Dan sudah tentulah sasaran mereka adalah terhadap PAS. Mereka berasakan dan menganggap, kebanyakan orang Melayu khususnya, tidak tahu apa yang berlaku di London membabitkan proses perundangan antara PAS dan Presiden PAS dengan penfitnah tersohor belaan Mahathir, Clare Rewcastle-Brown.
Kalau kita rajin mengelebek page-page di Facebook khususnya, terutama sekali yang didominasi oleh puak-puak PAN dan PPBM, mereka sekarang sedang membangkitkan kononnya, persetujuan penyelesaian luar mahkamah oleh PAS dan Presidennya dengan Clare membuktikan bahawa tuduhan Clare adalah benar. PAS kata mereka tersangat takut dan akhirnya meminta agar penyelesaian tersebut dibuat di luar mahkamah kerana kalau dibicarakan dan diteruskan, banyak temberang dan rahsia besar PAS membantu Najib menyonglap duit 1MDB akan terbongkar.
Yang meminta kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah adalah Clare Rewcastle-Brown selepas 75% laporan pembelaannya ditolak oleh hakim menerusi penghakiman interlokutori. Clare takkan meminta supaya kes diselesaikan di luar mahkamah kalau dia yakin dia boleh menang. Dia hanya meminta penyelesaian tersebut selepas 75% hujah pembelaannya ditolak. Malahan Clare sendiri mengakui bahawa dia tidak ada bukti selain daripada 'widespread suspicion'.
Kes PAS vs Clare di London kurang mendapat perhatian apabila perhatian di Malaysia lebih terarah kepada berpuluh-puluh pendakwaan dibuat terhadap Najib yang kesudahannya Peguam Negara belum menyiapkan kertas pendakwaan dan kertas siasatan.
Sebenarnya sesi pendengaran kes telah berlangsung selama 4 jam di hadapan Hakim Dingermans di Mahkamah Tinggi London pada 20 April 2018.
Secara rasminya, mahkamah telah menolak keseluruhan pengakuan kebenaran Clare. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, Abdul Hadi Awang mempunyai asas yang kuat untuk terus mengemukakan saman terhadap defendan.
Hakim juga turut menolak cubaan melewat-lewatkan perbicaraan oleh defendan apabila defendan cuba memohon perintah mahkamah supaya diadakan perbicaraan berasingan terhadap persoalan sama ada pembaca Sarawak Report memahami artikel berkaitan yang dikatakannya tidak merujuk kepada Presiden PAS.
Pasukan peguam Presiden PAS menolak cadangan tersebut yang bagi mereka hanyalah bertujuan dan cubaan untuk defendan lari dari isu sebenar kes di dalam perbicaraan.
Perkembangan inilah yang menggambarkan kekalahan awal Clare dan Sarawak Report. Hal ini juga ditunjukkan melalui perintah Hakim untuk defendan membayar £41,400 (RM227,700.00) sebagai kos bayaran guaman Presiden PAS yang perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari.
Keputusan PAS dan Presidennya untuk melakukan penyelesaian di luar mahkamah dengan Clare seperti yang dinyatakan dalam kenyataan media oleh Setiausaha Politik Presiden PAS sekarang, Shahir Sulaiman walaupun PAS dan Presidennya mempunyai peluang cerah untuk menang dalam perbicaraan pada April 2019 nanti, tidak lain dan tidak bukan adalah sama seperti ketika Raja Nong Chik menarik balik pertuduhan dan saman ke atas Nurul Izzah untuk membuat penyelesaian di luar mahkamah.
Dengan kata lain, Clare telah mengakui dia adalah seorang penfitnah dan semua cerita-cerita buruknya tentang PAS dan Presiden PAS tidak lebih daripada cerita dongeng semata-mata. Penghakiman Interlokutori sudah jelas dan terang.
Justeru, tidak perlulah macai-macai DAP dan Melayu-Melayu suruhan DAP berterusan mencipta fitnah kononnya, persetujuan penyelesaian luar mahkamah tersebut adalah disebabkan PAS takut!
Puak macai rba buta pekak dan tuli rba ikut arahan aja. Betul ke fitnah apa rba kesah.
ReplyDeleteni ler masaalah org kita....bila dh nk menang kes...pihak lawan ajak selesai luar mahkamah jer...dah lemah semangat...duit punyer pasal,maruah tolak tepi....alasan ikut orang lain buat....apa daaaa...abih tu cam mana org nak hormat melayu islam....
ReplyDeleteLost respect
DeleteCerita apapun didalam ini, dah terang & diketahui umum, bahawa persetujuan tdk boleh dikeluarkan oleh mana2 pehak. Tetapi PAS dah langar janji. Dan terang sekali PAS berbohong nak tutup lubang jubur sendiri dgn membuat cerita karut marut satelah bertempiaran lari lintang pukang dan menarik balek saman FITNAH KE-ATAS SARAWAK REPORT.Kalau rasa dapat menang, lawan lah biar mengengam bara api sampai jadi arang. Ini tidak, tetapi berbohong pula dah tu. Mana maruah dan martabat PAS yg menggunung itu, sila tegakan lah, jgn buat cerita karut marut dan bersarabut satu saentero kolong langit dgn berbohong kpd angguta parti dan org ramai.
ReplyDeleteKalau PAS dah lari "U-TURN"
Kos mahkamah dkt London Mahal penyapu..bila Ada pihak kutip derma utk perbelanjaan kes mahkamah dkt London kau pun mengutuk juga..yg sebenarnya hidup kau ni sungguh gundah gulana..elok terjun bangunan jelah..
DeleteSokong...otak dikaki,terjun,bawa sekali kebodohan tu
DeleteLang, kalau bodoh tu, baik dok diam, jgn komen apa2. Nampak jelas kebodohan kau
DeleteBalasla lang bodoh.... Nk tgk jaob mane bodoh kau
Deletehttps://www.malaysia-today.net/2019/02/04/why-did-mahathir-ask-clare-brown-to-settle-the-case-out-of-court/
ReplyDeleteMenarik utk d baca. Kalau d teruskan langsung akar umbi punca fitnah akan terbongkar.
Dah jd kerjaan pun tambah bodoew lak khadumb nie.
lama nak siap skrip pun. kalau betul nak selesai luar mahkamah kenapa pas dulu buat kenyataan.
ReplyDeleteHaaaa.... Dah lama Dah tau perangai...
ReplyDeleteHanya puok yang pekak, buta dan bisu saja x faham
ReplyDeleteHaha haha.... Malu LA Dan pas...mana nak letak Muko. Dgn tin Milo. habis semua ahli kene tempias.
ReplyDeletePenulis ni mgkin orang pas tapi sangat berani memutarbelitkan fakta, mungkin dlm ajaran syiah, menipu itu sunat....
ReplyDeleteOrang bodoh pun tahu mana ada org yg disaman boleh menarik balik kes mahkamah... hanya orang yg menyaman (pas) je yg boleh berbuat demikian.... admin, ko ingat kami ni penyokong pas ke yg boleh ko perbodoh mcm selalu2 korang buat tu...
Aritu ckp dah menang. Lepastu selsai luar mahkamah..dlam masa sama ..pas dulu buat statement..org yang bersalah patut buat dulu statement..n pas patut bagi syarat ke SR Untuk buat statement yang ajak selesai luar mahkamah..pas saman SR sbb artikel 90j..knp tak suruh SR padam balik..
ReplyDeleteBlog sampah nak tegak juga konon tak bersalah. Yang saman Hadi.. Kenapa dia pulak 'bersetuju' nak settle luar mahkamah...
ReplyDelete