Jadi hero-hero masyarakat India seperti P.Ramasamy yang cukup terkenal dengan kebenciannya kepada apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Islam, Waythamoorthy, mahupun Ambiga Sreevenasan sekadar mengeluh dari jauh.
Perkataan KELING yang ditujukan kepada masyarakat India dianggap sebagai satu penghinaan memandangkan Keling seringkali dikaitkan dengan Islam atau mereka yang berasal dari wilayah Kalingga, sebuah kerajaan purba di India yang mempunyai empayar yang luas.
Suatu waktu dahulu perkataan-perkataan tersebut dianggap sebagai perkara biasa tetapi dua dekad kebelakangan ini, masyarakat India telah mendesak agar panggilan-panggilan yang dianggap menghina itu tidak lagi dituturkan. Malahan mereka pernah berjaya menyebabkan sebuah buku yang ditulis beberapa tahun selepas merdeka yang menceritakan struktur masyarakat pasca merdeka mengeluarkan perkataan PARIAH dari buku tersebut.
Mahathir dalam satu kenyataan berkata, dia tidak rasa bersalah kerana dia sudah biasa memanggil kawan-kawannya KELING. Kenyataan Mahathir kemudiannya disokong oleh pengikut-pengikut dan pentaksub-pentaksubnya yang tidak senang apabila masyarakat India mengecam Mahathir.
P.Ramasamy yang diketahui sangat skeptikal dan kritikal kalau membabitkan Melayu dan Islam, sekadar mampu berkata Mahathir sudah tua tapi tidak bijak kerana mengeluarkan kenyataan dan menuturkan perkataan KELING.
Waythamoorthy Hindraf sampai ke saat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkataan KELING yang digunapakai oleh Mahathir. Besar kemungkinan Waythamoorthy yang sedang memujuk Pakatan Harapan agar memberikan ruang dan tempat untuknya bertanding pada PRU-14 kali ini, memilih untuk menutup mulut supaya perasaan Mahathir tidak terluka.
Sementara itu seperti biasa netizen khususnya mereka yang dari kaum India mengecam sekeras-kerasnya penghinaan tersebut. Mereka turut meluahkan kekecewaan kerana Mahathir masih tidak mampu keluar dari kepompong penghinaan tradisional.
Hina apa pulak. Dalam kamus dewan pun ada perkataan keling.
ReplyDeleteOrang Keling, Orang Hindu adalah antara panggilan yang biasa disebut oleh masyarakat dahulu untuk orang India. Namun begitu peredaran masa yang berlalu kita telah dituntut untuk lebih menghormati sesama manusia dengan panggilan spt orang India, orang Cina dan orang Melayu.
ReplyDeleteKalau perkara asas macam ini TDM tak dapat nak berubah mengikut zaman, apa lagi hal berkaitan politik, pentadbiran dan ekonomi yang lebih besar skopnya. Mau dibawanya kita kembali ke zaman 80an 90an punya cara hidup.
Selamat mengundi.
Kalau pemimpin BN menggunakan perkataan KELING, dah tentu berdemonstrasi, berpuasa sampai mati.
ReplyDeleteBetul.tu, bila sebelah sana buat, semua ok je..ini lah politik 2 alam..
DeleteOne Prof indian lecturer in UM had mention 70% of Malaysian india that british bring in, is pariah caste. In Malaysia, Singapore & Indonesia there's a lot of place or roads using keling name eg like Tanjung Keling, Masjid Tanjung Keling, Jalan Tanjung Keling in Singapore and Jalan Pacar Keling in Indonesia. Only we never use pariah coz it is very clear deragotary remark as nigger. All Malaysian Indian should shout at their own indian race in india that still using caste and look down on pariah till today 20th century. Kelinga is very big empire and even had attacked China during those days.
ReplyDeleteKi ki Ki ki
ReplyDeleteKeling dari perkataan kalingga yg terletak di benua india
ReplyDelete