Pages

Thursday, February 21, 2019

RCI KEHAKIMAN UNTUK PASTIKAN PENDAFTARAN UMNO DIBATALKAN?... MAHATHIR LUPA, SEKARANG INI, TIADA UMNO, PAS AKAN JADI PAYUNG UTAMA MELAYU DAN UMAT ISLAM MALAYSIA!!!



Ada sebab mengapa Mahathir tiba-tiba bercakap tentang keperluan mewujudkan RCI yang akan membicarakan tentang hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Ada sebab mengapa Dr. Mahathir tiba-tiba bercakap tentang perlunya sebuah siasatan diraja bagi menyiasat dakwaan campurtangan terbuka badan kehakiman sekaligus membabitkan salah laku hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Persekutuan.

Terlalu banyak sebabnya, mengapa Mahathir yang cukup terkenal sebagai orang yang paling banyak campurtangan dalam badan kehakiman dan keputusan mahkamah, tiba-tiba bercakap tentang integriti dan salahlaku.

Sudah tentu Mahathir tidak berminat dan berniat langsung sebagaimana yang cuba dipropagandakan oleh para penyokongnya. Sejarah telah membuktikan bagaimana Mahathir menyalahgunakan mahkamah dan sistem kehakiman negara ini untuk kepentingan politiknya.

Pemecatan beberapa orang hakim pada tahun 1988 secara beramai-ramai dalam apa yang dipanggil sebagai Krisis Perlembagaan dibuat bagi mengukuhkan cengkaman dan kuasa Mahathir selepas UMNO asal berjaya diharamkan dan semua aset serta rezab tunai UMNO asal dipindahmilikkan kepada UMNO Baru ciptaan Mahathir.

Cubaan untuk merampas UMNO Baru oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang ditubuhkan oleh Muhyiddin dan dipengerusikan oleh Mahathir pula, bukanlah cerita dongeng. Dari awal-awal penubuhannya lagi, PPBM telah dikatakan sebagai 'Pengganti UMNO'. Cerita kononnya UMNO sudah rosak dan tidak boleh dipulihkan semula, dikempen oleh PPBM di seluruh negara. Mana-mana proksi UMNO telah diseret dan dibawa ke mahkamah bagi mewujudkan persepsi, UMNO memang telah rosak dan penyelewengan harta negara telah berlaku.

Tindakan 16 orang penyokong Mahathir yang berselindung sebagai Ahli UMNO membawa usul untuk mengharamkan UMNO pada Mac 2018 kerana kononnya tidak mengadakan pemilihan semula semenjak 2013 walaupun UMNO telah menjelaskan bahawa penangguhan tersebut telah dipersetujui dan diizinkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).


Hari ini, Mahkamah Persekutuan berjaya memperolehi semakan semula oleh Mahkamah Persekutuan apabila tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak David Wong Dak Ah membenarkan kesemua enam belas bekas ahli UMNO tersebut membuat rayuan untuk mempersoalkan kewajaran undang-undang.

Undang-undang yang dipersoalkan itu adalah Seksyen 18C Akta Pertubuhan yang menghalang mahkamah daripada membuat pengadilan bagi sebarang halehwal membabitkan parti politik yang mana menurut mereka bertentangan dengan Artikel 121 Perlembagaan Persekutuan. (RUJUK SINI)

Justeru, kenyataan Mahathir bahawa perlu wujud RCI untuk membicarakan 'salahlaku Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan dan Persekutuan' bersandarkan kepada kenyataan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Hamid Sultan Abu Backer (RUJUK SINI) tidak lebih daripada gertakan dan ugutan terhadap Hakim-Hakim yang akan membicarakan semakan semula kes yang dibawa oleh 16 orang bekas ahli UMNO untuk membatalkan pendaftaran UMNO.

Cuma Mahathir terlupa atau barangkali terlepas pandang, kebanyakan ahli UMNO dan pemimpin UMNO sudah pun bersedia untuk berhadapan dengan segala kemungkinan, lebih-lebih lagi mereka cukup tahu apa yang tergamak dilakukan oleh Mahathir.

Cakap-cakap bahawa 'TIADA UMNO, PAS ADALAH PAYUNG UTAMA UMAT MELAYU DAN ISLAM MALAYSIA' sudah mula kedengaran.

Realiti tersebut sudah boleh dilihat di Cameron Highland dan kini lebih ketara di Semenyih.


2 comments:

  1. Betul...kalau umno tak da org melayu akan berkumpul dlm PAS..biarlah pm sekarang nak hancurkan melayu..tak kan sesekali kita tunduk pd melayu yg jadi penjilat dap

    ReplyDelete
  2. Payung tu sistem umno....nama..projek....duit umno rembat....pencacai pembodek hamba umno ...kekal gitulah...makan duit free konon...duit Negara...Chini pekan pahang

    ReplyDelete