Pages

Sunday, November 17, 2019

KALAH DI TANJUNG PIAI, MAHATHIR DAN PPBM DIPERSALAHKAN OLEH DAP DAN PKR... MACAMLAH ANWAR IBRAHIM DAN LIM GUAN ENG BOLEH SELAMATKAN NEGARA NI!!!



Sememangnya keputusan PRK Parlimen Tanjung Piai ditunggu-tunggu. Bukan sahaja oleh UMNO-PAS dan BN secara keseluruhannya, bahkan di kalangan Pakatan Harapan sendiri terutama sekali melibatkan DAP dan PKR.

Orang yang paling menunggu-nunggu keputusan tersebut sudah tentulah Anwar Ibrahim dan konco-konconya. Kekalahan besar PPBM di Tanjung Piai bermakna Mahathir dan partinya, PPBM bukan sahaja sudah tidak relevan malahan telah menjadi liabiliti kepada Pakatan Harapan.


Sebab itulah, sejurus selepas berita kekalahan besar PPBM di Tanjung Piai, sekutu Anwar Ibrahim yang paling rapat, Syed Husin Ali membuat ciapan di Twitter dengan menyalahkan Mahathir sepenuhnya atas kekalahan tersebut. Malahan Syed Husin Ali dalam ciapannya juga berkata, Mahathir seharusnya sedar diri dan mengambil langkah segera berundur selain menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim sebagaimana yang dijanjikan.

Anwar Ibrahim sendiri dalam statusnya di FB berkata, majoriti yang diperolehi oleh calon BN merupakan satu kejutan besar, sekaligus memberikan mesej yang sangat jelas kepada seluruh kepimpinan Pakatan. Menurutnya lagi, Pakatan harus mengambil pengajaran dan iktibar daripada keputusan tersebut.

Isyarat yang diberikan oleh Anwar Ibrahim hampir senada dengan kata-kata Syed Husin Ali bahawa Mahathir perlu berundur dan melepaskan jawatan Perdana Menteri selain bertanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan yang ditanggung oleh PPBM di Tanjung Piai.


Dari kem DAP, antara terawal yang menyambut gembira kekalahan PPBM adalah Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Kepong yang memberitahu dengan megahnya, sejurus selepas dia mengumumkan kekalahan besar PPBM di Tanjung Piai, orang yang mendengar ceramahnya dalam satu majlis makan, bertepuk tangan dan bersorak dengan gembira.

Kenyataan Lim Lip Eng itu adalah yang paling berterus-terang. Sekaligus menggambarkan pendirian sebenar DAP terhadap Mahathir dan PPBM.


Begitu juga dengan kenyataan yang dibuat oleh Ng Wei Aik yang sekarang ini merupakan Penyelaras Khas kepada Menteri Kewangan atau dalam bahasa lebih mudah, Pegawai Khas Lim Guan Eng. Ciapan ringkas Ng Wei Aik adalah yang paling keras.

"It's time for Mahathir to go." (Sudah sampai masanya Mahathir berundur)


Namun yang paling mengejutkan ialah apabila Rais Yatim, Pengerusi PPBM Negeri Sembilan sendiri turut memberikan bayangan menyalahkan Mahathir dan PPBM sendiri atas kekalahan di Tanjung Piai. Menurut Rais, kekalahan tersebut adalah disebabkan kehadiran 'MENTERI-MENTERI TIGASUKU' yang tidak menghiraukan keluhan dan jeritan rakyat, membuatkan rakyat menjadi muak dan akhirnya memberikan tamparan besar kepada PPBM di Tanjung Piai. 

Semua kesalahan akibat kekalahan tersebut kini ditudingkan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad. PKR dan DAP secara khusus menuduh, Mahathir adalah faktor utama kekalahan tersebut walaupun sebenarnya rakyat tidak buta, tidak pekak dan tidak bodoh sebagaimana sangkaan mereka. 



Kesalahan sepatutnya ditanggung oleh semua kepimpinan Pakatan Harapan yang membentuk Kerajaan Persekutuan kerana masalah yang ditanggung oleh rakyat sekarang adalah disebabkan oleh kelemahan dan ketidakpedulian yang menjadi dasar serta polisi Kerajaan Pakatan Harapan terutama sekali melibatkan Lim Guan Eng dan Menteri-Menteri DAP dalam Kabinet. 

Majoriti 15,086 yang diperolehi oleh calon BN itu memberikan isyarat jelas dan lantang dari rakyat kepada kerajaan agar memperkemaskan kembali pentadbiran negara atau melepaskan jawatan kerana rakyat sudah tidak boleh bertoleransi lagi dengan kebodohan demi kebodohan yang ditunjukkan oleh kerajaan. 


Selain daripada pelbagai janji-janji dan manifesto yang tidak ditunaikan, rakyat juga mahu memberitahu kerajaan Pakatan agar bersedia dengan pelan menyelamatkan rakyat, bukannya pelan menjual harta-harta negara dan kemudian memberi alasan dengan menyalahkan Najib serta pentadbiran lepas. 

Isu sebenar rakyat adalah membabitkan kocek, perut, tembolok dan dompet. 

Itu masalah sebenar, bukannya masalah Anwar tak jadi Perdana Menteri. Bukan masalah, Lim Guan Eng memerlukan Anwar Ibrahim untuk terus bermaharajalela dalam pentadbiran negara!

Naik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekalipun, sekiranya kekal Lim Guan Eng dan DAP dalam pentadbiran negara, keadaan akan menjadi lebih teruk berbanding terus mengekalkan Mahathir sebagai PM. 



No comments:

Post a Comment