Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, January 30, 2018

TIDAK SEDAR DIRI YANG DIRINYA LEBIH KECIL DARI TUNGAU, PPBM BERLAGAK BESAR KEPALA... INGAT DEPA UMNO LAGI KUT?!!!



Makin kelam-kabut Pakatan Harapan. Pada setiap sesi pembahagian kerusi di negeri-negeri 'terpilih' tiada drama lain yang boleh dilihat kecuali drama pergaduhan, ketidakpuasanhati, dengki, hasad dengki dan bangga diri.

Tidak ada masalah yang lebih besar melainkan sikap para penyokong dan ahli-ahli PPBM yang masih berasakan mereka lebih superior, lebih hebat dan lebih dikehendaki berbanding ahli-ahli DAP, PKR apatah lagi PAN.

PPBM masih berasakan, mereka adalah sebahagian daripada UMNO. Budaya buruk UMNO masih terbawa-bawa dan kerana budaya buruk itulah mereka keluar dari UMNO bagi membuktikan yang mereka adalah bahan buangan.

Ternyata, bahan buangan yang kerap disinonimkan dengan para pengikut Mahathir, dibuktikan dengan perangai huduh ahli-ahli dan para penyokong PPBM menerusi pembahagian kerusi-kerusi Parlimen dan DUN.

Ketika PPBM memperolehi 52 kerusi Parlimen untuk ditandingi pada PRU-14 nanti, mereka sekadar mencebik kepada PAN yang kata mereka hanyalah parti picisan dan tidak layak berganding apatah lagi bersaing dengan PPBM.

Tetapi apabila pembahagian kerusi-kerusi DUN dijalankan, mereka yang terlebih lompat dan tidak berpuas hati sepertimana yang dapat kita lihat dalam pembahagian kerusi-kerusi DUN Pakatan Harapan di Negeri Sembilan.

PPBM sepatutnya sedar diri. Dengan keahlian tidak lebih 20 ribu orang di seluruh Malaysia, malah jauh lebih rendah bilangannya berbanding ahli-ahli PAN, apatah lagi berbanding PKR dan DAP, seharusnya PPBM perlu lebih mengalah. Ditambah pula PPBM sendiri gagal menampilkan calon-calon serta pemimpin-pemimpin yang berwibawa. Setakat bercakap besar dan terlalu yakin sepertimana yang ditunjukkan oleh Syed Saddeq, ia tidak akan menjamin apa-apa.

Tiada sudahnya asyik-asyik menyalahkan UMNO sehinggakan setiap pemimpin PPBM yang tidak sebulu dengan kepimpinan pusat dikatakan agen UMNO. Kalau dah semua dituduh sebagai agen UMNO, siapa lagi yang tinggal di dalam PPBM. Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin sendiri pun dikatakan sebagai agen UMNO yang ditugaskan untuk menghancurkan Pakatan Harapan dari dalam.

Sekurang-kurangnya itulah yang dipercayai oleh sebilangan ahli-ahli PKR, PAN dan DAP. Biarpun Pakatan Harapan dikuasai dan dikawal oleh DAP tetapi banyak masalah yang tidak berpihak kepada Pakatan Harapan hasil onar Mahathir dan PPBM, bukan sahaja gagal ditangani oleh DAP, bahkan sehingga menimbulkan gelombang 'UNDI ROSAK' hanya semata-mata kerana para penyokong dan ahli DAP tidak percaya dengan DAP lagi kesan kehadiran Dr. Mahathir dan gerombolannya.


Ternyata kepercayaan awal bahawa kewujudan PPBM akan hanya menjahanamkan UMNO dan Barisan Nasional, tidak berlaku sebagaimana yang dikehendaki. Namun yang pasti semakin hari, semakin teruk pula Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP kerana melayan kerenah Mahathir dan orang-orangnya yang masih tidak sedar diri, mereka adalah orang YANG BERDOSA kepada rakyat Malaysia dan yang perlu membayar setiap harga kerugian rakyat Malaysia sepanjang 22 tahun Mahathir memerintah negara ini secara kroni dan keluarganya.

1 comment:

Anonymous said...

Kuat perasan PPBM ni. Macam le kuat sgt. Org Umno bila kluar aje Umno dia akan rasa dirinya hebat sbb sanggup tinggalkan parti yang sedang berkuasa. Tp dlm kebanyakkan kes sbbnya dah tak dapat tempat sbg pemimpin. Gila kuasa le lebih kurang.

 
Blogger Templates