Pages

Friday, March 15, 2019

DEMI KAPAL PESIARAN MEWAH EQUANIMITY DAN SITI AISYAH, INTEGRITI MALAYSIA SEMAKIN MEMALUKAN DAN DIAIBKAN KE SELURUH DUNIA!!!



Pembebasan suspek bunuh abang tiri Presiden Korea Utara, Kim Jong Nam dari Indonesia, Siti Aisyah oleh Mahkamah Kuala Lumpur langsung tidak mengejutkan. Lebih-lebih lagi apabila wujudnya campurtangan dan kehendak pihak pemerintah tertinggi Malaysia iaitu Dr. Mahathir Mohamad.

Tahukah anda, pembebasan Siti Aisyah diperakui oleh Jokowi sebagai hasil usaha pentadbirannya? (RUJUK SINI) Siti Aisyah disambut di Istana Presiden dan dijadikan bahan kempen Presiden. Malahan Menteri Hukum Indonesia, turut mengakui ada berbincang dengan Tun Dr. Mahathir mengenai pembebasan Siti Aisyah pada Ogos 2018.

Pastinya kita masih ingat, tarikh berkenaan adalah sekitar keinginan berkobar-kobar Mahathir mahu membawa pulang kapal pesiaran mewah, Equanimity yang dikatakan milik Jho-Lo. Kapal mewah itu akhirnya dibawa pulang dan 'disimpan' di Langkawi dengan perbelanjaan RM3 juta sebulan.


Sekaligus menimbulkan persoalan, sebenarnya kapal pesiaran mewah itu milik siapa? Benarkah milik Jho Lo atau sebenarnya milik Mahathir atau keluarganya? Kalau tidak, masakan bersungguh-sungguh mahu membawa pulang dan sanggup melakukan tukaran yang akhirnya meruntuhkan imej Malaysia di mata dunia.

11 Mac 2019, Reuters memetik Peguam Negara sebagai berkata, pembebasan Siti Aisyah adalah atas permintaan Indonesia. Namun Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir masih lagi dengan sikap berpura-puranya, DIA TIDAK TAHU APA-APA walaupun satu dunia tahu, Tommy Thomas yang merupakan Peguam Negara Malaysia hanya bekerja untuk Mahathir dan Pakatan.

Siti Aisyah bukanlah satu-satunya contoh bagaimana Mahathir menggunakan kuasanya selaku Perdana Menteri dan mengarahkan Peguam Negara menggugurkan tuduhan, bahkan lebih awal daripada itu, Menteri Kewangan yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sudah pun mempunyai keistimewaan tersebut apabila kes-kes perbicaraan rasuah dan salahguna kuasanya digugurkan walaupun sedang dibicarakan di mahkamah.

Campurtangan ketara seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini kecuali pada zaman Mahathir semata-mata. Kalau sebelum ini, campurtangan Mahathir ke atas bidang kehakiman dan mahkamah, seringkali dinafikannya kerana akses maklumat yang kurang, namun pada zaman Internet merupakan khutubkhanah terbaik dan lengkap, Mahathir tidak boleh lagi terus menafikan dan berbohong.


Justeru, sebarang tindakan mengheret mana-mana musuh Dr. Mahathir ke mahkamah seperti Najib Abdul Razak sebenarnya boleh dipertikaikan memandangkan tindakan undang-undang tersebut bukannya dibuat di atas konsep RULE OF LAWS sepertimana yang sering dilaung-laungkan oleh Mahathir.

Sebaliknya ia dilakukan kerana dendam kesumat dan matlamat Mahathir yang masih belum kesampaian.

Justeru juga, tidak mustahil sekiranya hukuman dijatuhkan tnapa mengambil kira keadilan, bukti dan fakta kerana mahkamah di Malaysia, lebih-lebih lagi Peguam Negaranya, Tommy Thomas hanya melaksanakan keinginan Dr. Mahathir.

Keadilan mahkamah dan perundangan di Malaysia hanya boleh dikembalikan apabila Dr. Mahathir diturunkan dari jawatan dan Tommy Thomas sendiri diheret untuk dibicarakan kerana menyalahguna kuasa!



No comments:

Post a Comment