Kegembiraan menyambut kemenangan Wee Jeck Seng di Tanjung Piai dengan majoriti lebih 15,000 masih lagi dirasakan dan masih lagi diperkatakan. Rata-rata berpendapat, formula Muafakat Nasional sudah berjaya dan formula yang sama perlu digunakan dalam PRK-PRK atau PRU-15 akan datang.
Keputusan PRK Tanjung Piai sememangnya dinanti-nantikan memandangkan ia adalah petunjuk kepada populariti Mahathir dan partinya di kalangan rakyat. Walaupun DAP dan PKR dilihat menyokong kempen PPBM di Tanjung Piai, namun dengan lebih 11,000 orang pengundi tidak keluar mengundi, mengesahkan bahawa PKR dan DAP terutama dari fraksi Anwar Ibrahim, sememangnya membiarkan Mahathir dan PPBM terkontang-kanting. Manakala PKR fraksi Azmin Ali pula, tidaklah sekuat dan segah mana sepertimana yang diuwar-uwarkan.
Apa sebenarnya yang berlaku dan sedang berlaku?
Senarai yang hadir dalam pertemuan dengan Azmin melibatkan Ahli-Ahli Parlimen UMNO-BN:
1. Ahmad Hamzah - Ahli Parlimen Jasin
2. Shahidan Kassim - Ahli Parlimen Arau
3. Ismail Mohd Said - Ahli Parlimen Kuala Krau
4. Hasbullah Osman - Ahli Parlimen Gerik
5. Shahar Abdullah - Ahli Parlimen Paya Besar
6. Ismail Abdul Mutalib - Ahli Parlimen Maran
7. Hishamuddin Hussein Onn - Ahli Parlimen Sembrong
8. Azalina Said - Ahli Parlimen Pengerang
9. Mastura Mohd Yazid - Ahli Parlimen Kuala Kangsar
10. Ahmad Nazlan Idris - Ahli Parlimen Jerantut
11. Adham Baba - Ahli Parlimen Tenggara
12. Nizar Hj Zakaria - Ahli Parlimen Parit
13. Abdul Rahman Mohamad - Ahli Parlimen Lipis
14. Salim Sharif - Ahli Parlimen Jempol
15. Ramli Mohd Nor - Ahli Parlimen Cameron Highlands
16. Jalaluddin Alias - Ahli Parlimen Jelebu
17. Zahidi Zainul Abidin - Ahli Parlimen Padang Besar
18. Noraini Ahmad - Ahli Parlimen Parit Sulong
Selain Azmin Ali, Ahli-Ahli Parlimen PKR yang turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah:
1. Zuraidah Kamaruddin - Ahli Parlimen Ampang
2. Kamaruddin Jaafar - Ahli Parlimen Bandar Tun Razak
3. Mansor Othman - Ahli Parlimen Nibong Tebal
4. Maria Chin Abdullah - Ahli Parlimen Petaling Jaya
5. Mohd Rashid Hasnon - Ahli Parlimen Batu Pahat
Justeru, nyawa kerjaya Perdana Menteri Mahathir sudah sampai ke hujung tanduk.
Azmin Ali walaupun dikatakan kuat, tetapi fraksinya dalam PKR, tidaklah sekuat mana. Perpecahan sokongan untuk Azmin Ali dan Anwar Ibrahim, mengecilkan jumlah penguasaan kerusi Parlimen PKR. Sedangkan Anwar Ibrahim pula, memperolehi sokongan solid dari DAP yang menguasai 40 kerusi Parlimen.
Satu-satunya cara untuk menyelamatkan Mahathir dan Azmin Ali adalah dengan meraih sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan PAS. PAS awal-awal lagi telah menyatakan akan memberikan sokongan kepada Mahathir bagi mengelakkan Anwar Ibrahim yang disifatkan sebagai rakan akrab DAP daripada diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Pada PRU-14 lalu, Mahathir telah menggunakan strategi manipulasi dan persepsi untuk mengalahkan Najib Tun Razak dan BN. Ternyata, dia menang. Namun kemenangannya itu turut diikuti dengan kesilapan terbesar kerana yang berkuasa bukannya Mahathir, sebaliknya Mahathir yang memberikan kuasa besar kepada DAP.
Semua jawatan penting negara, termasuklah Peguam Negara, Ketua Hakim Negara dan Menteri Kewangan diserahkan kepada DAP. Pada masa yang sama, keadaan ekonomi dan kewangan negara, semakin merudum dan merosot. Bursa saham Malaysia menjadi bahan ejekan dan lawak jenaka seluruh dunia.
