILANDA KEBIMBANGAN LUAR BIASA!!!



Sama ada dalam atau luar negara, para pemerhati politik khususnya pada era Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia seringkali mengulas tentang sikap Dr. Mahathir yang akan melakukan serangan demi serangan secara bertali arus untuk mennutup perbuatan songsangnya, sekaligus membuatkan orang ramai terlupa tentang masalah yang telah diciptanya, atau wang negara dilarikan untuk kroni dan anak-anaknya. Seringkali juga, taktik Mahathir itu berjaya sehingga akhirnya, ramai orang terlupa tentang masalah-masalah besar yang diciptanya bermula dari zaman dia dilantik sebagai Senator pada tahun 1973.

Perhimpunan Agung PPBM Kali Pertama telah diadakan minggu lepas. AGM tersebut mendapat kritikan dari banyak pihak ekoran perlanggaran banyak syarat-syarat serta Perlembagaan PPBM sendiri.


Meskipun jentera propaganda PPBM cuba 'memperbetulkan' kenyataan tersebut dengan menyatakan, AGM PPBM yang dianjurkan di Shah Alam itu adalah sah di sisi undang-undang dengan hujah-hujah dangkal mereka, namun bekas Naib Presiden PPBM yang keluar dari parti tersebut, Dato Hamidah Osman mempersoalkan perjalanan AGM berkenaan.

Berdasarkan kepada perlembagaan PPBM sendiri, AGM perlu dimulakan dengan mesyuarat Cawangan, Bahagian yang kemudian akan melantik perwakilan. Sepanjang tempoh PPBM ditubuhkan, berdasarkan hujah-hujah para penyokong PPBM sendiri, hanya Bahagian Pagoh sahaja yang didaftarkan. Bermakna, perwakilan-perwakilan yang datang ke AGM itu adalah 'perwakilan haram'... trick mudah untuk memudahkan ROS mengharamkan PPBM dan kemudian menyalahkan UMNO-BN kononnya takut dengan Dr. Mahathir dan PPBM sehingga perlu mengharamkan parti berkenaan.

Mahathir tahu, zaman sudah berubah. Trick sebegitu mudah dibaca. Orang ramai juga tidak lagi tertahan-tahan untuk memberikan pendapat berdasarkan pengetahuan mereka.


Dan sedar bahawa salah seorang yang akan menghentam teruk PPBM kerana mengadakan AGM haram adalah bekas orang kuat parti itu yang juga merupakan pengasas PPBM di Perak, Dato Hamidah Osman dan adiknya, Hamizura, Dr. Mahathir terlebih dahulu dalam ucapannya dalam AGM PPBM yang dilihat lebih kepada melepaskan geram terhadap Najib Abdul Razak, mengibaratkan mereka yang keluar dari PPBM adalah 'SAMPAH'.

Mahathir menyerang terlebih dahulu sebelum Hamidah dan Hamizura menyerangnya dan PPBM. Mahathir mengumpan kemarahan orang lain dengan harapan, pelbagai pendedahan tentang penyelewengan dan skandal kewangan negara semasa dia berkuasa dahulu, dilupakan terutama sekali yang membabitkan RCI Forex dan satu lagi RCI yang bakal diadakan, RCI Memali.

Kedua-dua beradik itu telah pun melancarkan dan mengisytiharkan 'perang'. Walaupun kedua-duanya pernah beridolakan Mahathir, malah Dato Hamidah Osman sendiri secara berterus-terang pernah menyatakan, dia mahu melihat Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia, perangai buruk Mahathir menyebabkan kedua-duanya mula mempersoalkan kewibawaan Mahathir sendiri.


Berbanding Mahathir, Hamidah Osman dan adiknya, hanyalah nama kecil. Tetapi cerita bagaimana mereka mewujudkan PPBM di Perak sehingga sanggup membakar jambatan dengan UMNO dan Najib Abdul Razak, adalah cerita besar. Bahkan setelah PPBM wujud di Perak, kedua-duanya diketepikan untuk memberi laluan kepada orang yang tidak pernah peduli pun tentang PPBM, akhirnya menyebabkan PPBM Perak berpecah dan runtuh seperti yang dapat dilihat pada hari ini.

Dalam sejarah, satu-satunya wanita yang Mahathir pernah bergaduh adalah Margaret Thatcher. Sepanjang sejarah kerjaya politiknya, Mahathir terlalu kuat bergantung kepada Wanita. Dari zaman Aishah Ghani sehinggalah ke zaman Rafidah Aziz, Zaharah Sulaiman dan seterusnya Shahrizat Abdul Jalil untuk mengekalkan kuasa dan kedudukannya.

Tetapi sekarang, sejarah juga bakal mencatatkan, Mahathir diserang oleh dua orang wanita yang pernah berbudi kepadanya dan Mukhriz Mahathir!


3 comments:

  1. Midah takyah nak layan. Kalau bukak cerita sebenar hal dia nanti ..dia pun akan malu. Tun tak bimbang apa pun. Kau yg bodoh pun tau. Org tua tu takde apapun nak bimbang. Najib tau dia nak melingkup tak lama lagi. Pikir mudah jelah. Kalau kuat sangat umno ni ..dah lama dah pondan bugis bubar parlimen.

    ReplyDelete
  2. Madey kaki jilat jubo hr ni jilat jubo kit siang anak beranak esok bila najib menang jilat balik jubo najib apa de susah mana ada prinsip punya org tua ni.. Kalu jubo anwar yg begitu najis pun blh di jilat licin ala setakat jubo najib apala sgt.. Yg bangang ialah org2 yg mengikut jubo dia.. Cth 2 ekor betina yg menyesal tak sudah.. Ini parti ppbm mana ada masa depan punya parti kalau menang blh la teruskan kalau kalah madey pun cabut lari tinggallah midin bodoh terkantul2..

    ReplyDelete