Pages

Thursday, March 14, 2019

TAK PERLU UPAH CLARE REWCASTLE-BROWN SARAWAK REPORT, TAK PERLU BAYAR DOJ DAN WHITE HOUSE, TAK PERLU BELANJA WALL STREET JOURNAL, MALAYSIA KINI TERKENAL KERANA KEBODOHAN PEMIMPIN UTAMANYA!!!!



Situasi bahaya yang berlaku di Pasir Gudang kesan daripada ketamakan, kelalaian, kelekaan dan kecuaian turut mengundang pelbagai pemandangan yang amat menjelekkan.

Dan sudah tentulah perkara pertama yang diambil perhatian adalah mereka yang dipertanggungjawab untuk menangani kemelut berkenaan.

Sudah 10 hari, baru dua hari ini sahaja, baru Menteri Besar Johor dan barisan Exco, selain Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Alam Sekitar kalut hendak bermesyuarat.

Biarpun sudah lebih 1000 orang yang dirawat di wad hospital, Menteri Besar Johor yang lebih terkenal dengan jolokan Mat Datsun masih lagi mengatakan, isu pencemaran toksik di Pasir Gudang bukanlah isu yang besar dan membimbangkan. Usul supaya perisytiharan darurat dibuat di Pasir Gudang telah dibuat di Dewan Rakyat.

Dalam tempoh dua hari ini, Menteri Besar Johor kelihatan sangat jelas kebingungan dan tenggelam punca. Dia seperti tidak tahu apa-apa dan disuruh bercakap sehingga membuatkan kenyataan yang keluar dari mulutnya, sangat memalukan dan ditertawakan oleh seluruh negara.

Sudah pastilah, 'jenakanya' yang paling terkenal adalah menerusi klip video yang mana dia mengatakan, keadaan di Pasir Gudang tidaklah terlalu serius memandangkan kebanyakan kes hanya melibatkan sekolah dan kawasan-kawasan perumahan tidak terjejas langsung.



 

Alasannya ialah, kebanyakan rumah tutup pintu!

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shamsul Anuar Nasarah yang juga merupakan Ahli Parlimen Lenggong, menulis...

Sekali lagi nama Malaysia menjadi sangat terkenal di peringkat antarabangsa. Terkenalnya nama Malaysia tanpa perlu mengupah Sarawak Report atau Wall Street Journal. Tanpa perlu mengupah pelobi di White House atau pun DOJ. Sebaliknya nama Malaysia cukup terkenal kerana pembuangan toksik di Sungai Kim Kim Pasir Gudang yang telah mengakibatkan hampir 1000 orang, majoritinya pelajar terpaksa menerima rawatan intensif di hospital akibat sakit kritikal.


Sebelum ini, Malaysia sangat popular dengan isu sijil palsu Menteri dan anggota kabinet, kini masyarakat dunia sekali lagi dapat melihat betapa kelam-kabutnya golongan yang bijak bercakap, yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan ratusan juta ringgit semata-mata untuk mengalahkan dan memberi nama busuk kepada Najib Abdul Razak dan yang hanya mementingkan duit, menguruskan bencana yang berpunca daripada kelemahan pihak berkuasa menangani pembuangan sisa toksik.

Sekurang-kurangnya berita pencemaran ini dan kelemahan pengurusan bencana oleh kerajaan menjadi berita nombor empat paling popular di baca di akhbar The Guardian, United Kingdom selepas berita tragedi pesawat Ethiopian Airlines terhempas.

Di dada-dada akhbar seperti South China Morning Post (HongKong), Bangkok Post dan The Straits Times (Singapore), berita tragedi itu diletak sebagai berita utama. Kita percaya banyak media cetak dan online lain turut memberi fokus utama kepada tragedi ini.


Isu yang harus diteliti di sini adalah, bagaimana langkah kerajaan menangani krisis ini dari mengelakkan ia menjadi  bad publicity kepada Malaysia? Daripada ia hanya sebagai berita kemalangan biasa apabila beberapa pelajar diberi rawatan, ia bertukar menjadi bola api yang besar kerana crisis management tidak ditangani dengan baik, terutamanya dari aspek media briefing.

Laporan media bahawa lebih 900 orang menjadi mangsa terhidu gas beracun, lebih 100 sekolah serta premis terpaksa ditutup dan sebagainya, tidak akan menjadi tajuk utama media antarabangsa, sekiranya kerajaan Johor dan Pusat, pantas menilai skala imej negatif besar yang bakal terhasil daripada insiden ini.

Seperti kata Jabatan Bomba dan Penyelamat, kenapakah puluhan tong buangan sisa toksik itu, tidak diuruskan dengan baik daripada awal? Kenapa ia dibiarkan bersepah sepah? Apakah kita masih di takuk pemikiran lama, selepas berlaku sesuatu yang buruk, baharulah nak ditubuh jawatankuasa atau diambil tindakan?

Seperkara lagi, kenapa hanya selepas satu minggu berlaku tragedi ini, yang asalnya hanya 35 orang dikejarkan ke hospital untuk rawatan,  baru lah kerajaan bertindak mengeluarkan arahan menutup sekolah ?


Kenyataan pimpinan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, serta kemusykilan ramai ahli parlimen, termasuk Ahli Parlimen Pontian dan saya, mengenai kelemahan SOP tindakan pasukan Krisis Bencana Negeri Johor dan  Negara, tidak wajar diambil ringan, kerana ia membabitkan nyawa ribuan manusia.

Kejadian di Sungai Kim Kim menjadi  penanda aras, apakah kita masih terkapai kapai menguruskan tragedi akibat gas beracun, sedangkan banyak pelaburan sudah dibuat, termasuk menghantar anggota penyelamat menjalani latihan di luar negara.

Kita yakin keupayaan anggota penyelamat dan perubatan kita setaraf dengan kemahiran pasukan penyelamat di negara maju lain di dunia. Tetapi mereka dalam pasukan penyelamat memerlukan arahan jelas, pantas dan tegas dari menteri kabinet atau Exco Kerajaan Negeri bagi membuat keputusan dan tindakan selanjutnya.

Dunia sedang memerhatikan langkah seterusnya yang akan kita ambil. Tragedi ini bukan satu tragedi kecil dan ia boleh menjadi lebih meluas kerana tiupan angin yang membawa partikel toksik. Bagaimana kepimpinan di negeri di mana kejadian ini berlaku masih boleh menganggap ia dalam keadaan terkawal?

Apakah pelan tindakan seterusnya? Selamatkah lagi kawasan sekitar Sungai Kim Kim itu untuk didiami? Benarkah penduduk yang menutup pintu atau tingkap itu dijamin selamat? Berapa lamakah mangsa tragedi ini akan terpaksa duduk di hospital ? Moga Allah melindungi anak anak dan penduduk Pasir Gudang ini !


No comments:

Post a Comment