Sementara itu, The Coverage menyiarkan senarai nama Ahli-Ahli Parlimen pelbagai parti yang menuntut agar Mahathir meletakkan jawatan. (RUJUK SINI)
PERLIS (tiada)
KEDAH (8)
Kulim Bandar Baharu – Menteri (PKR)
Kubang Pasu – Timbalan Menteri (PPBM)
Pokok Sena – Timbalan Menteri (AMANAH)
Sungai Petani – Pengerusi BBC (PKR)
Merbok (PKR)
Alor Setar (PKR)
Kuala Kedah (PKR)
Padang Serai (PKR)
PENANG (10)
Bagan – Menteri (DAP)
Tanjong – KM Pulau Pinang (DAP)
Bukit Mertajam (DAP)
Batu Kawan (DAP)
Bukit Bendera (DAP)
Jelutong (DAP)
Bukit Gelugor (DAP)
Bayan Baru (PKR)
Balik Pulau (PKR)
Permatang Pauh (PKR)
PERAK (14)
Parit Buntar – Menteri (AMANAH)
Gopeng – Timbalan Menteri (PKR)
Lumut – Timbalan Menteri (AMANAH)
Teluk Intan – Timbalan Speaker (DAP)
Bagan Datuk – Ketua Pembangkang (PPBM)
Taiping (DAP)
Padang Rengas (UMNO)
Sungai Siput (PKR)
Batu Gajah (DAP)
Ipoh Barat (DAP
Ipoh Timur (DAP
Beruas (DAP)
Kampar (DAP)
Tanjung Malim (PKR)
SELANGOR (17)
Pandan – Timbalan Perdana Menteri (PKR)
Shah Alam – Menteri (AMANAH)
Kuala Selangor – Menteri (AMANAH)
Kota Raja – Menteri (AMANAH)
Puchong – Menteri (DAP)
Subang – Menteri (PKR)
Sungai Buloh – Timbalan Menteri (PKR)
Sepang – Timbalan Menteri (AMANAH)
Damansara (DAP)
Hulu Selangor (PKR)
Selayang (PKR)
Hulu Langat (AMANAH)
Bangi (DAP)
Subang (PKR)
Petaling Jaya (PKR)
Kapar (PKR)
Klang (DAP)
WILAYAH (7)
Seputeh – Menteri (DAP)
Segambut – Timbalan Menteri (DAP)
Cheras (DAP)
Kepong (DAP)
Setiawangsa (PKR)
Bukit Bintang (DAP)
Lembah Pantai (PKR)
MELAKA (2)
Tangga Batu (PKR)
Kota Melaka (DAP)
NEGERI SEMBILAN (5)
Port Dickson – Bakal PM (PKR)
Seremban – Menteri (DAP)
Rasah (DAP)
Rembau (UMNO)
Tampin (AMANAH)
JOHOR (12)
Simpang Renggam – Menteri (PPBM)
Kulai – Timbalan Menteri (DAP)
Iskandar Puteri (DAP)
Segamat (PKR)
Sekijang (PKR)
Labis (DAP)
Ledang (PKR)
Bakri (DAP)
Kluang (DAP)
Tebrau (PKR)
Pasir Gudang (PKR)
Johor Bharu (PKR)
PAHANG (4)
Raub – Timbalan Menteri (DAP)
Kuantan – Timbalan Menteri (PKR)
Temerloh – Timbalan Menteri (AMANAH)
Bentong (DAP)
TERENGGANU (1)
Besut (UMNO)
KELANTAN (1)
Gua Musang (UMNO)
SABAH (8 )
Kota Kinabalu (DAP)
Putatatn (PKR)
Keningau (STAR)
Ranau (PKR)
Tenom (DAP)
Sandakan (DAP)
Tawau (PKR)
SARAWAK (12)
Selangau – Menteri (PKR)
Mas Gading (DAP)
Kuching (DAP)
Sibu (DAP)
Stampin (DAP)
Puncak Borneo (PKR)
Lubok Antu (PKR)
Saratok (PKR)
Sarikei (DAP)
Julau (PKR)
Lanang (DAP)
Miri (PKR)
Sementara itu, Malaysiakini melaporkan, selepas pertemuan dengan 17 orang Ahli Parlimen UMNO di kediaman rasminya malam tadi, petang ini, Azmin Ali didakwa melakukan pertemuan lagi dengan sejumlah Ahli-Ahli Parlimen dari PKR pula. (RUJUK SINI)
Kita tunggu kesudahan 'drama' ini. Namun sesuatu yang sangat pasti ialah, tuntutan dan desakan majoriti rakyat Malaysia agar Mahathir membubarkan Parlimen agar rakyat boleh memberikan mandat baru kepada kerajaan baru semakin kuat. Ini kerana masalah ekonomi dan kewangan negara semakin meruncing di bawah pentadbiran Pakatan Harapan dan tanda-tanda penyelesaian langsung tidak kelihatan kerana Pakatan Harapan terlalu banyak bermain politik.
Hairan sungguh aku lihat anwar ni...bermatian dia nak jadi PM. Langsung tak fikir bahawa rezeki jadi PM tu kalau dia punya tak akan lari kemana. Tapi dia sedar tak yang orang ramai tak berapa setuju kalau dia jadi PM. Maklum le.....Dia perasaan yang dia seorang sahaja yang layak jadi PM dan tak ada orang yang lebih layak dari dia. Kalaupun berjaya jadi PM...agaknya apa agenda dia kepada negara ni, atau ada pihak lain yang mahu kuasa PM tanpa menjawat jawatan PM. Berhati-hati lah semua agar jangan dia beranggapan bahawa Malaysia ni macam negara "Bapak dia yang punya"
ReplyDeleteTanjung Piai telah membuktikan sesuatu yang indah... Tapi indah sekadar nama bila kemenangan peribadi memperbodohkan rakyat.. kita cuma catur yang digerakkan mereka. Masih belum sedarkah lagi!!!
ReplyDelete