Tidak ada masalah yang lebih besar melainkan sikap para penyokong dan ahli-ahli PPBM yang masih berasakan mereka lebih superior, lebih hebat dan lebih dikehendaki berbanding ahli-ahli DAP, PKR apatah lagi PAN.
PPBM masih berasakan, mereka adalah sebahagian daripada UMNO. Budaya buruk UMNO masih terbawa-bawa dan kerana budaya buruk itulah mereka keluar dari UMNO bagi membuktikan yang mereka adalah bahan buangan.
Ternyata, bahan buangan yang kerap disinonimkan dengan para pengikut Mahathir, dibuktikan dengan perangai huduh ahli-ahli dan para penyokong PPBM menerusi pembahagian kerusi-kerusi Parlimen dan DUN.
Ketika PPBM memperolehi 52 kerusi Parlimen untuk ditandingi pada PRU-14 nanti, mereka sekadar mencebik kepada PAN yang kata mereka hanyalah parti picisan dan tidak layak berganding apatah lagi bersaing dengan PPBM.
Tetapi apabila pembahagian kerusi-kerusi DUN dijalankan, mereka yang terlebih lompat dan tidak berpuas hati sepertimana yang dapat kita lihat dalam pembahagian kerusi-kerusi DUN Pakatan Harapan di Negeri Sembilan.
PPBM sepatutnya sedar diri. Dengan keahlian tidak lebih 20 ribu orang di seluruh Malaysia, malah jauh lebih rendah bilangannya berbanding ahli-ahli PAN, apatah lagi berbanding PKR dan DAP, seharusnya PPBM perlu lebih mengalah. Ditambah pula PPBM sendiri gagal menampilkan calon-calon serta pemimpin-pemimpin yang berwibawa. Setakat bercakap besar dan terlalu yakin sepertimana yang ditunjukkan oleh Syed Saddeq, ia tidak akan menjamin apa-apa.
Tiada sudahnya asyik-asyik menyalahkan UMNO sehinggakan setiap pemimpin PPBM yang tidak sebulu dengan kepimpinan pusat dikatakan agen UMNO. Kalau dah semua dituduh sebagai agen UMNO, siapa lagi yang tinggal di dalam PPBM. Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin sendiri pun dikatakan sebagai agen UMNO yang ditugaskan untuk menghancurkan Pakatan Harapan dari dalam.
Sekurang-kurangnya itulah yang dipercayai oleh sebilangan ahli-ahli PKR, PAN dan DAP. Biarpun Pakatan Harapan dikuasai dan dikawal oleh DAP tetapi banyak masalah yang tidak berpihak kepada Pakatan Harapan hasil onar Mahathir dan PPBM, bukan sahaja gagal ditangani oleh DAP, bahkan sehingga menimbulkan gelombang 'UNDI ROSAK' hanya semata-mata kerana para penyokong dan ahli DAP tidak percaya dengan DAP lagi kesan kehadiran Dr. Mahathir dan gerombolannya.
Kuat perasan PPBM ni. Macam le kuat sgt. Org Umno bila kluar aje Umno dia akan rasa dirinya hebat sbb sanggup tinggalkan parti yang sedang berkuasa. Tp dlm kebanyakkan kes sbbnya dah tak dapat tempat sbg pemimpin. Gila kuasa le lebih kurang.
ReplyDelete