Pages

Saturday, March 24, 2018

PAKATAN HARAPAN GAGAL DIDAFTARKAN KERANA PPBM BERTINDAK SEBAGAI 'TROJAN HORSE' DAN PARASIT DALAMAN!!!



Sebagaimana yang dijangkakan, pendaftaran Pakatan Harapan tidak boleh dilakukan dan diproses oleh Pendaftar Pertubuhan. Biarpun tiga komponen Pakatan Harapan iaitu DAP, PKR dan PAN tidak mendatangkan sebarang masalah kerana ketiga-tiga parti tersebut masih akur dengan undang-undang dan peraturan pertubuhan sebagaimana yang digariskan dalam Akta Pertubuhan, PPBM yang diketuai oleh Dr. Mahathir pula adalah sebaliknya.

Dengan kata lain, Pakatan Harapan gagal didaftarkan hanya kerana kegagalan PPBM mengikut arahan termasuklah melanggar peruntukan perlembagaan parti sendiri. Bukan salah DAP, bukan salah PKR, apatah lagi salah PAN.

PPBM ibarat TROJAN HORSE yang 'diutuskan' untuk menggagalkan dan menghodohkan apa juga yang dilakukan oleh DAP.

Perkara tersebut disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bahawa pendaftaran Pakatan Harapan masih tidak dapat diproses.

Ketua Pengarahnya, Surayati Ibrahim berkata, ia ekoran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), salah daripada parti komponen yang berada dalam pakatan tersebut, belum menjawab dan menyerahkan semua maklumat serta dokumen sebagaimana yang dinyatakan dalam notis mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966.

9 Mac lalu, ROS dilaporkan mengeluarkan satu notis mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1996 kepada PPBM yang mengkehendaki parti itu menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen kepada jabatan tersebut.

Notis 14 (2) adalah satu notis merujuk kepada perkara yang diarahkan oleh ROS untuk mengemukakan minit-minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti.

Amat mustahil bagi sebuah parti walaupun baru ditubuhkan, gagal menghantar semua maklumat dan dokumen sebagaimana yang dikehendaki memandangkan kebanyakan daripada pucuk pimpinannya terutama sekali Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz berpengalaman ketika berada dalam UMNO. Amat mustahil mereka melanggar peraturan tersebut kerana naif atau buta kayu kerana masing-masing mempunyai pengalaman luas dalam bidang politik.

Melainkan ia memang disengajakan untuk menghalang DAP daripada berjaya mewujudkan sebuah parti tunggal yang menggabungkan parti-parti pembangkang bagi menentang Barisan Nasional. Ia bagaimanapun, tidak bertujuan membantu Barisan Nasional sebaliknya untuk mewujudkan satu lagi kuasa yang mampu membuat ugutan.





2 comments:

  1. Jangan susah hati, walaupun PPBM dibatalkan,
    kami tetap takan undi bnUMNO/Pas.
    Bak kata Rafidah aziz, mengundi party rasuah dan
    KLEPTOKRASI sama macma bersekongkol menggalakkan
    rasuah dan salahguna kuas.
    Takda PPBM, masih ada PKR,AMANAH dan DAP.
    Takda beza undiDAP dengnaundi MCA/GERAKAN.
    Dulu saya memang undi MCA/GERAKAN.
    Tapi untuk PRU14 saya akan undi DAP.

    CIKMINAH

    ReplyDelete
  2. Hal parti pun tak terurus, sebok nak jadi kerajaan, Padan muka PH

    ReplyDelete