Pages

Wednesday, January 3, 2018

MARAH SEBAB PAS UMUM AKAN BERTANDING 130 KERUSI PARLIMEN, MAHATHIR LABELKAN HADI AWANG SEBAGAI 'KAFIR'!!!



Kebencian Mahathir terhadap PAS tidak pernah berkurangan. Walaupun beberapa kali Mahathir menggunakan pentas PAS untuk menghentam pemimpin UMNO seperti Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Abdullah Badawi, sikap Mahathir terhadap PAS memang tidak pernah berubah. Lebih-lebih lagi apabila PAS tidak pernah mahu mengikut kehendaknya. Malahan PAS sentiasa kritikal terhadapnya berbanding sikap PAS terhadap Najib Abdul Razak yang jauh lebih mesra. 

Lain dengan sikap Dr Mahathir terhadap DAP dan Lim Kit Siang. Biarpun DAP tidak pernah berhenti membencinya, Dr. Mahathir sanggup menebalkan muka dan menjatuhkan maruahnya untuk bersama-sama DAP termasuklah sentiasa mencari jalan untuk menyelamatkan Lim Guan Eng terutama dalam isu yang membabitkan skandal rasuah dan penyelewengan yang kini sudah sampai ke peringkat mahkamah.

Terbaru, Malaymail Online melaporkan, Dr. Mahathir melabelkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebagai pengkhianat dan kafir ekoran keputusan parti tersebut mahu bertanding di 130 kerusi Parlimen pada PRU akan datang. 

Pengerusi Pakatan Harapan itu turut menuduh Hadi telah membawa PAS 'bekerjasama' dengan UMNO dan sebelum itu DAP sedangkan kedua-dua belah parti tersebut telah dilabelkannya sebagai 'kafir'.

Dr. Mahathir juga berkata, Hadi tidak mempunyai sebarang impian untuk memenangi kerusi-kerusi berkenaan sebaliknya hanya mahu mengganggu PRU bagi memberi kemenangan kepada Barisan Nasional. 

Ini kerana katanya, Hadi tahu kebanyakan kerusi tersebut, PAS akan kalah. Tetapi Hadi lebih berminat untuk membantu Najib memenangi PRU-14 dengan memecah belahkan undi pembangkang. 

"Ini adalah tujuannya dan ia langsung tidak Islamik. Orang Melayu menggelarkannya sebagai pengkhianat." (RUJUK SINI

Mahathir turut mengungkit ucapan-ucapan Hadi pada tahun-tahun 1980-an yang seringkali menggambarkan UMNO sebagai parti kafir, malahan Dr. Mahathir turut berkata, Hadi seringkali mengaitkan sesiapa yang bekerjasama dengan UMNO sebagai kafir. 

Hakikatnya, Dr. Mahathir cuba untuk menyalahkan Hadi Awang kerana permusuhan PAS terhadapnya dan UMNO yang dipimpin olehnya. Perubahan pucuk pimpinan UMNO kepada Abdullah Badawi dan Najib Abdul Razak menyaksikan perubahan besar sikap PAS terhadap UMNO. Sekaligus menunjukkan bahawa permusuhan PAS kepada UMNO sebenarnya adalah permusuhan ahli-ahli dan kepimpinan PAS terhadap Dr. Mahathir yang sentiasa mencari jalan untuk menganiayai parti tersebut, termasuklah kerapkali cuba menggambarkan PAS sebagai sebuah parti militan. 

Di sepanjang pentadbiran Mahathir, ramai pemimpin PAS terutama dari Dewan Pemuda, termasuklah anak Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat ditangkap dan ditahan di Kamunting di bawah ISA kerana dituduh terlibat dengan gerakan militan biarpun tiada sebarang bukti yang ditampilkan.

Kata Mahathir lagi, daripada 130 kerusi yang bakal ditandingi itu, PAS akan kalah kesemuanya tetapi itu sudah cukup untuk PAS membantu rakan baik mereka yang sebelum itu merupakan kafir-kafir dari UMNO. 

"Pada masa yagn sama, PAS juga akan bekerja dengan kafir. Ini menjadikan dia (Hadi) sebagai kafir," kata Mahathir yang merujuk kepada DAP. 

Kemarahan Mahathir terhadap Abdul Hadi Awang semakin bertambah apabila Presiden PAS itu mengumumkan, PAS akan bertanding di 130 kerusi Parlimen dan telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan pertandingan tiga penjuru melibatkan Pakatan dan BN. 

Puak pembangkang berjaya memperolehi jumlah kerusi yang agak besar pada PRU 2008 dan PRU 2013 menerusi persekongkolan antara PKR-DAP dengan PAS. Bagaimanapun, hubungan PAS dengan DAP dan PKR berakhir pada 2015 apabila Lim Guan Eng dan DAP menghalau PAS dari Pakatan dalam usaha menggertak parti itu supaya menuruti kehendak DAP terutama dalam menentang isu yang membabitkan kepentingan umat Islam di Malaysia.

Dr. Mahathir pernah beberapa kali memujuk PAS supaya bekerjasama dengan PPBM khususnya untuk menggulingkan Najib Abdul Razak, terutama sekali selepas menyedari PAS mempunyai kelebihan berbanding PKR dan DAP terutama dari segi sokongan mahupun logistik. Malahan kelebihan PAS itulah yang telah membantu PKR dan DAP. Bagaimanapun, pujukan Mahathir ditolak, sekaligus menyebabkan Dr. Mahathir semakin meradang dan berkata, PAS menyertai PRU-14 kali ini semata-mata untuk menolong Najib walaupun sekiranya PAS menyertai Pakatan, PAS sebenarnya membantu Lim Guan Eng dan Mukhriz Mahathir!


3 comments:

  1. PAS pengkhianat ke ataupun penyelamat umat Islam. Sokongan terhadap PAS makin teguh kerana tiada skandal seperti parti2 lain.

    ReplyDelete
  2. Tahun 2017 mahathir berada pada paras jingga iaitu tahap mental menghampiri kritikal dan dalam zon pra nyanyuk tetapi pada awal tahun 2018 sudah ada tanda tanda nyanyuk tahap gaban.Beliau sedang melintasi garisan merah bakal memasuki zon merah iaitu kubur kata mari rumah sudah kata pergi.
    Bangun saja pagi lepas buka mata mahathir membebel dan mula memaki najib,bila masuk tengahari mahathir bertambah makinya kepada najib bila masa petang tea time mahathir masih lagi memaki hamun najib dan bila balek rumah sebelah malam pum mahathir bertambah tambah maki dan hamunnya kepada najib dan sebelum tido mahathir masih lagi marah dan makinya kepada najib tak surut.Malangnya dalam tidornya pula mahathir masih lagi maki hamun dalam setiap mimpinya.
    Inilah dia tanda tanda batu 2 makin menghampiri diri mahathir tetapi najib masih lagi berkeadaan normal dan biasa biasa saja.

    ReplyDelete