Pages

Monday, December 2, 2019

SEHARI SEBELUM KOMUNIS BERHIMPUN DI NEW ERA COLLEGE, MEREKA DAH BERHIMPUN DULU DI BANTING!!!



Sebenarnya sehari sebelum re-union bekas komunis di New Era College milik Dong Zhong di Kajang, perhimpunan yang sama telah pun diadakan di Dewan Persatuan Bola Keranjang Kuala Langit, Banting. Lebih tepat lagi pada 30 November dari jam 10:00 pagi sehingga 10:15 malam. Penganjur perhimpunan yang berselindung di sebalik nama Konvensyen Kebangsaan Persahabatan Berpanjangan Kali Ke-12 itu adalah Persatuan Persahabatan Lao You Banting Selangor.


Antara jam 2:00 petang sehingga 4:05 petang, lebih kurang 300 orang yang terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Persahabatan Berpanjangan seluruh negara telah hadir untuk mengisi program Seminar Forum Pendidikan Hal Ehwal Semasa dan Terkini yang berlangsung waktu itu. Majoriti hadirin adalah dari kalangan veteran pengganas komunis yang berselindung di sebalik pelbagai nama persatuan persahabatan di seluruh negara.

Antara yang dikenali yang turut hadir adalah:

(a) Soon Her Sen yang merupakan Ahli Persatuan dan AJK penganjuran.
(b) Yaakob Ibrahim a.k.a Bulat yang merupakan bekas anggota Rejimen Ke-10 PKM
(c) Indra Djaja a.k.a Anas yang merupakan Pengerusi Gabungan Persatuan Perdamaian Thailand dan juga merupakan menantu kepada pemimpin komunis Melayu, Abdullah CD.



Soon Her Sen dalam ucapannya menyentuh tentang perkembangan ekonomi negara yang tidak stabil setelah kejatuhan ekonomi negara pada tahun 1997-98, sekaligus menurutnya memberikan kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi negara dan rakyat masakini. Menurutnya lagi, pertumbuhan ekonomi negara hanyalah sekitar 5% sahaja.

Soon Her Sen turut mengulangi kenyataan Tony Pua sebelum ini yang mengatakan, kakitangan awam adalah bebanan kepada kewangan negara. Menurutnya pertambahan jumlah kakitangan awam adalah tidak sihat kepada pertumbuhan ekonomi terutama sekali melibatkan pembiayaan pencen yang tinggi.

Dia turut mendakwa, pembayar cukai di kalangan orang Melayu Semenanjung dan Bumiputera Sabah SArawak adalah terlalu rendah bagi menampung pertumbuhan ekonomi negara. Menurutnya lagi, orang Islam dikenakan zakat namun zakat hanya untuk membantu orang Islam yang miskin sahaja. Sedangkan zakat itu pula tidak dikenakan cukai.



Lee Kee Bak a.k.a Fangsan yang merupakan wakil persatuan pula menceritakan tentang Perjanjian Damai Hatyai antara PKM dengan PDRM dan Kerajaan Thailand telah diadakan pada 2 sehingga 4 Februari 1989 di Thavorn Palm Beach Hotel. Sebelum itu katanya, PKM dan PDRM telah mengadakan perbincangan tidak formal sebanyak 3 kali di Pulau Pinang pada 5 Oktober 1988 atas anjuran Kerajaan Thailand.

Bagaimanapun, dia berasa bangga kerana dua buah stesen radio propaganda Parti Komunis Malaya (PKM) berjaya menyiarkan siaran radio propaganda komunis selama hampir 20 tahun. Kedua-dua stesen radio propaganda PKM itu adalah SUARA REVOLUSI MALAYA dan SUARA DEMOKRASI MALAYA.


Dalam majlis makan yang diadakan, seramai lebih kurang 1300 orang yang terdiri dari kalangan pemimpin politik, tetamu kehormat, jawatankuasa bertindak program penganjuran, wakil-wakil persatuan serta ahli-ahli Persatuan Persahabatan berpanjangan dari seluruh Malaysia dan Thailand telah hadir.

Antara yang hadir termasuklah ADUN Banting Lau Weng San, wakil Kolej Universiti New Era Kajang Yap Sin Tian, Ahli Majlis Zon 19 Daerah Kuala Langat Thomas Lim Tou Yik dan Ahli Majlis Zon 15 Daerah Kuala Langat Ang Lee Yong.



Dalam ucapan yang disampaikan oleh Yeoh Chin Lai yang merupakan Pengerusi AJK Kerja dan juga Presiden Persatuan Persahabatan Berpanjangan Kuala Lumpur dan Selangor, secara jelas dia berang kerana Chin Peng masih lagi dikatakan sebagai pengganas sedangkan menurut Yeoh Chin Lain, Chin Peng adalah seorang pejuang keamanan negara. Malahan menurutnya, PKM bukanlah pengganas seperti yang digembar-gemburkan.

