Pelbagai skop yang tidak terjangkau oleh media-media utama, berjaya dilaporkan oleh pemain-pemain media sosial termasuklah cubaan membawa masuk pengundi hantu menggunakan bas UiTM di pusat mengundi di SK Kantan Permai setengah jam sebelum berakhirnya tempoh mengundi.
Dan akhirnya keputusan sebenar diperolehi, juga disiarkan menerusi media sosial berbanding media-media elektrok dan cetak yang dicengkam rejim Pakatan.
Pengumuman berikut muncul di media sosial telah disambut gembira oleh kebanyakan netizen:
Rasmi: Zakaria Hanafi berjaya merampas kembali kerusi DUN N.24 Semenyih dengan majoriti sebanyak 1,914 undi.
BN: 19,780
PH: 17,866
PSM: 847
Bebas: 725
Pegawai Pengurus PRK DUN Semenyih Datuk Mohd Sayuthi Bakar mengumumkan keputusan sebentar tadi.
Walaupun diugut, digertak bahkan dihina seandainya memenangkan calon Barisan Nasional, akhirnya pengundi-pengundi khususnya Melayu dan Orang Asli di DUN Semenyih tetap memilih calon Barisan Nasional, Zakaria Hanafi.
Berdasarkan data-data yang diberikan, hampir kesemua PDM Melayu memberikan kemenangan kepada calon Barisan Nasional. Begitu juga dengan undi awal dan undi pos. Berbeza pula dengan PDM-PDM Cina, kesemua PDM-PDM berkenaan memberikan kemenangan kepada calon Pakatan Harapan meskipun terdapat sedikit peningkatan undi untuk calon Barisan Nasional berbanding PRU-14 yang lepas.
Gabungan PAS-UMNO ternyata berjaya menambat hati pengundi-pengundi Melayu. Kejayaan Tok Mat Hasan yang menggalas tanggungjawab daripada Zahid Hamidi yang sedang bercuti daripada jawatan Presiden UMNO, juga tidak boleh disangkal sama sekali.
Di sebalik pelbagai label yang diberikan oleh Dr. Mahathir termasuklah, UMNO sudah INNALILLAH, PAS bohong syariat, UMNO Kafir dan sebagainya, bahkan termasuklah keyakinan tinggi Azmin Ali bahawa Pakatan mampu menang menerusi calon PPBM, Aiman Zainali yang juga merupakan menantu kepada bekas ADUN Semenyih yang meninggal dunia, Allahyarham Bakhtiar Mohd Nor.
Mungkin kerana terlalu berkeyakinan tinggi yang gelombang kebencian terhadap Najib Abdul Razak, Rosmah Mansor dan UMNO di kalangan pengundi, hampir kesemua pemimpin Pakatan Harapan tidak memberikan tumpuan kepada isu sebenar di Semenyih sebaliknya pada hampir setiap masa memburukkan Najib Abdul Razak dan memanjangkan fitnah RM90 juta terhadap PAS.
Pakatan seperti terlupa, kemenangan mereka pada PRU-14 lalu adalah kerana isu-isu asas melibatkan rakyat. Pentadbiran dan pengurusan negara oleh Pakatan pula, langsung tidak memberikan tanggapan yang baik kepada Kerajaan Pakatan Harapan. Cubaan melekakan rakyat dengan isu-isu remeh membabitkan Najib Abdul Razak bahkan Rosmah Mansor, membuatkan pengundi-pengundi Melayu membenci Pakatan Harapan.
Pakatan Harapan masih 'terselamat' tidak dimalukan dengan kekalahan besar kerana kekaguman dan kebanggaan pengundi-pengundi Cina terhadap DAP terutama sekali terhadap Lim Guan Eng dan konco-konconya yang berjaya menguasai kedudukan-kedudukan penting, kritikal dan strategik dalam jemaah Menteri Malaysia.
Cameron Highland dan Semenyih telah memberikan jawapannya. Sungai Kandis dan Seri Setia serta Balakong telah terlebih dahulu memberikan keseronokan dan cakap bongkak Pakatan Harapan. Kini, Rantau sedang menanti. Begitu juga Jasin... malah ada yang kata, PRK Sungai Besar juga sedang menunggu.
prk langkawi
ReplyDeletemenyusul jgk
Bila la PRK Sepang
ReplyDeletelagi baik pru senuls
ReplyDelete