Pages

Friday, June 7, 2019

YANG PATUT MEROYAN ADALAH UMNO-BN, PAS DAN NAJIB, TAPI YANG PANAS PUNGGUNG SEKARANG ADALAH ANWAR IBRAHIM DAN BUDAK-BUDAKNYA!!!



Situasi yang agak aneh sebenarnya...

Perlantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dilihat para penyokong Pakatan sebagai tindakan lebih berkesan membuktikan rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Manakala para penyokong UMNO dan PAS pula melihat perlantikan Latheefa Koya sebenarnya menunjukkan Syukri Abdul, Tommy Thomas dan Mahathir telah gagal sebelum ini untuk membuktikan segala tuduhan ke atas UMNO-BN, Najib dan PAS walaupun setahun sebelum ini mereka menyatakan keyakinan penuh yang segala kes jenayah Najib, UMNO-BN dan PAS amat mudah diselesaikan kerana 'BERTIMBUNNYA BUKTI'.

Namun yang sangat jelas kini ialah, bukan UMNO-BN, bukan Najib Abdul Razak dan juga bukan PAS yang melompat meroyan dengan perlantikan Latheefa Koya itu, sebaliknya PKR sendiri!

Sesuatu yang sungguh menakjubkan bilamana PKR sebelum 9 Mei 2018 begitu gah dan bersetuju untuk mengangkat Mahathir setelah dua dekad menyerang, memusuhi, memaki hamun dan membuat pelbagai pendedahan tentang Mahathir, anak-anaknya, kroni-kroninya, bahkan skandal-skandal kewangan Mahathir yang turut melibatkan sekutu paling rapatnya, Daim Zainuddin, bahkan beberapa siri demonstrasi jalanan yang menggerakkan massa dalam jumlah yang sangat besar menentang Mahathir juga, telah dibuat oleh PKR.


Namun akhirnya, kehadiran Mahathir dan Siti Hasmah dalam demonstrasi BERSIH 4.0 di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur pada November 2016 telah menghapuskan semua caci maki PKR terhadap Mahathir. Malahan, Mahathir telah mula dianggap sebagai sebahagian daripada PKR semata-mata kerana Mahathir menentang dan mahu menjatuhkan Najib serta Kerajaan UMNO-BN.

Langkah malang PKR lebih ketara apabila bersetuju dengan perlantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara Wan Azizah yang pada waktu itu sebagai Presiden PKR pula hanya sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam usaha Pakatan untuk menang pada 9 Mei 2018. Seronok dan bangga PKR kerana akhirnya Mahathir terpaksa menggunakan logo PKR semasa PRU-14, bagi merupakan adalah penundukan Mahathir kepada Semangat Reformasi dan kekejamannya sendiri sewaktu dia menjadi Perdana Menteri.

Yang mereka tidak tahu, Mahathir hanya menggunakan PKR dan menggunakan Anwar Ibrahim untuk dia mencapai maksud dan cita-citanya untuk membuat 'pembersihan' sekali lagi apabila Najib berjaya meningkatkan rezab negara jauh berkali-kali ganda berbanding yang ditinggalkan oleh Mahathir pada tahun 2003 dahulu.

Dan kini Mahathir bukan sahaja menguasai SPRM menerusi Latheefa Koya, sebaliknya Mahathir turut melantik Ketua Polis Negara, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Ketua Hakim secara bersendirian sebelum akan mula meletakkan orang-orangnya dalam GLC-GLC penting seperti Tenaga Nasional (TNB) dan Telekom Malaysia (TM). Dalam bahasa yang lebih mudah, Mahathir telah menguasai kesemua jawatan-jawatan penting dalam kritikal menerusi orang-orangnya.

Dengan GLC dan entiti berteraskan ekonomi dan kewangan umat Islam, Melayu dan Bumiputera sudah pun dikuasai oleh DAP dan Azmin Ali (bukan PKR), yang tinggal sekarang untuk Anwar Ibrahim dan orang-orangnya hanyalah bahagian protokol dan hal ehwal orang Melayu-Bumiputera dan Islam yang tidak melibatkan kewangan dan ekonomi.



Kenyataan Anwar Ibrahim bahawa Mahathir perlu diberikan masa dan peluang untuk membuat penjelasan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan berhubung perlantikan Latheefa Koya, sudah cukup menggambarkan kekalutan Anwar Ibrahim dengan tindak-tanduk Mahathir. (RUJUK SINI)

Lebih-lebih lagi apabila Menteri Undang-Undang VK Liew pula menyatakan, Mahathir tidak melakukan sebarang kesalahan dengan melantik Latheefa Koya secara bersendirian tanpa melalui Jawatankuasa Khas Parlimen mahupun berunding dengan Majlis Presiden Pakatan Harapan apatah lagi dengan Kabinet. (RUJUK SINI)


Kata VK Liew, tindakan dan keputusan Mahathir itu adalah selari dengan undang-undang seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 5(1) Akta SPRM 2009.

Namun Anwar Ibrahim menerusi 'suaranya' Nik Nazmi, mempersoalkan perlantikan tersebut sebagai tidak menepati aspirasi PKR yang mahu melakukan perubahan dan reformasi dalam sistem pentadbiran negara.


"Kita dipilih atas platform berani untuk mereformasikan institusi dan ekonomi. Kegagalan kita dalam kedua-dua hal ini amat membimbangkan," katanya sepertimana yang dipetik oleh THE STAR ONLINE.


Mahathir ketika menjawab menyatakan, dia tidak memerlukan persetujuan dari mana-mana pihak untuk melantik Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru. Malah Mahathir turut berterus-terang bahawa perlantikan tersebut tidak pernah dibincangkan dalam Kabinet.

"Saya tak payah tanya Kabinet, saya tanya orang-orang lain yang mempunyai pengetahuan tentang karakter-karakter orang ini dan tak perlu Kabinet buat keputusan (kerana) kalau Kabinet buat keputusan, ia menyekatkan (keputusan) saya. Jadi, saya bebas untuk menilai sesiapa yang dicadang dan saya pilih," katanya.
Ditanya mengapa Latheefa dipilih, beliau berkata: "Sebab dia sangat tegas terhadap apa dilihat benar...kita perlukan seseorang yang mempunyai karakter yang sangat tegas," katanya. (RUJUK SINI)
Ternyata, walaupun yang dihebohkan adalah tentang Najib, tentang UMNO-BN dan PAS, tetapi ternyata yang sangat panas punggung sekarang adalah Anwar dan saki-baki penyokongnya dalam PKR.

No comments:

Post a Comment