Pages

Thursday, June 6, 2019

BUKAN DALAM UMNO DAN PAS SAJA MAHATHIR TERNAK 'TROJAN HORSE', DALAM PKR PUN BERSEPAH!!!



Kisah Latheefa Koya, antara pemimpin kanan PKR dan juga aktivis Lawyers for Liberty, sebuah badan aktivis yang sangat terkenal dengan gelagat serta kenyataan-kenyataan polemik Eric Paulsen, diangkat menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru menggantikan Syukri Abdul, menjadi topik perbualan hangat pada sambutan Aidil Fitri tahun ini.

Latheefa Koya yang sebelum ini dilihat sangat tegas, malahan sanggup menyerang Presiden, isteri Presiden, anak Presiden dan orang kuat Presiden partinya sendiri, akhirnya menyerlahkan bahawa kedudukan, pangkat dan kuasa mengatasi segala-galanya. Segala prinsip perjuangan dan aktiviti serta ketegasan perjuangannya sebelum ini, boleh dihilangkan dalam sekelip mata menerusi satu lantikan oleh Dr. Mahathir sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.


Selepas perlantikan tersebut didedahkan kepada umum, maka bermulalah drama-drama yang cukup menarik untuk kita tonton.

Sebahagian pemimpin Pakatan cuba berlagak naif dengan mengeluarkan kenyataan, perlantikan Latheefa Koya di luar pengetahuan mereka. Yang menguasai Parlimen pula, cuba mengurangkan persepsi negatif masyarakat dengan mengatakan, perlantikan tersebut tidak menerusi Parlimen walaupun Pakatan dalam manifesto  mereka menjanjikan beberapa perlantikan termasuklah sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu melalui Parlimen.

Namun paling menyeronokkan dan menghiburkan ialah bilamana para penyokong dan jentera propaganda Pakatan Harapan terpaksa bertungkus lumus memusingkan fakta dengan menyatakan, perlantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM amat menggentarkan dan menakutkan para pemimpin pembangkang.


Mereka terlupa bahawa ketika Syukri Abdul dipanggil balik untuk dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, Syukri Abdul diberikan pendedahan media yang cukup besar. Liputan berita dan kenyataan-kenyataan Syukri Abdul yang dia telah dianiayai oleh pentadbiran sebelum itu, turut diberikan harapan besar oleh para penyokong Pakatan sendiri, dendam dan impian mereka akan dilunasi dengan segera oleh Syukri Abdul.

Namun akhirnya Syukri Abdul dipecat ketika kontrak perkhidmatannya masih lagi berbaki lebih 12 bulan dengan kes-kes 1MDB, SRC, RM2.6 bilion dan RM90 juta dari UMNO kepada PAS yang masih gagal menemui konklusi!!!


Ramai melihat perlantikan Latheefa Koya sebenarnya bukanlah tentang UMNO-PAS mahupun pemimpin kedua-dua parti tersebut. Sebaliknya, mengesahkan bahawa Mahathir sudah lama menyimpan trojan horse dalam PKR, parti yang ditubuhkan untuk memperjuangkan Anwar Ibrahim. Ditambah pula, Latheefa Koya merupakan antara peguam peribadi Anwar Ibrahim yang sudah pasti mempunyai pelbagai maklumat-maklumat sulit berkenaan Anwar Ibrahim yang disabitkan kesalahan jenayah liwat sebanyak dua kali di mana kedua-dua jenayah liwat tersebut membabitkan Mahathir secara langsung.


Apabila Mahathir dalam usahanya mempertahankan tindakannya melantik Latheefa Koya secara prerogatif tanpa konsensus dengan Parlimen mahupun blok-blok yang menjadi sekutunya dalam Pakatan Harapan, berkata perlantikan tersebut tiada salahnya kerana Latheefa Koya telah meletakkan jawatannya dan keluar dari PKR selain enggan menjadikan jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM sebagai monopoli pihak-pihak tertentu sekiranya dilantik dari kalangan pegawai-pegawai kanan SPRM sendiri. (RUJUK SINI)

Hujah yang sama jugalah diberikan oleh para penyokong Pakatan. Walaupun dalam kes Tan Sri Apandi Ali, merekalah yang paling kuat menyalak serta mendesak Apandi Ali melepaskan jawatan kerana pernah menjadi orang UMNO, tetapi dalam kes Latheefa Koya lain pula pandangan mereka.

Apandi Ali memang terlibat dalam UMNO tetapi dia kemudiannya melepaskan keahliannya. Lama kemudian dia dilantik sebagai hakim. Setelah lama sebagai hakim, barulah dia dilantik sebagai Peguam Negara. Sedangkan Latheefa Koya pula, lama menjadi ahli dan pemimpin PKR, hanya melepaskan jawatan dan keahliannya dalam PKR setelah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.


Dua keadaan yang sama sekali berbeza.

Namun walau apa pun yang dialasankan, atau dihujahkan, yang pasti, perlantikan Latheefa Koya ini sebenarnya merupakan satu lagi drama yang diarahkan oleh Mahathir dalam usahanya mengukuhkan kedudukannya.

Mahathir pernah buat dulu dan skripnya sama seperti perlantikan Latheefa Koya juga.

Cuma kali ini Mahathir mungkin terlepas jangkaan tentang reaksi masyarakat terutama apabila perlantikan itu menjadi topik perbincangan hangat dari mulut ke mulut atau dari medium maya ke medium meja kedai kopi sepanjang musim cuti perayaan ini. Ia tidak lagi sama seperti ketika dia memecat hakim-hakim mahkamah dahulu....


1 comment:

  1. Hahahaha......Tun M is A master of strategi. Even U cannot beat him, kan...? U could try to belittle him but deep in your heart, u admire him. I bet, kalau Tun nak lantik U ganti Tok Kadir Jasin, jadi pengurus medianya, mesti U takkan tolak, kan. Orang bodoh je menolak tuah. Tuah cuma datang sekali. Kalau bernasib baik, dua kali macam Tun M sendiri. Look at Anwar Ibrahim, dah tolak tuah sekali. Sekarang macam orang gila, berusaha nak capai langit. Langit semakin tinggi. Semoga Allah merahmati Tun M dan beri dia kesihatan dan hidayah yg baik sampai ke akhir
    hayatnya. I don't give a damn u tak publish apa yg saya tulis ni. But at least, u read it. Hehehehe....I sm writing just for u, buddy.

    ReplyDelete