Tham Yee Kee yang merupakan Pengerusi Persatuan Persahabatan Berpanjangan Malaysia pula berkata dalam ucapannya, Malaysia Baharu telah bermula sebaik-baik sahaja Pakatan Harapan memenangi PRU-14. Justeru menurutnya, Kerajaan perlu berlaku lebih adik kepada semua kaum dan tidak lagi melaksanakan politik perkauman.

Namun yang lebih menarik ialah desakannya kepada Dr. Mahathir agar segera melepaskan jawatan Perdana Menteri yang sedang disandangnya kepada Anwar Ibrahim yang sebelum ini disokong kuat oleh DAP. Katanya, Mahathir perlu akur dengan patuh dengan perjanjian serah jawatan kepada Anwar Ibrahim.


Ucapan yang paling menarik perhatian sudah tentulah daripada Wong Pak Sang yang merupakan wakil Persatuan Persahabatan Phoenix Malaysia. Dalam ucapannya, dia menyeru agar pimpinan persatuan persahabatan akan bekerja lebih keras dan lebih memperhebatkan kempen terutama dalam isu pendidikan Cina demi masa hadapan masyarakat Cina di Malaysia. Dia turut menyatakan sokongan dan ikrar taat setia kepada Kerajaan Pakatan selain berharap Mahathir segera meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan Perdana Menteri Malaysia kepada Anwar Ibrahim. Malahan, dia turut menyatakan harapannya agar Kerajaan Pakatan tidak menjadi Kerajaan Sepenggal ekoran kelemahan Mahathir. 

Beberapa orang wakil persatuan lain turut berucap seperti Sia Ting Hool yang merupakan wakil Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 yang menyatakan persatuannya ingin mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada pengajur kerana berjaya menganjurkan majlis tersebut. 9 Mei 2019, sejarah telah dilakar kerana menurutnya, rakyat telah menolak kerajaan yang diwarisi dari penjajah British. Dia juga berharap, mereka dapat meraikan ulangtahun yang lebih besar pada masa akan datang.


Wong Yee Luan yang merupakan Pengerusi Persatuan Persahabatan Lao You Banting pula menyatakan, persatuannya menyokong kuat New Era College University. Sokongan tersebut disimbolkan menerusi pemberian sumbangan bernilai RM40,000 kepada kolej tersebut yang kemudiannya disampaikan bersama-sama gabungan persatuan persahabatan kepada wakil Kolej Universiti New Era Kajang Yap Sin Tian yang juga merupakan Presiden Dong Zhong.


Difahamkan juga, terdapat wartawan dari Nanyang Siang Pao dan Sin Chew Daily dalam majlis tersebut. Pun begitu, perhimpunan anjuran persatuan anggota-anggota komunis tersebut, tidak begitu diperkatakan berbanding perhimpunan re-union di Kolej Universiti New Era Kajang keesokan harinya setelah perhimpunan tersebut dan gambar-gambarnya dimuatnaik oleh ADUN Sungai Pelik dari DAP, Ronnie Liu.

Ronnie Liu kemudiannya memadamkan posting dan gambar-gambar perhimpunan re-union yang dimuatnaik itu setelah ucapannya dalam himpunan tersebut yang membangga-banggakan ahli keluarganya yang menjadi komunis, disebarkan oleh media dan netizen.

7 comments:

  1. So how atok. Kerusi sikit pun blh bersuara. Belakang atok kan rakyat mlyu

    ReplyDelete
  2. Tengok lah wahai bangsa Melayu...! Apakah tidak cukup lagi ? Apa yg boleh kamu semua katakan tentang hal yg sudah terang lagi bersuluh ini . Mereka telah betul2 berani kerana mereka tahu kita TAKUT ! Dan kita asyik berpecah belah !!! Marilah bersama untuk Ummah !!!

    ReplyDelete
  3. mereka bersekongkol dengan Zionist. juga membela LTTE. Zionist yg kecil bilanganya setiap hari mengusir penduduk Palestin dari tanah mereka.Melayu yg ramai hanya punya suara tidak dipersediakan seperti sepatutnya bilamana 3 pertubohan pengganas antarabangsa yg serba canggih bertapak dan berpakat sesama dinegara ini. sebagaimana ditempat lain, mereka menggunakan ayat sama seperti Taliban dan bagainya sebagai lesen menjajah dan mendajalkan umat Islam. pemimpin penyatuan ummah perlu menyediakan apa2 yg patut sesuai buat menghadapi pengganas yg terkenal kebinatanganya.

    ReplyDelete
  4. jgn bg nwar jubur jd pm. nk jd pm bubar parlimen tanding la sendiri. ni menang sbb atok. mana boleh.

    ReplyDelete
  5. Bekas komunis ni dah tua dah.... , biarlah depa berhimpun untuk2 Hari2 terakjid hidup mereka. Dan siapa yang ambil serous dgn ucapan komunis ni memang buang masa sebab mereka ni 80% dah nyanyuk

    ReplyDelete
  6. Sedarlah orang Melayu. Mereka ni bangsat dan tak boleh diberi muka.. biaDAP

    ReplyDelete
  7. Mak bapak puak cina ni ta kena bunuh.dah kominis bunuh bangsa melayu Islam dan mereka cuba mengapi api untuk api perperangan

    ReplyDelete