Menurut Saiful Bahari Baharom, arwah ayahnya dan Almarhum Tunku Abdullah yang merupakan adinda kepada Almarhum Tuanku Jaafar Negeri Sembilan pernah menjual saham mereka dalam Merpati Air (sebuah syarikat penerbangan domestik Indonesia) dan hasil jualan tersebut didermakan kepada Dr. Mahathir untuk meneruskan perjuangan politiknya.
Pada tahun 1987, ketika arwah bapanya menjalani pembedahan pintasan jantung di Singapura, malam sebelum prosedur tersebut, arwah telah memanggil Saiful Bahari dan memberikan satu nombor akaun atas namanya di sebuah bank di London. Jumlah wang di dalam akaun tersebut adalah £65 juta.
Menurut arwah bapanya, wang tersebut bukanlah miliknya tetapi milik Dr. Mahathir. Saiful Bahari Baharom turut mendedahkan bahawa wang tersebut telah dikembalikan kepada Dr. Mahathir melalui Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat, Setiausaha Agung UMNO pada tahun 1990-an.
Itu baru satu. Dan tidak mustahil juga, derma politik yang diterima oleh Dr. Mahathir untuk UMNO semasa dia menjadi Presiden, datang dari pelbagai sumber dan tidak pernah didedahkan kepada awam, apatah lagi ketika itu AMLA belum berkuatkuasa dan Bank Negara tidak mengehadkan atau memperincikan kemasukan wang dari luar sebagaimana pada zaman Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
Acapkali para pentaksub Mahathir akan mencabar agar Dr. Mahathir disaman bagi setiap tuduhannya ke atas Najib Abdul Razak dan Kerajaan. Kata mereka, tanpa disaman, bermakna segala tuduhan Dr. Mahathir adalah benar belaka.
Begitu juga, apabila pendedahan dibuat tentang skandal membabitkan Dr. Mahathir, mereka segera berkalih, sehingga ke hari ini, Dr. Mahathir tidak pernah diheret ke mahkamah dan didakwa atas segala salahlakunya. Justeru kata mereka, semua itu hanyalah dusta semata-mata. Pendustaan yang dibuat untuk mengotorkan nama Dr. Mahathir yang kini menjadi Pengerusi Pakatan Harapan.
Namun, dalam kes membabitkan Lim Guan Eng dan Azmin Ali pula, lain pula tanggapan mereka. Lim Guan Eng yang sedang berhadapan dengan dua kes rasuah dan penyelewengan kuasa di mahkamah, dikatakan telah dijadikan sebagai kambing hitam dan mangsa konspirasi politik. Azmin Ali yang terbabit dalam skandal penyelewengan UNISEL dan tanah peneroka Ijok pula, dikatakan telah difitnah apabila SPRM menangkap orang-orang yang terlibat dengan skandal tersebut.
Begitu juga dengan penangkapan Ketua AMK Ampang, Adam Rosly dan anak saudara Azmin Ali yang terlibat dalam skandal penjualan pasir. Semuanya dikatakan sebagai konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan Selangor.
Hipokrasi terbesar ini jelas menunjukkan ketidakseragaman prinsip perjuangan yang diuwar-uwarkan, bahkan sebenarnya sekadar membuktikan bahawa Pakatan Harapan sebenarnya sudah tidak sabar-sabar untuk menyamun dan menjarah harta kekayaan negara ini dengan cara yang sangat keji.
HARAM BAGIMU, HALAL BAGIKU! - Prinsip terkenal Pakatan Harapan dan Mahathir!
lepas ni siapa pulak yang akan jadi babi hitam si mahathir ni ? loaf dah bengkrap.. jangan-jangan lepas ni dia nak salahkan Anwar pulak sebab ketika Anwar TPM merangkap Menteri Kewangan
ReplyDelete