Dan seperti biasa, Najib mempunyai kelebihan selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan apabila mengumumkan projek-projek rakyat sekiranya UMNO-BN dipilih sekali lagi menerajui pucuk kepimpinan negara selepas PRU-14.
Dan tidak seperti Dr. Mahathir yang kepimpinannya dan dasar-dasar pentadbirannya melebihkan kroni dan proksi dengan projek-projek mega yang akhirnya di'bail-out' menggunakan wang rakyat, Najib pula mengamalkan dasar pentadbiran yang merata dan menyeluruh membabitkan rakyat terutama dalam memberikan kemudahan dan membahagikan hasil kekayaan negara.
Kedatangan Najib ke Pulau Pinang telah disambut ribuan penyokong. Pulau Pinang selama 10 tahun berada di bawah pentadbiran Lim Guan Eng, berhadapan dengan serba macam masalah terutama membabitkan kos sara hidup.
Dasar DAP dan Lim Guan Eng adalah mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya. Ini terbukti menerusi kenaikan kenaikan pelbagai jenis cukai di Pulau Pinang termasuklah tarif air. Pengabaian ke atas pembinaan rumah-rumah berkos rendah dan murah sebaliknya mengutamakan pembinaan hartanahnyang bernilai tinggi, menunjukkan bagaimana DAP sebenarnya lebih mengutamakan keuntungan berbanding kebajikan rakyat kebanyakan.
Dan seterusnya menyusul adalah janji-janji untuk membina lebih banyak perumahan kos rendah dan murah yang telah diabaikan serta disabotaj oleh Kerajaan Negeri membabitkan tanah.
Lim Guan Eng pada tahun 2008 ketika berkempen untuk merampas Pulau Pinang dari BN telah berjanji akan menghapuskan tol Sungai Nyior. Namun setelah 10 tahun tol berkenaan tidak dihapuskan malah kadarnya telah dinaikkan.
Begitu juga dengan 51 janji-janji lain. Tidak satu pun yang dikotakan oleh Lim Guan Eng. Namun di sebalik kegagalan tersebut, Lim Guan Eng dan konco-konconya tetap mendabik dadanya kononnya mereka sangat telus, jujur dan tidak pernah menyusahkan rakyat.
Lim Guan Eng pula dalam reaksi balasnya berkata, tol di kedua-dua Jambatan Pulau Pinang akan dihapuskan untuk kesemua kelas kenderaan jikalau Pakatan Harapan menang dan menguasai Putrajaya. Ini adalah janji ulangan Lim Guan Eng.
Janji lagi sedangkan janji 10 tahun dulu pun belum tertunai?
Tengok cara LGE...'jika PH menang dan kuasai Putrajaya BARU DIA AKAN HAPUSKAN TOL. Jika Penang kekal DAP, LGE masih selesa utk mungkin janji, kerana jangkaanjangkaannya Putrajaya tetap dikuasai BN.
ReplyDelete