Pages

Saturday, March 16, 2019

TERDESAK, PENGERUSI SPR MAHU MEMPERKENALKAN SISTEM E-VOTING UNTUK MEMANIPULASI JUMLAH UNDI DAN KEKALKAN KEMENANGAN PAKATAN HARAPAN!!!



12 Mac lepas, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Azhar Azizan Harun atau lebih dikenali sebagai Art Harun memaklumkan seramai 3.7 juta pengundi yang belum berdaftar boleh berbuat demikian secara dalam talian dalam tempoh yang terdekat ini.

SPR juga bercadang untuk melaksanakan E-Voting yang menurutnya akan memendekkan masa proses mengundi bagi seseorang pengundi.

Menurutnya, seseorang pengundi mengambil masa dua minit dari masa mereka memeriksa nama dengan pegawai SPR sehinggalah sampai ke tempat mengundi.

"Ada dua kaedah e-voting. Pertama, mengundi di dalam talian di mana pengundi tidak perlu hadir ke pusat mengundi dan satu lagi menggunakan alat elektronik di mana pengundi masih perlu datang ke pusat mengundi. Daripada menggunakan kertas undi, anda menggunakan mesin," katanya (RUJUK SINI)

Pengerusi SPR itu barangkali sudah dapat mengesan kegagalan Pakatan Harapan dan Dr. Mahathir mempertahankan kedudukan Kerajaan Pakatan Harapan apabila semakin besar gelombang penentangan rakyat terhadap Kerajaan yang diterajui oleh Dr. Mahathir.

Lebih ironi lagi, setiap tindakan kerajaan menjual aset-aset negara, semuanya mendapat reaksi buruk dan ditolak oleh rakyat. Malahan dasar dan polisi kewangan serta ekonomi negara, turut memberikan kesan kepada kedatangan pelaburan asing di negara ini sehinggakan kerajaan melihat perlunya menjual segala-galanya yang terdapat di negara ini.


Masakan SPR dan Pengerusi SPR yang hebat serta bijaksana itu tidak tahu bahawa menurut pakar-pakar perlindungan data (RUJUK SINI), e-voting mencabul kerahsiaan pengundian kerana tidak kesemua transaksi boleh difahami oleh pengundi. Sistem yang ada kini tidak boleh melindungi sebarang kerahsiaan dalam persekitaran kepenggunaan, dengan kata lain, komputer yang dijangkiti malware boleh mengubah kerahsiaan sesuatu undian.

Menurut sesetengah pengkritik, masalah terbesar adalah membabitkan risiko keselamatan seperti penggodaman, pembelian undi dan manipulasi-manipulasi lain. Dengan memasukkan virus ke dalam komputer, undi-undi boleh diubah. Sekiranya pilihanraya atau undi boleh dimanipulasi dengan skala besar oleh penjenayah, perkhidmatan atau syarikat perisikan asing, bermakna tiada gunanya melaksanakan demoksrasi atau pilihanraya.

Tidak seperti peti undi fizikal, undi-undi elektronik tidak boleh dikira secara manual. Dengan e-voting, penjumlahan dilakukan secara berpusat. Tidak ada individu yang akan menambah undi atau pun pemantau pilihanraya yang akan memastikan proses pengundi berjalan lancar selain pemeriksaan tidak boleh dilakukan. Dengan kata lain, rakyat dipaksa untuk mempercayai sistem e-voting secara membabi-buta sahaja.

Suatu ketika dahulu, Art Harun merupakan antara mereka yang kuat menentang penggunaan biometrik untuk memastikan hanya rakyat dan warga Malaysia sahaja yang mengundi. Seolah-olah terlalu takut, hanya warganegara Malaysia yang telah disahkan oleh pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara sahaja yang mengundi, sekaligus menyebabkan undi untuk Pakatan Harapan merosot teruk, akhirnya mereka mendesak agar sistem biometrik tidak dilaksanakan, sebaliknya digantikan dengan celup jari ke dalam dakwat.


Alasan utama mereka untuk menolak sistem biometrik ialah, kos yang terlalu tinggi walaupun hakikatnya mereka tidak mahu saringan lebih ketat terhadap pengundi dibuat sehingga ramai pula yang menyaksikan bagaimana mereka yang langsung tidak boleh bertutur dan memahami Bahasa Kebangsaan turut membuang undi sekaligus memberikan kemenangan besar kepada DAP terutama di kawasan-kawasan bandar.

Anehnya, dalam isu e-voting, tidak pula kedengaran tentang kos yang terlalu mahal walaupun sebenarnya kos yang perlu dibelanjakan oleh Switzerland yang merupakan antara negara berpopulasi rendah yang mahu mengadakan e-voting adalah USD736 juta atau RM2.973 bilion. Undi secara elektronik adalah jauh lebih mahal berbanding undi yang dihantar menerusi sampul surat!

Kenyataan Pengerusi SPR untuk memperkenalkan sistem e-voting dalam pilihanraya di Malaysia sebenarnya adalah cadangan terdesak untuk memastikan Pakatan Harapan terus menang dan menjadi Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri. Selepas kelihatan sukar untuk memperolehi majoriti dua pertiga seperti yang dihajatkan walaupun hanya memerlukan sembilan kerusi sahaja lagi, e-voting adalah satu-satunya cara yang paling berkesan untuk memperolehi apa yang dihajati. (RUJUK SINI)

Sebabnya, tiada sesiapa pun yang boleh mempertikaikan e-voting kerana ia bersifat bukan manusia dan mudah dimanipulasikan!!!


2 comments:

  1. JALAN UNTUK KERAJAAN PENIPU MENIPU RAKYAT

    ReplyDelete
  2. Rakyat tak nak e-voting, rakyat nak biometrik.

    ReplyDelete