Nak harapkan Ahli Parlimen Langkawi yang juga merupakan Perdana Menteri, juga sebagai bapa kepada Menteri Besar Kedah dan tok wan kepada pemilik salah sebuah kapal pelayaran yang berlabuh di Langkawi, lagilah tak boleh harap. Satu-satunya acara Mahathir bersama-sama rakyat adalah masa dia jadi doktor kerajaan di pulau tersebut tahun 60-an dulu. Selepas itu dia hanya berjalan untuk meninjau-ninjau tanah dan kali terakhir, dia menjejakkan kaki bersama rakyat untuk meraih undi untuknya menjadi Ahli Parlimen pada PRU-14 lalu.
Mahathir dan seluruh ahli keluarganya adalah EKSKLUSIF. Sudah tidak lagi berjiwa rakyat. Mereka sudah ada dan sudah duduk dalam satu kelas atasan yang tersendiri. Jurang antara rakyat dengan Mahathir dan keluarganya sudah terlalu jauh.
Selepas kehilangan jawatan dan kerajaan, Najib diasak dengan pelbagai tuduhan jenayah komersial. Untuk seketika, Najib seperti kehilangan dirinya sendiri.
Namun kebelakangan ini, Najib kembali ke trek asalnya, TURUN PADANG.
Kehadiran Najib di Langkawi sampai ke pendengaran rakyat. Justeru ketibaan Najib di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi disambut meriah oleh rakyat. Ramai yang mengambil kesempatan bergambar dengan Najib.
Laporan polis dibuat kononnya untuk memastikan semua program Najib tidak mengandungi hasutan dan fitnah terhadap kerajaan dan khususnya terhadap Dr. Mahathir. Lebih daripada itu, lima orang yang membuat laporan itu juga mempersoalkan permit kebenaran yang diperlukan Najib untuk berselfie bersama-sama orang ramai.
Dengan kata lain, PPBM berpendapat kehadiran Najib di Pulau Langkawi boleh mencetuskan rusuhan dan kekacauan kepada negara sepertimana yang dilakukan oleh lanun-lanun Sulu di Tanduo, Lahad Datu pada tahun 2013 dulu.
Usaha menghalang pertemuan antara Najib dengan orang ramai di Langkawi diteruskan apabila penghadang besi digunakan di Pantai Chenang bagi tujuan tersebut. Namun Najib yang berkesempatan ke Pantai Chenang, sekali lagi diserbu orang ramai. Penghadang besi yang digunakan pula, langsung tidak berfungsi.
Malam tadi, Najib ke Pasar Malam Langkawi. Orang ramai tetap berpusu-pusu untuk bergambar bersama-samanya.
Orang ramai mula membandingkan sambutan khalayak terhadap Dr. Mahathir yang bergelar Perdana Menteri pula. Kehadiran Dr. Mahathir di Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan pada malam Najib di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dijadikan sebagai perbandingan.
Yg buat report polis tu aku tengok macam beranak tak cukup bulan je. Budak down syndrome pun ada yg lebih cerdik.
ReplyDeleteAlhamdulillah,,rakyat mula sedar siapa peromoak sebenar di antara tun m dan datuk seri najib. Kita sama2 doa semoga datuk seri najib dibantu Allah swt,,di kuatkan iman dan taqwa, seterusnya kembali menerajui umno dan bekerjasama dgn pas dan menyatukan saf org2 melayu. Jgn biar negara terus di ratah bangsa cina yg tidak mengenang budi ini.
ReplyDeleteNajib kena pergi TBS tengok orang layan Tak.
ReplyDeleteIntan bersalut lumpor lepas dicuci bersinarlah ia.
ReplyDelete