Kata Lim Kit Siang, dia tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan DAP daripada Kerajaan Pakatan Harapan sekiranya tiada agenda pembaharuan dan objektif Malaysia Baharu tidak tercapai. (RUJUK SINI)
Apa yang dimaksudkan oleh Lim Kit Siang sebagai Objektif Malaysia Baharu?
Sudah tentulah berkait rapat dengan DEKLARASI SETAPAK 1967.
Apa itu Deklarasi Setapak? (RUJUK SINI)
Deklarasi Setapak secara khususnya menentang Perlembagaan Persekutuan terutama Artikel 3, Artikel 11, Artikel 152, Artikel 153, Artikel 161A yang membabitkan kedudukan istimewa Bumiputera Sabah dan Sarawak serta Artikel 89 membabitkan Tanah Rezab orang Melayu dan Artikel 95D membabitkan tanah, kerajaan tempatan Sabah dan Sarawak.
Alasan DAP ialah untuk mewujudkan negara Malaysia yang bersatu padu dan berjaya, masyarakat Malaysia tidak boleh dijuzuk-juzukkan dengan kaum.
Ironinya, DAP merupakan penyokong kuat pemisahan sistem pelajaran di Malaysia dengan keutamaan DAP adalah Pendidikan Cina. Ini terbukti apabila sebaik-baik sahaja DAP memegang kuasa dalam Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan, bantuan dan peruntukan untuk sekolah-sekolah swasta dan persendirian Cina dilambak-lambakkan biarpun pada masa yang sama, tindakan tersebut merupakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan khususnya Artikel 12 (2).
Bahkan DAP sendiri mengamalkan dasar chauvinist dan rasisme yang cukup kuat apabila hampir kesemua kepimpinan utama parti tersebut terdiri dari satu kaum sahaja. Kalau ada pun terselit, hanyalah dari keluarga Karpal Singh yang merupakan sekutu utama Lim Kit Siang dan seorang dua pemimpin India yang sangat pro-Lim Guan Eng.
Deklarasi Setapak secara khususnya menentang Perlembagaan Persekutuan terutama Artikel 3, Artikel 11, Artikel 152, Artikel 153, Artikel 161A yang membabitkan kedudukan istimewa Bumiputera Sabah dan Sarawak serta Artikel 89 membabitkan Tanah Rezab orang Melayu dan Artikel 95D membabitkan tanah, kerajaan tempatan Sabah dan Sarawak.
Gertakan Lim Kit Siang yang dia akan membawa DAP keluar dari Kerajaan Pakatan, sekaligus meruntuhkan Pakatan Harapan sebenarnya berkait secara langsung dengan desas-desus tentang usaha bersungguh-sungguh DAP untuk membuat undi tidak percaya terhadap Mahathir.
Walaupun seperti biasa, penyokong Mahathir yang baru merasai nikmat kuasa cuba menafikannya, namun di kalangan penyokong-penyokong Pakatan Harapan sendiri, perbualan tentang undi tidak percaya dan tikam belakang yang sedang dilakukan oleh DAP bersama-sama Anwar selain pembabitan Muhyiddin Yassin pula, bukanlah satu rahsia. Perbincangan tersebut dibuat secara terbuka.
Lim Kit Siang sebenarnya memberi amaran keras kepada Mahathir bahawa Mahathir dan Melayu-Melayu Pakatan akan kehilangan kuasa seandainya enggan akur dengan kehendak serta arahan DAP. PPBM, PAN dan Melayu PKR akan kehilangan kedudukan, jawatan dan kuasa sekiranya mereka tidak mahu atau cuba membiarkan Lim Guan Eng terus diserang dan kelemahannya didedahkan oleh UMNO dan PAS.
Itu saja... tidak ada kena mengena dengan negara atau rakyat. Ia hanya berkisar tentang Lim Guan Eng dan supremacy DAP semata-mata!
Lagi cepat berambus lagi bagus, Malaysia Malaysian tidak sesuai disini, ianya hanya sesuai diUighur, disana tempat penindasan orang2 cina kepada kaum asal Weighur...
ReplyDeleteBangsa DAP dah kenyang tampa kita sedari.. dah banyal harta milik kerajaan dan melayu telah dibalih kan .. hati hati2
ReplyDelete