Pages

Sunday, March 3, 2019

PPBM AKAN BEKERJA LAGI KUAT MENGUMPULKAN UNDI MELAYU-BUMIPUTERA-ISLAM SELEPAS TERUK DIMAKI HAMUN PENYOKONG DAP!!!



Tiba-tiba tona suara para pemimpin Pakatan Harapan terutama dari PPBM berubah sebaik-baik berita kekalahan calon PPBM di DUN Semenyih malam tadi.

Tiba-tiba sahaja PPBM diselimuti keinsafan berhubung nasib orang Melayu, Bumiputera dan Islam. Dan tiba-tiba sahaja PPBM ingin memperbaiki kesilapan dan kelemahan mereka.




Namun di ruang-ruang komen, Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir dihentam teruk oleh penyokong-penyokong DAP kerana kegagalan menawan kerusi Melayu. PPBM disifatkan sebagai gagal menterjemahkan sokongan Melayu kepada Pakatan. Malahan penyokong-penyokong PPBM yang sebelum itu cukup gah, cukup sombong dan cukup takabbur, menyalahkan pucuk pimpinan yang enggan mendengar suara mereka yang kononnya lebih tahu.

Drama menyalahkan pucuk pimpinan masa UMNO hilang kuasa pada 9 Mei 2018, kini berulang dalam PPBM. Bezanya, UMNO hilang kuasa semasa PRU-14, PPBM pula hilang maruah kerana PRK DUN Semenyih.


Dan seandainya, PPBM kalah lagi di Parlimen Jasin sekiranya Mahkamah Persekutuan mengeluarkan perintah agar pilihanraya diadakan semula dan calon PPBM adalah Khairuddin Abu Hassan, sama seperti PRU-14 yang lepas, besar kemungkinan ramailah pemimpin-pemimpin PPBM yang akan mula berkira-kira hendak melompat parti.

Hari ini, tidak sampai 24 jam selepas kekalahan calon PPBM di DUN Semenyih, kita diperlihatkan sikap tawadduk dan mengaku bersalah di kalangan pemimpin Pakatan, khususnya PPBM dan PKR. Sentimen 'SEDAR KESILAPAN' digunakan untuk memperdaya rakyat, khususnya orang Melayu walaupun sebenarnya pemimpin-pemimpin Melayu PKR dan PPBM itu sedikit pun tidak peduli dengan sensitiviti orang Melayu yang telah terguris semenjak Pakatan menjadi Kerajaan Persekutuan.


Dan disebabkan itulah juga, DAP kita dapat lihat tidak memberikan sebarang respons kerana DAP sudah berada dalam keadaan yang sangat selamat. 12 Saluran Undi Cina, semuanya berpihak kepada Pakatan yang Cina lihat diketuai dan dikuasai oleh DAP. Biarpun peratusan Cina dan India yang menyokong Barisan Nasional meningkat sedikit berbanding pada PRU lepas, namun peratusan kecil itu berjaya ditenggelami majoriti yang menyokong ketuanan DAP dalam Pakatan.

Keputusan PRK DUN Semenyih ini sudah pastilah memberikan kesan yang besar kepada PPBM khususnya dalam menarik sokongan Melayu dan Bumiputera untuk Pakatan Harapan. Untuk itu, orang Melayu, Bumiputera dan umat Islam perlu diambil hati. Cara termudah dan termurah untuk mengambil hati orang Melayu, Bumiputera dan umat Islam di negara ini adalah dengan MEMINTA MAAF dan MENGAKUI KESILAPAN.

Sebab itulah, sebaik-baik sahaja kalah, orang pertama yang meminta maaf adalah Syed Saddiq, Ketua Armada yang juga Menteri Belia dan Sukan. Selepas itu menyusul Mukhriz Mahathir yang mengakui kekalahan PPBM dan mengucapkan tahniah kepada UMNO-PAS sambil menyatakan, PPBM akan memperbaiki prestasi parti itu untuk PRK akan datang.



Dan sebab itulah juga, Dr. Mahathir yang sebelum ini lantang mengkafirkan UMNO dan menyatakan UMNO sudah 'Innalillah', sebaik-baik sahaja calonnya kalah dalam PRK DUN Semenyih, segera menyalahkan kerjasama UMNO-PAS dan menggunakan Hutang Negara sebagai modal utama mengapa calonnya kalah.

Sesuatu yang pasti ialah, orang Melayu, Bumiputera dan umat Islam di Malaysia tidak akan melupakan bagaimana aset-aset dan ekuiti-ekuiti mereka sedang dilelong murah-murah dan mudah-mudah oleh Kerajaan Pakatan yang diketuai oleh DAP. Umat Islam Malaysia tidak dapat melupakan bagaimana pembohongan dan fitnah tentang kerugian Tabung Haji membolehkan Lim Guan Eng menggunakan SPV untuk merampas dan merompak RM19.9 bilion kekayaan Tabung Haji untuk dibahagi-bahagikan sesama mereka. Malah orang Melayu dan Bumiputera tidak lupa bagaimana FELDA digambarkan sebagai merugikan untuk membolehkan aset-aset FELDA dilelong dan dijual kononnya untuk membayar hutang dan memastikan aliran kewangan entiti yang lebih stabil.

Begitu juga nasib yang menimpa FELCRA, PNB, LTAT malah lebih tersusun lagi ialah 1MDB yang sehingga ke hari ini, tidak ada satu aset 1MDB yang dicairkan, bahkan 1MDB sendiri terus wujud dengan orang-orang pro Kerajaan Pakatan dimasukkan, sebaliknya pelaburan entiti seperti Tabung Haji di pusat pelaburan utama 1MDB seperti TRX, dirampas untuk dijual murah kepada kroni kerana prospek keuntungan beratus kali ganda.



PPBM dan PKR akan berusaha mendapatkan sokongan Melayu-Bumiputera untuk DAP. Namun rakyat juga pasti akan ingat, bahawa kerana Kerajaan Pakatan Harapan terlalu lemah dan bodohlah, maka ekonomi dan kewangan negara berada dalam keadaan yang sangat meruncing. Semenjak 9 Mei 2018, beratus bilion pelaburan asing di Malaysia telah keluar dari negara ini. Tidak satu sen pun pelaburan asing berjaya dibawa masuk. Malah lebih teruk lagi, segala komoditi yang menjadi nadi utama pendapatan negara, kini menjadi beban sehinggakan Menteri Perusahaan Utama dari DAP, Teresa Kok mengeluarkan cadangan agar menggantikan tanaman kelapa sawit dengan buluh.

Ironinya, ekonomi dan kewangan yang terjejas itu majoritinya melibatkan Melayu, Bumiputera dan umat Islam.

Tak guna meminta maaf atau mengakui kesilapan semata-mata untuk terus memperdayakan orang Melayu, Bumiputera dan umat Islam di negara ini supaya terus memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan tetapi pada masa yang sama, yang terus ditekan, dihina dan dipersiakan adalah Melayu, Islam dan Bumiputera!


No comments:

Post a Comment