Pages

Friday, March 15, 2019

KENAPA RAYER DAN DAP TAKUT SANGAT DENGAN BUKTI-BUKTI SKANDAL LIM GUAN ENG YANG ADA PADA RAJA PETRA KAMARUDDIN?!!!



SN Rayer yang dijoloki dengan gelaran LUTONG JELUTONG di kalangan netizen kerana perangai huduhnya di Parlimen setiap kali Dewan bersidang, berhempas pulas mempertahankan tuan besarnya, Lim Guan Eng dalam isu dan skandal Terowong Dasar Laut Pulau Pinang.

Pendedahan tentang rasuah dan skandal Terowong Dasar Laut Pulau Pinang membabitkan syarikat yang mendapat konsesi dengan Lim Guan Eng dan beberapa orang pemimpin utama DAP selain beberapa orang pemimpin UMNO yang didedahkan oleh Raja Petra Kamaruddin menerusi portalnya, Malaysia Today, cuba ditutup dan dialihkan oleh SN Rayer dan Ahli-Ahli Parlimen DAP.

Setakat ini, mereka telah berjaya menghalang isu tersebut daripada dibangkitkan di Dewan Rakyat apabila bantuan daripada Speaker Dewan Rakyat yang membuat ruling bahawa apa-apa sahaja maklumat daripada media sosial dan media, tidak boleh dijadikan alasan di dalam Dewan. (RUJUK SINI)

Raja Petra Kamaruddin menerusi portalnya, Malaysia Today telah mengeluarkan dan menyiarkan skandal tersebut menerusi beberapa siri (RUJUK SINI) lengkap dengan bukti dan datanya.

Sehingga setakat ini, tiada sebarang penafian yang mampu dibuat oleh Lim Guan Eng. Sebaliknya sekadar menggunakan 'running dog' seperti Rayer untuk mengalihkan isu dengan berperangai hodoh di dalam Dewan bagi memastikan isu tersebut tidak diteruskan.


Menariknya, seperti tiada hujah-hujah kukuh untuk menafikan tuduhan dan dakwaan oleh Raja Petra Kamaruddin menerusi portalnya, sebaliknya apa yang cuba dilakukan oleh DAP menerusi SN Rayer ialah mematikan sumber dan menyekat segala maklumat apabila terkena ke batang tubuh Lim Guan Eng khususnya.

Masih tidak bercakap atau mengulas tentang hujah-hujah serta bukti-bukti yang ditampilkan oleh Raja Petra, sebaliknya yang dipersoalkan sekarang adalah batang tubuh Raja Petra sendiri.

Rayer dalam kenyataan terbaharunya berkata, dia menanti kepulangan Raja Petra untuk membuktikan tuduhan terhadap Menteri Kewangan membabitkan Projek Terowong Dasar Laut.

Menurutnya, Raja Petra perlu pulang untuk menunjukkan bukti-buktinya. Jikalau dia gagal berbuat begitu, maka tindakan undang-undang akan diambil terhadapnya. (RUJUK SINI)

Raja Petra sebelum ini telah meminta Perdana Menteri untuk membenarkan kepulangannya bagi mengelakkan 'dihantar pulang' malah dengan menyindir meminta agar dia dilayan seperti seorang wira serta diberikan layanan VVIP seperti yang dinikmati oleh Clare Rewcastle-Brown dan Xavier Andre Justo.

Rayer sebaliknya menuduh Raja Petra hanya menggunakan alasan tersebut untuk tidak pulang. Malahan Rayer turut melabelkan Raja Petra sebagai orang yang tidak boleh dipercayai kerana menukar sokongan dari Anwar Ibrahim kepada Najib Razak.

Sebelum itu, Rayer bersama-sama ADUN Seri Delima Syerleena Abdul Rashid membuat laporan polis berhubung ancaman seorang lelaki yang tidak dikenali terhadap Lim Guan Eng.


2 comments:

  1. RPK is new hero Malaya... jihad RPK perlu dibantu ... di santuni.. di war warkan... di tolong sesama islam insyallah RPK allah bersama mu...

    ReplyDelete
  2. Bukan ke LUTONG tu sejenis specis MONYET? Apa2 pun SPRM perlu segera menyiasat skandal terbesar dalam negara. Jangan lah lagi jadi macam kes banglo murah dahulu, ianya amat memalukan dan meletakkan integriti SPRM ditahap terendah!

    ReplyDelete