Kolej persendirian yang dibangunkan oleh Dong Zhong pada 1994 itu mula mendapat peruntukan terus daripada Kementerian Kewangan dalam Bajet 2019. Menurut Teo Nie Ching, peruntukan berkenaan bukanlah peruntukan daripada Kementerian Pendidikan, sebaliknya peruntukan langsung dari Kementerian Kewangan manakala Kementerian Pendidikan hanyalah penyampai peruntukan kepada kolej terbabit. (RUJUK SINI)
Hari ini, terjawablah mengapa Lim Guan Eng memberikan peruntukan berkenaan kepada New Era College.
Alasan yang diberikan ialah, perhimpunan berkenaan adalah untuk Meraikan Perjanjian Damai Hatyai 30 tahun yang membawa kepada perletakan senjata oleh PKM.
Kekecohan dan panas isu komunis ini berlangsung apabila penyokong Chin Peng meuwar-uwarkan dengan penuh bangga kejayaan mereka menyeludup masuk abu mayat Chin Peng pada 16 September lalu dan ditaburkan di perairan Lumut serta kaki Banjaran Titiwangsa. Bagaimanapun, sebahagian besar pemimpin Kerajaan termasuklah Perdana Menteri dan bekas Ketua Polis Negara berpendapat, tiada salahnya abu mayat Chin Peng dibawa masuk dan disemadikan di negara ini sebagai menghormati perjanjian damai.
Manakala Chin Peng pula, tidak pernah memohon kerakyatan. Malahan dia juga tidak menyatakan taat setia kepada Malaysia apatah lagi kepada DYMM Yang Dipertuan Agong. Menggunakan Tommy Thomas yang sekarang ini merupakan Peguam Negara, Chin Peng cuba mendapatkan pengiktirafan mahkamah di Malaysia agar membolehkan dia memasuki dan tinggal di Malaysia tanpa perlu melalui proses pengampunan dan permohonan kerakyatan. Mahkamah Persekutuan bagaimanapun, menolak permohonan dan saman Chin Peng.
Lebih daripada itu, Chin Peng dan para pemimpin PKM tidak pernah dibicarakan atas jenayah kemanusiaan sepanjang mereka mengganas dari tahun 1948 sehingga 1989.
Perjumpaan berkenaan dikatakan bermula pada pukul 10.15 pagi tadi dengan ucapan daripada beberapa bekas anggota PKM dan Ronnie.
Menurut salah seorang bekas anggota PKM, Tan Yi Yu, perjumpaan itu bukan sahaja untuk mengingati sejarah mereka tetapi juga untuk membetulkan salah faham terhadap perjuangan mereka.
“Perjuangan PKM adalah perang terhadap kolonial dan imperialisme, berjuang untuk kemerdekaan negara, demokrasi, kebebasan dan kedamaian,” kata Yi Yu.
Apa DAP buat dalam Sambutan Memperingati Ulang Tahun ke-30 Penandatangan Persetujuan Damai Haadyai?
Mereka yang gigih menganjurkan sambutan ini ialah Persatuan Persahabatan Abad ke-21 Malaysia, Persatuan Persahabatan Phoenix Malaysia, Persatuan Persahabatan Berpanjangan Malaysia dan Persatuan Pendidikan dan Kebudayaan Tionghua Kuala Lumpur & Selangor (rujuk foto-foto)
Kenapa disambut di New Era College, institusi pendidikan vernakular yang penuh kontroversi itu? Kenapa tidak di Hatyai, Thailand seperti sebelum-sebelum ini?
Contoh sambutan sebelum ini, Sambutan Ulang Tahun ke-25 pada 4 Disember 2014 yang dihadiri oleh ratusan bekas anggota PKM yang berada di Yala dan Narathiwat. Ketika itu, Komander Rejimen Ke-10 PKM, Abdullah CD turut hadir.
Dan kenapa Ronnie Liu, Ahli Jawatankuasa Tertinggi DAP Pusat (CEC DAP) turut hadir memberi ucapan dalam sambutan tersebut? Apa kaitan dengan beliau dan parti DAP? Untuk makluman, Ronnie juga antara yang giat mahu PKM dinobat sebagai pejuang kemerdekaan.
Apa provokasi yang cuba dirancang?
Ronnie Liu sendiri yang memuat naik foto-foto sambutan tersebut di Facebooknya
https://www.facebook.com/ronnie.liutiankhiew/posts/3189665391050040
Kemudian pembangkang dikecam kerana cuba membangkitkan isu ini, walhal yang mula-mula menghebahkan kepada umum ialah kumpulan Chan Kan Fook dan Malaysiakini.
Kalaulah kejadian ini berlaku di Indonesia, penulis yakin, Kerajaan Indonesia terutama sekali TNI akan 'membantai' habis-habisan. Di Malaysia pula, PDRM yang suatu ketika dahulu, gigih memerangi PKM terutama di kawasan-kawasan bandar dan hutan, sekarang ini di bawah kepimpinan Hamid Bador seakan-akan longlai dan langsung tidak bermaya. Seolah-olah komunis bukan lagi ancaman dan seolah-olah komunis perlu diterima sebagai sebahagian daripada negara ini.
Apakah ini sebenarnya menunjukkan KOMUNIS dan PKM telah pun menguasai negara ini sehinggakan agensi-agensi yang dahulunya cukup keras dengan komunis dan ancaman PKM, sekarang ini sudah jadi kerbau mandul banyak lemak?
Mereka ni nak menguji kesabaran rakyat Melayu. ...kerajaan dikuasai oleh puak2 mereka jadi nak takut apa..kuasa dan undang2 ditangan mereka...semakin Hari semakin melampau tindak tanduk mereka...lepas ni nak dengar juga apa komen komen dari arshad Raji Patriot tentang Hal ni...
ReplyDeleteBUBAR PARLIMEN, BUANG JAUH JAUH PUAK PUAK PENJAHANAM NI!!!
ReplyDeleteHantar abu ke Beijing..
ReplyDeleteSimbol komunis ditolak di negara lain ..
Hanya China di China shj yg suka komunis..
HK Taiwan dan Cina2 diluar China tolak komunis kecuali bekas Komunis Malaya dan DAPigs + Geng2 PH yg dicocok hidung untuk lekat bau bontot LGE teasuk la Kadir Jasin
Persatuan Patriot Kebangsaan
ReplyDeleteSabar pun ada batasnya. Gunung berapi pendam akhirnya meletup juga.
ReplyDelete