Setidak-tidaknya, kejayaan tersebut dapat mengalihkan perhatian daripada pengabaian yang dibuat oleh Mahathir selama 22 tahun di Sabah, dan kini sedang giat dipulihkan oleh Najib Abdul Razak.
Ketika Mahathir datang mengejut setelah mengetahui wacana tersebut dipenuhi para penyokongnya, Najib berada di Kiulu untuk menyaksikan sendiri pembinaan Jalan Telipok-Kiulu-Randagong yang dicadangkan pembinaannya semasa RMK-7 yang dibentangkan pada tahun 1986-1990. Mahathir hanya berjanji tetapi tidak pernah membinanya, malah tidak pernah menjejakkan kaki ke Kiulu.
Dari awal lagi ramai yang telah memperkatakan, wacana anjuran Sinar Harian itu adalah satu perangkap yang sebenarnya mahu menaikkan nama Mahathir. Maka tidak hairanlah apabila hujah-hujah berfakta yang dikemukakan oleh Dr. Kamarul Yusoff hanya dibalas dengan jawapan sinis Mahathir yang lebih kepada membesarkan egonya.
Agak aneh kerana Mahathir dan orang-orangnya terutama sekali dari kalangan DAP sangat tahu tentang road-tour 1MDB oleh CEOnya, Arul Kanda ke seluruh negara. 1MDB adalah zikir dan ratib harian mereka dalam usaha untuk mendapatkan sokongan dan perhatian. Terlalu banyak cerita-cerita yang aneh bercampur mitos yang diuwar-uwarkan oleh Pakatan Harapan tentang 1MDB.
Apakah ketiadaan sekatan untuk bertanya seperti yang berlaku dalam Wacana Sinar tentang TUANYA MAHATHIR, menyebabkan mereka takut malu?
Semalam, 23 Mac 2018, antara jam 8:30 malam sehingga jam 11:15 malam bertempat di Warung Sup, Taman Budaya Jaya, Parit Besar, Batu Pahat, telah hadir seramai lebih kurang 150 orang dari kalangan AJK UMNO Bahagian Sri Gading, ahli-ahli komponen BN dan masyarakat setempat.
Dalam penjelasannya menerusi sesi soal jawab - sesi yang tidak boleh wujud kalau wacana membabitkan Mahathir - Arul Kanda menegaskan 1MDB diwujudkan untuk mengawal keuntungan individu dalam syarikat-syarikat milik kerajaan. Berkenaan Jho Low, menurutnya, individu tersebut telah meletak jawatan pada tahun 2009 iaitu sebelum 1MDB berkuatkuasa.
Menurutnya lagi, walaupun Najib Abdul Razak merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, namun Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa dalam 1MDB.
Arul juga mengakui, 1MDB memang berhutang dengan bank tetapi setakat ini, 1MDB tidak mempunyai sebarang masalah untuk membayar balik kerana mempunyai nilai aset yang lebih tinggi dari hutang. Manakala wang RM2 bilion yang didakwa pembangkang telah hilang, adalah tidak benar kerana wang tersebut adalah hutang 1MDB kepada bank.
Mahathir dan para pemimpin Pakatan yang menzikir dan meratibkan 1MDB sewajarnya hadir untuk sesi soal jawab dengan Arul Kanda. Biar rakyat menilai sendiri, siapa sebenarnya yang menipu dan siapa sebenarnya yang takut penipuan mereka terbongkar!!!
No comments:
Post a Comment