Syed Saddiq yang merupakan Ketua ARMADA PPBM sebelum parti itu digantung sementara oleh RoS telah diumumkan sebagai calon untuk Parlimen Muar, sekaligus menjadikan dia sebagai calon termuda dalam PRU akan datang.
Dr. Mahathir ketika ceramah malam tadi di Parit Jawa yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin utama PPBM, dalam penghujung ucapannya turut mengumumkan calon-calon PAN untuk tiga DUN di bawah Muar.
Mereka termasuklah Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub yang akan bertanding di Sipang Jeram menentang penyandang sekarang Liang Teck Meng dari Gerakan, Ketua Wanita PAN Johor Norhayati Bachok di Maharani dan Ketua PAN Ledang, Dr. Faizul Amri di Serom.
Syed Saddiq akan mencabar penyang kerusi Parlimen Muar selama tiga penggal berturut-turut, Razali Ibrahim pada PRU-14. Bagaimanapun, pada ceramah tersebut, tiada pengumuman mengenai calon untuk Parlimen Pagoh yang kini disandang oleh Presiden PPBM Muhyiddin Yassin biarpun dia turut hadir dalam ceramah tersebut.
Pada PRU-13 lalu, Razali yang kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menang kerusi Parlimen Muar dengan majoriti 1,646 undi, mengalahkan calon PKR Nor Hizwan Ahmad. Undi majoriti yang diperolehinya pada PRU-13 hanyalah sepertiga daripada jumlah undi majoriti yang diperolehi pada PRU-12.
Syed Saddiq yang berusia 25 tahun, dikenali sebagai juara debat tiga kali dan merupakan pengkritik pentadbiran Najib Abdul Razak dan menuduh Perdana Menteri telah menyonglap berbilion ringgit dari 1MDB.
Sementara itu, Razali Ibrahim mengalu-alukan hasrat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk bertanding menentangnya di Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menegaskan, dalam sistem demokrasi sesiapa sahaja boleh bertanding di mana-mana kawasan termasuk Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu.
“Pergilah mana tempat nak bertanding ikut mana dia boleh menang. Lompat sana, lompat sini. Gunakan matematik, tengok berapa pengundi Melayu, berapa pengundi Cina, berapa sokongan dulu, berapa majoriti. Itu yang dibuat oleh pembangkang, kita jaga pengundi, akhirnya pengundi buat keputusan,” katanya.
Razali berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah PPBM yang mahu meletakkan Syed Saddiq untuk bertanding kerusi Parlimen di utara Johor pada PRU-14.
PPBM diperuntukkan dua kerusi Parlimen di utara Johor, iaitu Pagoh dan Muar oleh Pakatan Harapan.
Razali juga menasihati Syed Saddiq supaya mengenali terlebih dahulu pengundi di Muar sebelum ‘berani’ turun ke Muar.
“Berapa banyak kali dia pernah turun ke Muar? Kalau setakat nak jumpa waktu pilihan raya dan orang suka, saya tak boleh buat apa.
“Saya tak terdidik dan diajar politik sebegitu rupa. Kita bercakap mengenai perkhidmatan. Bertandinglah dimana nak bertanding sebab itu demokrasi,” ujar Razali lagi (RUJUK SINI)
Baru setahun jagung masuk politik udah jadi calon? Tak de ke otai2 kat muar yg dah berjuang bertahun lamanya dlm politik diketepikan begitu shj... come on la... kata nak menang, tak dak calon lain ka?
ReplyDeleteeasy win for SYED, ppl want change, razali is a nce guy but hes under BN so bye-bye
ReplyDeleteZali ni penakut. Kalau takde lagi satu pondon yg payung dia tu ..zali ni takkan jadi apapun. Pengundi Muar bijak semuanya. Insyaallah syed ...
ReplyDelete